Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Psychology. Show all posts
Showing posts with label Psychology. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Jam 3 Pagi...Aku Masih Berjaga

Bismillahirahmanirahim…

Jam di meja menunjukkan waktu 2:43am tika ini. Usai menunaikan solat sunat taubat dan membaca Al-Qur’an sebagai penenang jiwa, aku menghirup secawan milo yang aku sediakan terlebih awal. Menghadap laptop dan membuka nota pelajaran untuk diulangkaji.

Mata…minda seperti sudah memberikan isyarat ‘tidurlah wahai diri’ tetapi entah mengapa saat aku merebah diri di katil, aku bergolek kiri dan kanan. Tanpa mata dapat dilelapkan walau sesaat. Tidak mengapalah. Nasib mata selama 23 tahun hidup ini, belum lagi dikunjungi oleh ‘cik eyebag’ atau ‘mata panda (bak kata roommate lama ku dahulu)’. Pagi- pagi masa cuci muka dah kena urut… =). Tak perlu lagi ubatan/ krim pengurang ‘eyebag’.

Tengahari semalam (22/9) setelah selesai perjumpaan dengan penasihat akademik MA di INSTEAD, entah di mana silapnya, aku terjatuh di hadapan kawasan SLEU. Secara bersimpuh ya puan-puan. Sopan gitu (perasan). Kepala masih pening kerana tidak sihat pada hari sebelumnya. Terima kasih wahai tubuh kerana telah berkhidmat dengan baik selama ini. Cuma aku sahaja yang kadangkala lupa untuk mengucapkan terima kasih atas segala ‘khidmat’ mu selama ini.

*****

Hari ini, genap 2 minggu aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi Postgraduate. Memang cukup berbeza dengan apa yang pernah dilalui selama 4 tahun di peringkat ijazah sarjana muda dahulu (macam la dah lama sangat tinggal eh).

Aku belajar untuk mematangkan diri. Di dalam kuliah, ada juga pelajar pengajian PhD (terutama untuk pelajaran pre-requirement/ pre- requisite). Perkara ini tidak menimbulkan banyak masalah pada ku kerana semasa bertugas di sekolah dahulu, kebanyakkan rakan sekerjaku seusia (atau lebih) dari mama ku sendiri (yang pastinya aku kadangkala keliru mahu memanggil ‘kakak’ atau ‘makcik’ dll).

Jadual. Seronok juga kan bila diberi peluang untuk ‘ubah-ubah’ atau ‘alih-alih’ waktu ni.Contohnya kelas Practice of Teaching dibawah pimpinan Dr Muhyani yang waktu asalnya ialah Selasa 5-7pm ‘ditarik ke waktu awal’ ke jam 11am-1pm. Faham-faham sahajalah kalau kelas dah waktu-waktu senja bagaimana. Belajar untuk bersikap toleransi dan bertimbang rasa terutamanya pada rakan sekuliah yang berkerja.

Bilik. Bahagia dapat duduk bilik sorang-sorang ni. Terutama bagi orang macam aku yang agak payah nak tidur walau terdengar bunyi orang membuka pintu atau lampu masih terpasang. Tapi kadangkala, sunyi juga rasanya. Bak kata pepatah ‘mati kutu’. Seperti tidak tahu apa yang hendak dibuat (walau hakikatnya buku tengah tunggu, kan?). Terima kasih sahabatku Nana yang duduk selang beberapa bilik. Ada masa kami akan makan bersama dan berbual melepaskan penat setelah seharian memerah otak dan tenaga di kuliah.

*****

Di kelas Principles of Teaching (Pastinya lain dari subjek practice of teaching) semalam, kami berbincang mengenai beberapa isu berkaitan dengan dunia pendidikan/ perguruan.

Memilih bidang perguruan sebagai karier tidak seharusnya dijadikan sebagai pilihan terakhir andai tidak memperoleh pekerjaan di bidang lainya. Banyak cabaran yang harus dihadapi dan diuruskan. Terutamanya dengan pelajar zaman siber ini yang lebih canggih pengetahuan dari para guru dan ibubapa. Facebook sebagai contoh. Anak-anak seawal usia 5-6 tahun pun sudah memiliki akaun tersendiri. Aku? Umur 19- 20 tahun baru belajar cara-cara menggunakan Yahoo Massenger. Ketika berusia akhir 21 @ 22 baru hendak kenal apa itu Facebook.

