Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 23, 2011

Jam 3 Pagi...Aku Masih Berjaga

Bismillahirahmanirahim…

Jam di meja menunjukkan waktu 2:43am tika ini. Usai menunaikan solat sunat taubat dan membaca Al-Qur’an sebagai penenang jiwa, aku menghirup secawan milo yang aku sediakan terlebih awal. Menghadap laptop dan membuka nota pelajaran untuk diulangkaji.

Mata…minda seperti sudah memberikan isyarat ‘tidurlah wahai diri’ tetapi entah mengapa saat aku merebah diri di katil, aku bergolek kiri dan kanan. Tanpa mata dapat dilelapkan walau sesaat. Tidak mengapalah. Nasib mata selama 23 tahun hidup ini, belum lagi dikunjungi oleh ‘cik eyebag’ atau ‘mata panda (bak kata roommate lama ku dahulu)’. Pagi- pagi masa cuci muka dah kena urut… =). Tak perlu lagi ubatan/ krim pengurang ‘eyebag’.

Tengahari semalam (22/9) setelah selesai perjumpaan dengan penasihat akademik MA di INSTEAD, entah di mana silapnya, aku terjatuh di hadapan kawasan SLEU. Secara bersimpuh ya puan-puan. Sopan gitu (perasan). Kepala masih pening kerana tidak sihat pada hari sebelumnya. Terima kasih wahai tubuh kerana telah berkhidmat dengan baik selama ini. Cuma aku sahaja yang kadangkala lupa untuk mengucapkan terima kasih atas segala ‘khidmat’ mu selama ini.

*****

Hari ini, genap 2 minggu aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi Postgraduate. Memang cukup berbeza dengan apa yang pernah dilalui selama 4 tahun di peringkat ijazah sarjana muda dahulu (macam la dah lama sangat tinggal eh).

Aku belajar untuk mematangkan diri. Di dalam kuliah, ada juga pelajar pengajian PhD (terutama untuk pelajaran pre-requirement/ pre- requisite). Perkara ini tidak menimbulkan banyak masalah pada ku kerana semasa bertugas di sekolah dahulu, kebanyakkan rakan sekerjaku seusia (atau lebih) dari mama ku sendiri (yang pastinya aku kadangkala keliru mahu memanggil ‘kakak’ atau ‘makcik’ dll).

Jadual. Seronok juga kan bila diberi peluang untuk ‘ubah-ubah’ atau ‘alih-alih’ waktu ni.Contohnya kelas Practice of Teaching dibawah pimpinan Dr Muhyani yang waktu asalnya ialah Selasa 5-7pm ‘ditarik ke waktu awal’ ke jam 11am-1pm. Faham-faham sahajalah kalau kelas dah waktu-waktu senja bagaimana. Belajar untuk bersikap toleransi dan bertimbang rasa terutamanya pada rakan sekuliah yang berkerja.

Bilik. Bahagia dapat duduk bilik sorang-sorang ni. Terutama bagi orang macam aku yang agak payah nak tidur walau terdengar bunyi orang membuka pintu atau lampu masih terpasang. Tapi kadangkala, sunyi juga rasanya. Bak kata pepatah ‘mati kutu’. Seperti tidak tahu apa yang hendak dibuat (walau hakikatnya buku tengah tunggu, kan?). Terima kasih sahabatku Nana yang duduk selang beberapa bilik. Ada masa kami akan makan bersama dan berbual melepaskan penat setelah seharian memerah otak dan tenaga di kuliah.

*****

Di kelas Principles of Teaching (Pastinya lain dari subjek practice of teaching) semalam, kami berbincang mengenai beberapa isu berkaitan dengan dunia pendidikan/ perguruan.

Memilih bidang perguruan sebagai karier tidak seharusnya dijadikan sebagai pilihan terakhir andai tidak memperoleh pekerjaan di bidang lainya. Banyak cabaran yang harus dihadapi dan diuruskan. Terutamanya dengan pelajar zaman siber ini yang lebih canggih pengetahuan dari para guru dan ibubapa. Facebook sebagai contoh. Anak-anak seawal usia 5-6 tahun pun sudah memiliki akaun tersendiri. Aku? Umur 19- 20 tahun baru belajar cara-cara menggunakan Yahoo Massenger. Ketika berusia akhir 21 @ 22 baru hendak kenal apa itu Facebook.

