Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Of Kuih Tart, Sewing, Life and Patience

Bismillahirahmanirahim...

1- Kuih Tart.

Kuih tart is one of my favourite 'kuih raya' besides popia mini. Could eat a jar (aigooo) while ignoring other cookies available on the table.

But I guess now it is not only limited during eid or Chinese New Year. As a solution to my love towards the cookie, I decided to try my hand in making it.

mini traffic light tarts- I guess

The process of baking is quite tedious, though. At first, I have to divide the dough into three parts. Each for three different colours- for the sake of little fun and happiness. Then, the stage of rolling the dough into small balls- not bigger than the size of keys on your laptop's keyboard- 1.5cm. After that, the step of stuffing the pineapple jam and rolling back the dough.Almost 1 1/2 hours. Luckily, the baking process doesn't take that much time. Only 12 minutes/ 180 Celsius for each batch.

It really tested my patience... something to learn and develop this virtue in myself.

But it's worth it. Alhamdulillah. Now I have the access to Kuih Tart whenever I want (^^,).

2. Sewing.


I like to sew. Arts and craft, to be exact. A bit slow when it comes to baju kurung. I remembered there's Sewing Class during my days in primary school (IIC-Adni). Teacher Asfalaila was the instructor back than. She taught us how to make applique (like patch work), blanket sticth and cross stitch. And now thanks a lot to my dearest mum for letting us (me & sister) to sometimes 'abuse' her sewing machine. During the previous 1 week school break, I 'buried' myself into this cross-stitch project. A bunch of purple flowers. 60% of completion. Dealing with 24 different colours of thread for this particular project...is fun.

3. Books.

Apart from sewing and cooking, I tried to read some books during the break. Found some old novel ( Serious Malay Literature- not that 'geli-geli' type) that abah bought years ago.

Went for groccery shopping with mama at Alamanda Putrajaya and there, MPH Bookstore hosted a warehouse sale in the concourse area. Their premise is currently under renovation. Treat myself with 3 new books. Alhamdulillah. Semoga koleksi buku yang ada dapat di wariskan dan dimanfaatkan oleh generasiku nanti...

4. Poetry

I hate writing. I hate seeing my own writings, actually. Besau =). I observed someone's writing in the person's book that is in my room at home. So kecik. Kadang jelous tengok tulisan orang yang kecil-kecik (lala). Tapi Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis.

Had a chat with my best friend, Nurul. Over our online conversation, I typed a phrase of thought. Quite spontaneous.

''Usah kau bertanya mengapa ku bersedih. Usah kau soal mengapa ku menangis. Usah kau runsing mengapa ku berdiam. Kerana segala jawaban akan ku simpan erat menjadi sebuah rahsia..."

Ups and downs of life are sometimes too beautiful. Never mourn at a pouring heavy rain as who knows...it might gave you rainbows and sunshine.

Never compiled what I wrote. Its thrown everywhere...ahaaa (^^,)

Allah Knows Best.


Sunday, February 6, 2011

Books to Explore ;)

Bismillahirahmanirahim...

Some books to read...and yet to finish ;p


First Book: Legacy by Shahiza Husssein

A history fiction novel. Tells us what happened after the murder of Perak Resident, J.W.W Birch in 1875. Am not a keen admirer of history. Ok. I admit it dear . Always feels sleepy during history classes at school. Then dozed of to a 'new world'. Aiyaaa. Sampai tiap kali cikgu masuk kelas, ntah berapa kali sebut "Mahiraaaah''. Luckily got A2 for History Paper.

But I am not sure what brought myself to the Malay Literature aisle during my recent visit to the bookstore and take this book as one of my collection. So far, I found this book pretty much interesting.

Second Book: Spanish Concise Dictionary

Interested to learn more on the Spanish Language. Started on a mini scrapbook of words and pictures. Hoping to get hold of this language one day.