Cuba perhatikan jika adik atau anak saudara berusia 6-12 tahun anda yang mempunyai akaun Facebook. Apa yang mereka lakukan? Kebanyakkan daripada mereka bukan untuk berhubung dengan kawan-kawan lama semata-mata. Game. Tembak-tembak, tendang bola, macam cake house apa ntah yang aku sendiri tak tahu namanya. Bukankan game tersebut boleh di download terus ke dalam PC/ laptop. Mainlah puas-puas. Jimat sedikit duit internet. Mak ayah juga yang bayar, kan?

Perhatikan juga bahasa yang mereka gunakan ketika berborak dan menegur rakan-rakan di wall atau ruang chatting. Meremang bulu tengkuk bila ada yang seawal usia 8-10 tahun sudah menulis “in a relationship with….”. Ada juga yang bergaduh sesama mereka kerana merebutkan buah hati. Geleng kepala sahajah aku.

Belum lagi dikira bahasa yang digunakan ketika bertegur sapa dengan guru dan yang lebih dewasa dari mereka.

***Next Chapter***

Baru- baru ini, sebuah sekolah di Sarawak telah dilaporkan mengurung dan menghalang 3 daripada pelajar mereka daripada menduduki peperiksaan UPSR kerana bimbang akan merosakkan prestasi sekolah. Baru UPSR…ok. Lain la kalau peperiksaan SPM ke…STPM ke. Itu pun, sebagai guru, kita seharusnya memberi kepercayaan dan galakkan kepada para pelajar untuk berusaha. Tidak kira jika mereka berada pada kategori ‘lemah’ atau ‘sangat cemerlang’. Miracles can happen. Ketentuan Allah SWT…mana kita tahu, kan? Kadangkala, pelajar yang kita kategorikan sebagai ‘harapan’ memperoleh hanya mungkin 1A dan pelajar yang kita kategorikan sebagai ‘lemah’ mampu memperoleh keputusan yang lebih cemerlang. Tanpa di sangka.

Pelajar yang kita anggap lemah itu sebenarnya memerlukan lebih galakkan atau ditanam sikap ‘self-confidence’ dalam diri mereka. Dan pelajar yang berada di dalam kategori ‘harapan’ harus selalu dingatkan agar terus meningkatkan usaha walau sudah berada dalam keadaan selesa. Sebelum mereka berdoa dan bertawakkal saat menduduki peperiksaan.

Sudahkan di sekolah kelas berderet-deret dengan waktu rehat kurang 30 minit. Balik rumah pula, dihantar ke kelas tuisyen. Bila agaknya mereka dapat peluang untuk meneroka dan belajar ‘at their own pace and space’. With close supervision from the parents, of course.

*****

Perhatikan apa yang anak-anak tonton di kaca televisyen.

Perhatikan bahan bacaan apa yang ditelaah oleh mereka.

Perhatikan laman web apa yang mereka lawati.

Dan dalam mengejar kebahagiaan dan kejayaan duniawi…

Perhatikan ibadah dan solat 5 waktu mereka.

Oh ya. Ajak mereka untuk bersama-sama menunaikan solat dan menghayati erti ibadah tersebut. Risau akan berlaku ‘percanggahan hati’ dalam diri anak-anak. “Mak dan ayah kat rumah tak pernah suruh saya solat”. Atau “ Saya tak pernah tengok mak dan ayah solat”.

Peringatan untuk diri yang selalu leka.

Allah Knows Best.

Tuesday, June 14, 2011

Episod 325 : Kenapa Saya Masuk Universiti?

Bismillahirahmanirahim...

Mungkin disini anda akan menjumpa sedikit sebanyak jawaban kenapa saya masuk universiti, kenapa mesti pilih UIAM dalam puluhan IPT yang lain dan kenapa saya mahu bergelar siswi semula. Mungkin sedikit. Tidak akan semua saya coretkan disini. Maaf andai agak panjang. Tapi yang pasti, tidak sepanjang filem Hindustan. Tetapi, saya 'malas' nak buat bentuk drama bersiri. Bazir page pula nanti. Sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat peribadi.

2003-2004: Tingkatan 4-5, SMI Al- Amin Bangi.