Cuba perhatikan jika adik atau anak saudara berusia 6-12 tahun anda yang mempunyai akaun Facebook. Apa yang mereka lakukan? Kebanyakkan daripada mereka bukan untuk berhubung dengan kawan-kawan lama semata-mata. Game. Tembak-tembak, tendang bola, macam cake house apa ntah yang aku sendiri tak tahu namanya. Bukankan game tersebut boleh di download terus ke dalam PC/ laptop. Mainlah puas-puas. Jimat sedikit duit internet. Mak ayah juga yang bayar, kan?

Perhatikan juga bahasa yang mereka gunakan ketika berborak dan menegur rakan-rakan di wall atau ruang chatting. Meremang bulu tengkuk bila ada yang seawal usia 8-10 tahun sudah menulis “in a relationship with….”. Ada juga yang bergaduh sesama mereka kerana merebutkan buah hati. Geleng kepala sahajah aku.

Belum lagi dikira bahasa yang digunakan ketika bertegur sapa dengan guru dan yang lebih dewasa dari mereka.

***Next Chapter***

Baru- baru ini, sebuah sekolah di Sarawak telah dilaporkan mengurung dan menghalang 3 daripada pelajar mereka daripada menduduki peperiksaan UPSR kerana bimbang akan merosakkan prestasi sekolah. Baru UPSR…ok. Lain la kalau peperiksaan SPM ke…STPM ke. Itu pun, sebagai guru, kita seharusnya memberi kepercayaan dan galakkan kepada para pelajar untuk berusaha. Tidak kira jika mereka berada pada kategori ‘lemah’ atau ‘sangat cemerlang’. Miracles can happen. Ketentuan Allah SWT…mana kita tahu, kan? Kadangkala, pelajar yang kita kategorikan sebagai ‘harapan’ memperoleh hanya mungkin 1A dan pelajar yang kita kategorikan sebagai ‘lemah’ mampu memperoleh keputusan yang lebih cemerlang. Tanpa di sangka.

Pelajar yang kita anggap lemah itu sebenarnya memerlukan lebih galakkan atau ditanam sikap ‘self-confidence’ dalam diri mereka. Dan pelajar yang berada di dalam kategori ‘harapan’ harus selalu dingatkan agar terus meningkatkan usaha walau sudah berada dalam keadaan selesa. Sebelum mereka berdoa dan bertawakkal saat menduduki peperiksaan.

Sudahkan di sekolah kelas berderet-deret dengan waktu rehat kurang 30 minit. Balik rumah pula, dihantar ke kelas tuisyen. Bila agaknya mereka dapat peluang untuk meneroka dan belajar ‘at their own pace and space’. With close supervision from the parents, of course.

*****

Perhatikan apa yang anak-anak tonton di kaca televisyen.

Perhatikan bahan bacaan apa yang ditelaah oleh mereka.

Perhatikan laman web apa yang mereka lawati.

Dan dalam mengejar kebahagiaan dan kejayaan duniawi…

Perhatikan ibadah dan solat 5 waktu mereka.

Oh ya. Ajak mereka untuk bersama-sama menunaikan solat dan menghayati erti ibadah tersebut. Risau akan berlaku ‘percanggahan hati’ dalam diri anak-anak. “Mak dan ayah kat rumah tak pernah suruh saya solat”. Atau “ Saya tak pernah tengok mak dan ayah solat”.

Peringatan untuk diri yang selalu leka.

Allah Knows Best.

2 comments:

Unknown said...

Setiap hari kita mengingatkan diri .. namun setiap kali itulah kita alpa... sabarlah diri ... tabahlah diri.. semoga semuanya di rahmati DIA... amiiinnn

jenguk2lah izzanor21.blogspot.com, kalu boleh jadi follower skali :)

Humaira Xai said...

Kak Izan:

I will follow you...theee....