Third Book: The Human Being- Perspectives from Different Spiritual Traditions

Last but not least... this book tried to explore and explains about human beings from the Islamic, Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Chinese Perspectives.

I just hope I could squeeze myself to read these books despite being occupied with my work.

Allah Knows Best.

Tuesday, November 9, 2010

Random II

Bismillahirahmanirahim...

Mode menulis kerana rindukan abah dan mama di rumah. Teringat akan sentiasa di pesan-pesan walau sekecil-kecil perkara cuma. Usah gusar duhai diri. Mungkin benar telahan saya kala masih menanti peluang pekerjaan. Saya sering berkata pada diri " Diri ini sedang diberi peluang yang lebih lama untuk bersama keluarga kerana mungkin pabila sudah memulakan tugasan, masa bersama keluarga terhad". Tinggal seminggu sahaja lagi (15/Nov) sebelum akan memulakan cuti sekolah yang panjang. Seminggu awal dari sekolah-sekolah lain :).

Di dalam kepala sudah direncanakan beberapa acara dan perkara yang perlu dilakukan. Bersama mama, sebagai 'financial consultant'...sudah diberi tahu akan perancangan untuk membeli lens dan speedlite baru untuk Encik Al- Haytham saya. Walaupun sudah bergaji sendiri, nasihat mama masih diperlukan untuk pengurusan kewangan. Dan, saya juga sudah berjanji pada diri dan mama, tidak mahu kredit kad. Untuk kegunaan majlis rasmi keluarga dan acara-acara di sekolah. Mentor fotografi ku pernah berpesan, jangan malu untuk belajar. Cari pengalaman, biasakan diri dengan keadaan, situsai. Ada rezeki kemudian hari, who knows ?

Alhamdulillah gaji bulan ketiga, dapat ku asingkan 25% ke akaun Tabung Haji dan akaun lagi satu. Kini tinggal kira-kira 50% dalam akaun gaji. Selamat juga tak jumpa mesin ATM ni kan? 25% lagi telah digunakan untuk membayar bil telefon, ubatan, keperluan harian, tempah baju dan beli tudung. Ok. Bukan saja-saja tau. Baju dan tudung ada yang hampir mencecah usia 3-5 tahun dan hari- hari pakai. Dah tiba masanya untuk...bertukar... ('',).

Rezeki...Alhamdulillah. Makan tengah hari dan minum petang sudah disediakan di sekolah. Duit sewa rumah, tak payah pening nak fikir. Alhamdulillah tumpang a family-friend (kawan mama). Orang mungkin kata, gaji yang aku peroleh sedikit. Mungkin aku boleh pergi cari kerja yang gaji RM 2000 keatas tapi kalau difikirkan kos dan masa untuk commuting, tempat tinggal etc...sekarang, Alhamdulillah. Dapat aku menunaikan solat dan ibadah dengan aman dan selesa. Tetapi, bila dah berkeluarga, itu cerita lain. Susu, pampers, baju, education...Insya Allah rezeki sudah ditentukan. Cuma perlu di usaha kan :).

Lagi...hmm...abah, nak gi kedai buku lagi boleh tak? Nak cari lagi buku khat kat kedai Arab macam hari tu. Jom pergi Kinokuniya. Tak dapat beli, jamu mata survey-survey pun dah puas ;).

Dan...lama rasanya tangan ini tidak mengacau tepung, sepah-sepah kan dapur sikit, jalan-jalan gi bakeri...resipi dah terkumpul dalam laptop. Masa untuk eksperimen. Lagi dan lagi...

Apa lagi...? Menjahit? Toing. Tengok la. Apa jadi.

Oh...Ahad ni Ihtifal sekolah. Tahniah anak-anak yang telah mencapai kejayaan. Buat yang lain, selamat meneruskan usaha dan perjuangan antum...