Aku berkesempatan untuk menjadi pelajar aliran sains selama 4 bulan. Huh…biologi masih boleh ku terima tetapi…Fizik dan Kimia? Matematik Tambahan? Tidaaakk. Maka aku mengambil keputusan untuk bertukar ke aliran Perakaunan/ Perdagangan. Seminggu sebelum peperiksaan penggal pertama Tingkatan 4. Masih menjadikan matematik sebagai watak utama tetapi dalam dos yang masih boleh diterima. Dan saya selamat menjadi pelajar jurusan Perakaunan sehingga tamat peperiksaan SPM.

Mac 2005: Keputusan SPM di umumkan.

Keputusan SPM yang dinanti-nantikan pun muncul. Saspen macam tengok cerita thriller. Ingat lagi dengan kawan-kawan lain menunggu di pejabat sekolah. Diam sejuta bahasa menunggu. Angkat muka pun idak.

Alhamdulillah. 7A 2B.

Next? Masa untuk mengisi borang UPU. Dua kali aku isi. Pertamanya, aku isi sendiri. Tetapi, abah kata tak cantik jadi, dengan sukarela, abah mengisi borang tersebut untuk aku hasil perbincangan ‘heart-to-heart’ bapa dan anak. Terima kasih abah atas sokongan yang diberi.

Ada juga berangan hendak sambung pengajian ke top universities macam Harvard ke, Stanford ke…apa- apa je la. Tapi, bila fikir balik…hmmm. Masa nak masuk form 1 dulu, dapat tawaran temuduga untuk ke Maahad Muhammadi (Lil Banat), Kelantan…parents agak keberatan nak izinkan. Apatah lagi kalau nak ke tempat yang perlu naik kapal terbang berjam-jam lamanya sampai krem kaki, mungkin. Jadi, sejak akhir-akhir usia di Tingkatan 5, daku telah membayangkan diriku sebagai seorang pelajar UIAM. Visualisation, gitu tak nya?

Keputusan masuk IPTA diumumkan dan aku diterima untuk mengikuti pengajian Human Sciences di Pusat Matrikulasi UIAM.

***** Tamat Sudah Episod Satu*****

Julai 2005- April 2006: Pusat Matrikulasi, UIAM, Kampus PJ.

Bermula lah kehidupan sebagai mahasiswi. Baju kurung/ jubah dengan tudung putih, untuk siswi dan kemeja putih, untuk siswa. Kasut hitam. Uniform wajib untuk kuliah. Aku? Suka hati pakai sneakers yang warnanya tak berapa hitam.

With my best mates in front of Block C complex, MCIIUM. Semester 2, 05/06.


Kelas di semester pertama…padatnya. Ngadu kat mama. Mama kata balik “Tu la. Siapa suruh buat 2 semester ’’. Kelas dari 8am ke 6pm. Malam, 8-10pm sambung untuk kelas English Level 6. Rehat tengahari dari jam 1-2pm hanya untuk menjamah makan tengahari dan solat zohor. Petang, balik kelas, solat Asar, mandi, siap-siap, solat Maghrib dan jalan ke kelas di building SMAWP. Balik, tidak boleh terus lelap mata. Harus membuat sedikit ulangkaji. Kadangkala hingga jam 3 pagi. Tidur dan bangun semula jam 6am untuk Subuh dan meneruskan rutin.

Buku-buku nota zaman matrix yang baru jumpa tadi. Masih ada beberapa helaian kosong. Mungkin boleh guna lagi untuk pengajian MA nanti? Nota-nota yang ada masih boleh di jadikan rujukan.

Semester kedua di MCIIUM sedikit ringan kerana tiada lagi kelas malam. Seronok sebab dapat mengikuti kelas Critical & Creative Thinking dibawah tunjuk ajar Dekan MCIIUM ketika itu, sir Abbas Hassan. Bersama 4 orang lagi rakan lain (Ala’, Aziza, Haris & Ridza) di bilik mesyuarat beliau. Kelas 2 jam. Break tengah-tengah, kadangkala beliau belanja kami minum air teh dan sedikit kuih untuk dijamah.

Another interesting subject of the semester ialah Contemporary Issues in Muslim World di bawah bimbingan sir Mohd Mohiyuddin. The climax of the challenge is to present the paper that we worked on in a ‘mini seminar’. Luckily enough for me, when it came my turn, almost half (or more) of the class are attending briefings for PTPTN loan. Fuhh! Tak la gemuruh sangat.

Tidak perlu mencari saya dalam gambar ni. Memang tak da pun. Kawan-kawan rapat hingga la ni.

April 2006- April 2010: Kampus Utama, IIUM, Gombak.

