SELAMAT HARI LAHIR
Selamat Hari Lahir diucapkan buat dirimu,
Moga umur yang bertambah seiring dengan pertambahan amal, iman, dan taqwa,
Moga jasa yang kau lakukan pada dunia dihitung sebagai kunci untuk membuka pintu bahagia,
Bahagia yang mampu membuatkan dunia tersenyum kerana senang dengan dirimu.
Amal yang kau lakukan kerana-Nya Yang Maha Kuasa,
Jika dilakukan dengan kesungguhan dan istiqamah,
Insya Allah akan melayakkan dirimu untuk ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredhai dan dikasihi.
Kedua ibubapamu jangan sekali dilupa,
Dalam tiap titipan doa setelah sujud menyembah diri pada Yang Esa,
Kerana mereka telah banyak berjasa pada dirimu,
Biarpun terpaksa menahan penat, lelah dan derita,
Cukuplah terbalas andai dirimu bahagia menghirup nafas di dunia dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Sahabat- sahabat dan teman- teman mu,
Yang acap kali jatuh dan bangun bersama,
Hadiahkanlah doa agar mereka mengerti,
Bahawa kau juga menghargai dan tidak melupai,
Bahawa mereka pengiringmu duniawi dan ukhrawi.
Selamat Hari Lahir temanku,
Moga dirimu mengecapi kejayaan dunia dan akhirat.
(p/s: Dedikasi buat kawanku Mieza yang bakal menjangkau usia 22 akhir bulan ini)
1 comment:
Post a Comment