Hampir terlupa misi paling penting...gi JPJ on-road test kereta. Nanti mama marah. Aku yang risau. Pegang steering, tak toleh kiri kanan dah...sampai cikgu driving selalu kata "Slow la sikit...". Opss, Syifaa' nanti jangan tiru mama.

Allah Knows Best

Monday, November 8, 2010

Jagalah hatimu ;)

Bismillahirahmanirahim...

Lama rasanya tidak mengeluarkan belanja untuk membeli bahan bacaan atau majalah. Alhamdulillah hari ini, dikeluarkan sedikit daripada pendapatanku untuk membeli 2 majalah keluaran terbaru Solusi dan 1 back issue yang di ulang cetak....

Ingin dikongsi sedikit kata-kata hikmah yang terdapat dalam majalah tersebut...sebuah petikan hadith daripada Rasulullah S.A.W...peringatan dan semangat buat diri yang sering hanyut, leka, dan alpa:

" Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih untuknya"

(Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur'an. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah S.W.T, pinta hati yang baru..."

Tuan pengetua di tempat saya mengajar pernah menyatakan yang berikut semasa tazkirah sebelum memulakan mesyuarat:

Hanya hati yang suci dapat memimpin hati yang lain

Allah Knows Best




Thursday, May 6, 2010

Apa itu kinesthetic ya?

Suatu masa
Di HS Cafe ketika tengah promosi Counseling Department
Aku tak perasan Kak Dina tengah perhatikan aku khusyuk tgh buat origami
Origami Scorpion yang aku minta manual dari Br Wan Ash.

Tahun lalu
Mama dan ayah beli rak yang kena pasang sendiri
Malam-malam orang tengah berdengkur
Aku gi bertukang pasang semua
Teruk kan?

Atau mungkin diri anda sendiri. Atau pernah memerhatikan adik-adik atau anak saudara anda. Beli mainan sahaja, dia buka dan cabut tayar. Habis dia 'dismantle' semua. Jangan marah. Geram senyap-senyap je.

Kenapa? Itu antara tanda-tanda bahawa adik anda itu seorang yang mempunyai kinesthetic intelligence.

Apa pula ni? Garu-garu kepala yang tidak gatal sekejap. Pening, pening.

Seseorang yang mempunyai kecerdikkan kinestetik ialah individu yang belajar melalui hands-on, secara praktikal, pembentangan, dan role-play.

Mereka suka mencuba. Trial and error orang putih kata la. Tidak suka melihat manual. Dengan cara ini, mereka akan mendapat ilmu dan kosep yang baru. "Mmm...kalau tadi pasang skru kat sini bergoyang lagi papan ni, agaknya kena bubuh 2 biji kot''.

Macam mana pula ya bila mereka belajar? Mereka belajar menggunakan banyak pergerakkan, gambaran, dan sentuhan. Mereka juga suka belajar dengan menggunakan flash cards, melukis, membuat mind mapping untuk nota supaya mereka dapat mengalami dan merasakan sendiri apa yang telah di ajar oleh cikgu.

Mereka tidak suka apabila hanya mendengar cikgu mengajar. Tanpa melakukan sebarang aktiviti seperti menulis, melukis atau bagi kanak-kanak, mewarna atau bermain dengan blok (seperti Lego).

Lain kali kita cuba explore anak-anak yang mempunyai kelebihan visual dan audio pula ya?

p/s: Buku teks saya tidak pernah bersih. Mesti ada hasil contengan.

Thursday, April 29, 2010

Genius: Bermulanya Sebuah Kajian.

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah kerana dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan untuk membeli beberapa buah buku sebagai langkah awal untuk memulakan research berkenaan kanak-kanak atau golongan genius. Antara buku-buku tersebut ialah:







Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bikhair. Ya Allah permudahkanlah urusan dan perjalananku. Dan berkatilah urusanku agar menjadi manfaat kepada umat seluruhnya. Ameen..

p/s: Sukanya saya dapat buku baru (^_^)