Hampir 4 tahun bertungkus lumus memerah otak dan mengerah tenaga demi mendapatkan segulung ijazah. Terima kasih banyak-banyak PAMA (MA & ABAH) kerana telah banyak berkorban tenaga, kewangan dan segalanya demi melihat anakanda berjaya.

Di majlis konvokesyen UIAM kali ke-26 pada tanggal 3 Oktober 2010…

Diri ini telah dikurniakan dengan…

BHSc Psychology (with minor in IRK) (Honours).

Pernah lemah semangat kerana ini. Di hospital dikala final exam kurang dari 1 minggu.

Alhamdulillah!

**** Tamat Sudah Episod Dua*****

Kenapa UIAM?

Bahasa Arab & IRK

Salah satu sebab kenapa UIAM menjadi pilihan hati ialah kerana Bahasa Arab. Beberapa kali Abah berkata padaku “Akak tak nak ambil IRKH ke?’’. Bahasa Arab? Uhuhh…well. Dari tadika sampai ke tamat tingkatan 5, semua sekolah yang aku hadiri ada Bahasa Arab. Kena belajar. Nak tak nak, kena. Bermula dari tingkatan 1, subjek-subjek Tauhid, Aqidah, Fiqh, Muthalaah, Nahu/ Sorof dikaji dalam Bahasa Arab.

Buku nota Aqidah masa Form 5. Baru terjumpa juga ni.

Abah tahu aku tak berapa minat tapi aku bersyukur kerana ‘paksaan’ tersebut, aku dapat mengutip sedikit mutiara ilmu Bahasa Al- Qur’an tersebut. Dapatlah pangkat Kepujian untuk subjek Bahasa Arab Tinggi, SPM (kenapalah mesti ada part ‘irob nahu tu).

Abah nak aku jadi ustazah. Ambil paper Pendidikan Qur’an Sunnah dengan Pendidikan Syari’ah Islamiah SPM. Dapatlah A2 for each. Walau hanya diri agak lambat membaca jawi. Kesian agaknya pemeriksa baca skrip jawapan aku dulu.

Masuk UIA, aku tak ambil IRK. Aku tak jadi budak jurusan BAR. Aku ambil bidang Psikologi. Demi memenuhi permintaan, aku mengambil minoring in IRK. Bila depa umum boleh minor dalam bidang khusus IRK (not just the general IRK), teringin juga nak buat minor in Fiqh & Usul atau Comparative Religion. Tapi…ketika itu, sudah hampir ke garisan penamat di UIA, aku hanya teruskan dengan minor in general IRK.

Dan aku cuba dapatkan yang terbaik (A, A-) untuk Arabic language. Dapat pengecualian (exemption) utuk satu level. Di semester akhir, aku memenuhi hajat teman karibku, Ayu untuk join debate Bahasa Arab (dari awal perkenalan kami sebenarnya beliau ajak). Arabic Debate League 2010.

Jadi cikgu, partially ‘ustazah’. Dapat juga ajar subjek Tasawwur Islami dan Qur’an disamping subjek utama.

Tapi perangai aku still ‘nakal-nakal’ and ‘happy go lucky’ juga. Kak J… Kak J…bak kata Nemo.

Kawan-Kawan.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik hati, memberi sokongan dan komen dengan penuh hikmah. Selama 2 semester di MCIIUM, aku dapat 4 roomate yang boleh dikatakan satu kepala. Noriz, Sarah, Atif, Nurul. Hanya bilik kami bilik ‘junior’ di wing tingkat 1 mahallah Aisyah tersebut. Keliling, senior. Terpaksalah depa layan. Budak-budak lagi.

Begitu juga di Kampus Utama Gombak. Syidah, Julie, Diana, Ana, Midah, Aina…mereka pernah menjadi rakan sebilik. Buat breakfast sama-sama, bila sahur dan buka puasa pun, bila ada kesempatan, kami akan berbuka bersama di ruang tengah (common area) di bilik. Kejut untuk Subuh.

Yang paling rapat ialah Syida. Hampir 2 tahun di bilik sama. Pelajar jurusan Urban Planning. Seronok sebab boleh dikatakan aku mengenali hampir kesemua rakan studio beliau (mungkin lebih rapat dan ramai dari teman2 HS sendiri yang ramai sekadar kenal nama dan jumpa di kelas). Kerana ada kalanya mereka berkumpul di bilik kami untuk melakukan tugas dan berbincang. Pernah juga suatu ketika meneman beliau sebentar melakukan tugas di studio (sambil baca buku sendiri, sambil perhati depa buat kerja). Dapat juga kutip sedikit ilmu tentang bidang ilmu beliau. Sehingga kini, kami masih ‘keep in touch’, bertanya khabar dan berkongsi masalah.

With Syida on my convocation ceremony last year. Thanks for coming. Hadiah soft toy kangaroo tu menguatkan lagi inspirasi untuk menjejakkan kaki ke bumi Australia satu masa nanti.Insya Allah tahun ni aku gi konvo kau pula =).

Antara lain ialah rakan-rakan dari zaman MCIIUM. Miza, Yeni, Chah, Amni, Alin, Numera, Di, Aimi. Kebetulan, kami semua di mahallah yang sama. Ada kelapangan, pasti akan berkumpul-samada yang dirancang ataupun tidak. Buat ‘jamuan kecik’ di Usrah Room yang kosong, raikan birthday walau esok ada peperiksaan akhir. Korang, bila nak jumpa lagi?

Kawan-kawan dari negara luar a.k.a international students. Alhamdulillah dapat bertukar pendapat dan idea dengan mereka. Ayu, the closet friend of mine from Singapore, Aziza and Icha (Indonesia), Ala’ (Jordan/Palestine), Anas (Egypt), Halime (Turkey), Aishah Chen (China), Hind Aldow and few others.

Masjid SHAHS.

Masjid UIAM yang ku sayang. The centre of IIUM Campus, I would say. Menjadi tempat melepaskan lelah seketika dan menunaikan solat. Paling indah ketika waktu solat Jumaat. Khutbah dalam bahasa Arab dan Inggeris. But girls, don’t ever try to walk pass the mosque shortly after after Jumu’ah prayer ended. Or else, you would find yourself stuck in the middle of the crowds. And probably say to yourself “Where should I walk to?!’’. I just hope the black spotted cat is still there.

Darul Hikmah Library.

Yeay! Library. I just love books. Suka sangat bila masuk perpustakaan UIA ni. Sebab banyak buku. Banyak pilihan. Kemudahan yang disediakan juga boleh dikatakan cukup baik. Kalau dah penat belek buku akademik, saya suka menjengah sebentar ke bahagian Leisure Area untuk mencari idea dari buku-buku kraftangan. Atau membelek beberapa ensaiklopedia.

Kadang, depa buat pameran best kat library tu. Yang paling aku ingat ialah pemeran Quran dan tafsirnya dalam pelbagai bahasa. Pameran fotografi. Dan juga pameran model buildings dari pelajar-pelajar KAED. Ralit juga memerhatikan hasil kerja yang cukup halus dan teliti.

Counseling Services Centre (formely known as Counseling Services Department)

‘Perkenalan’ dengan CSC boleh dikatakan suatu perkenalan yang tidak sengaja. Di awal tahun 2 pengajian, aku mencari-cari kelab/ persatuan yang boleh di sertai. Ternampak iklan recruitment ahli Guidance Group di bawah CSD (tika itu). Jalan, jalan, jalan…sampai la ke CSD. Isi borang,kena panggil untuk interview, then diterima sebagai ahli. 30 credit hours of trainings. Walau sudah tamat latihan, pasti CSC akan menjadi tempat tujuan untuk melepaskan lelah, jengah-jengah ikan kat akuarium, borak-borak santai tukar idea dengan para kaunselor dan staf kat situ.

Madam Noraini , Madam Kalsom, Kak Dina (terima kasih atas tunjuk ajar &sudi menjadi referee MA saya, jamah kek buatan saya), Che Zahar (suka nak rebut2 suratkhabar baru sampai), Che Saiful (yang juga mentor fotografi), Che Wan (thanks for recommending the herbs for my back pain), Che K (selalu mintak copkan-sahkan-salinan sijil for my job and Masters application), Kak Esmi, Kak Izan, Kak Shikin (suka saya lepak kat Resource Centre), Aiza.

Ni dengan crew-crew Seminar PRS Kebangsaan 2010.

Di CSC juga saya belajar untuk jadi ‘tak malu’-cakap dengan orang. Lebih spesifik, buat promosi dan penerangan. Saya memang jenis yang banyak cakap tapi kadangkala, kurang yakin. Jadi MC, moderator (ini mencabar sikit sebab masa tu Sharing Moment IRKHS. Kena cakap sikit dalam Arabic). Belajar nak urus masa sendiri. Belajar nak urus program. Ada rezeki, jimat duit nak dinner sebab dapat makan dengan VIP/ tetamu. Dapat jamah kuih pun, Alhamdulillah. Yang penting, pengalaman.

***** Tamat Episod Ketiga*****

Kenapa Saya Mahu Sambung Belajar Semula?

Insya Allah saya akan menyambung kembali pelajaran September ini. Masters in Education (Educational Psychology), UIAM . Rasa macam turun naik mahkamah nak jumpa pensyarah untuk meminta referee letter. Silap aku juga tak buat appointment terlebih dahulu. Namun, Alhamdulillah segala usaha berbaloi apabila permohonanku diterima.

Kewangan.

Alhamdulillah pengajian di peringat Bachelor dahulu, aku tidak perlu bergantung pada pinjaman PTPTN. Sudah lama ku menyimpan hasrat (semenjak akhir semester BHSc) untuk ini. Namun, ku fikir, tidak sanggup hendak 'meminta' lagi pada mama buat kesekian kalinya. Yuran pengajian Master + kolej mencecah hampir RM 3000 setiap semester. Belum lagi dikira duit poket dan belanja buku.Beliau seolah-olah dapat membaca isi hati. Sepatutnya, giliran ku pula sebagai anak sulung untuk membantu sedikit sebanyak... Terima Kasih mama dan abah !

Berhenti Kerja.

Ada yang terkejut tatkala aku memberi tahu bahawa aku akan berhenti dari mengajar. Ada juga yang menyokong. Siapa tak 'marah'. Masa kini, bukan mudah untuk graduan memperolehi kerja, lebih-lebih lagi dalam bidang yang diminati. Pengalaman yang ku kutip sepanjang tempoh khidmatku disana amat berharga dan berguna. Mungkin dapat diselitkan semasa pengajian nanti. Maaafkan muallimah anak-anak sebab terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Sekolah pun tak sejauh mana dari UIA kan? Insya Allah, ada rezeki, muallimah akan sentiasa melawat kalian .

Self- Development.

Ilmu tidak kan pernah habis diteguk. Ilmu Allah SWT tidak akan bisa habis tertulis walau lautan dijadikan dakwat dan semua daunan dijadikan kertas. Maka, ku mahu mengambil peluang untuk menambah ilmu agar dapat menjadi hambaNYA yang lebih bertaqwa, Insya Allah.

Ikut Trend?

Tidak. Aku menyambung Masters bukan sebab melihat orang lain sambung, aku pun nak sambung. Siapa yang mengenali diri ku, pasti tahu aku bukan suka buat benda sama dengan orang lain. Ada je yang 'lari'. Contohnya: Tag nama kerja seperti diatas. Yang perlu dipakai ke kerja hanya tag besi nama. Aku menambah sendiri gambar dan khat.. Di sekolah dulu, banyak budak sibuk nak ambil bidang-bidang ''popular'' seperti jurusan aliran sains dan sebagainya. Tapi tiba-tiba budak kecik ni nak ambil Psikolgi/ Kaunseling. Tak kisah pun orang kata tu bidang yang contact dengan 'orang gila' atau 'sakit jiwa'.

What's next?

Aku menyimpan impian untuk menceburi bidang Kaunseling Kekeluargaan/ Juvana. Ada juga hasrat nak venture into company Internal Public Relations.

Aku sedar, suatu hari nanti, aku akan bergelar suri kepada seorang lelaki bernama suami dan ibu kepada anak-anak. Orang selalu kata, belajar tinggi-tinggi pun, nanti masuk dapur juga. Insya Allah aku tidak akan menyesal dengan keputusan ku. Andai nanti tertulis keluarga lebih memerlukan aku. Kalau nanti suami perlu menguruskan tugas di pejabat, aku sibuk di pejabat, siapa hendak menjaga anak-anak? Bibik? Mungkin... tetapi masih menjadi tanggungjawab seorang ibu untu mendidik anak-anak. Memasak dengan hasil air tangan sendiri juga suatu nikmat. Tidak salah kan menjadi suri dan ibu yang berilmu?

Rabbana Aatina Fi Dunya Hasanah, Wa Fil Aakhirati Hasanah.... Ya Allah, kurniakanlah kebaikan pada kami , dunia dan akhirat... Ameen.

Allah Knows Best.