Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

1408- 1433: 25 sudah...=)

Bismillahirahmanirahim...

Tadi masa dalam kelas graphic design, Mr Asyraf tanya " Siapa ingat tahun hijrah dia lahir?''. Alhamdulillah dalam sijil kelahiran pendaftar hospital ada tuliskan sekali. 1408 Hijri. Jadi, kebiasaannya, saya akan meraikan ulangtahun kelahiran 2 kali setahun: Sekali masa umur hijah (4 Rabiul Awwal) dan lagi sekali masa umur tahun masihi (27 Oktober).

*****

Oh ya...
Hampir 25 tahun bernafas di muka bumi ini...
Sebanyak manakah yang telah aku sumbangkan...
Yang telah aku lakukan...

Dan...
Siapa bisa mengetahui...
Sampai bila kaki ini akan terus melangkah...

*****

Muhasabah diri agar menjadi insan yang lebih baik, lebih bertaqwa dari hari ke hari...
Insya Allah.

Thursday, March 1, 2012

Transformers...andai aku ini robot.

Bismillahirahmanirahim...

(Disclaimer: Inspired by Transformers)

Gambar Optimus Prime kat atas tu dah selamat saya selesaikan semalam. Assignment untuk kelas Certificate in Graphic Design. Need a lot of improvement still. Took me about 5 hours; 8pm- 12. Break sekejap untuk Solat Isya', ambil angin kat koridor.

Robot pun kena servis juga kan? Lama-lama guna, kalau dia penat, rosak. Tak berfungsi. Sama juga dengan kita. Tapi kita bukan robot. Kita ni manusia. Ada akal. Boleh fikir bila mana mahu berhenti sejenak andai penat melakukan tugas seharian. Ibadah. Tafakur. Zikir. Merehatkan minda menjana idea dan semangat baru.

Jom kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa...

Insya Allah =)

Saturday, February 4, 2012

Projek memasak tengah malam: Shortbread cookie.

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah baru sahaja siap baking biskut Shortbread. Lebih kurang macam butter cookie la tapi tanpa telur. Berperang kat dapur hampir 2 jam juga la tadi (11pm-1am : plus masa mengemas). ALang-alang dah nak balik UIA minggu depan, maka buat la sekali 'stok' untuk dibawa bersama. Lebih jimat, terjamin kebersihan dan sihat. Cuba tengok paket biskut yang ada. Bahan-bahan dia berjela-jela. I bet half of it are preservatives. Baiklah sidang pembaca yang dihormati sekalian, tanpa membebel dengan lebih lama, mari kita lihat proses pembuatan biskut saya ini.

Bahan-bahan yang di perlukan:

-175 gram butter
-250 gram tepung gandum
-75 gram gula halus
-1 sudu teh garam

Cara- caranya (macam abah selalu cakap):

1- Kacau gula dengan butter hingga kembang. Ini penting.

2- Tambahkan tepung bersama garam. Kacau lagi hingga sebati.

3- Uli dan terus uli. Eh. Sampai agak licin permukaan doh tersebut.

4- Gelek dan terap guna acuan yang anda suka. Di sini saya gunakan acuan teddybear MrBean yang ada.

5- Susun mereka beramai-ramai di atas dulang pembakar. Walaupun biskut ini tidak berkembang seperti kebanyakan biskut- biskut lain, pastikan ada sedikit ruang antara bisut- biskut anda untuk pembakan dan pengudaraan yang lebih baik. Di peringkat ini juga, anda boleh menghias biskut mengikut kreativiti tersendiri (tambah hiasan cip coklat, gula yang berwarna-warni, kacang dan sebagainya).

6- Bakar di dalam microwave oven (pre-heat dahulu yea dengan suhu setinggi 180 darjah) selama lebih kurang 20 minit. Siap. Selamat menjamu selera.


Sunday, June 12, 2011

Kamal & Ili (Reception): Batu Pahat, 11 June 2011

Bismillahirahmanirahim...

The lovely bride & bridegroom

Seminggu yang lalu, masa di habiskan di kampung halaman di Batu Pahat, Johor. Tujuan? Membantu mak long sedikit sebanyak dalam urusan persiapan majlis perkahwinan sepupu (Kamal). Bunga telur, door gifts, bunga rampai... antara tugas 'rasmi' yang dilakukan- sama seperti perkahwinan sepupu-sepupu sebelum ini.

Tahun lalu, semasa kenduri Noi (Ain) dengan Faiz, diri ini baru lepas habis pengajian di UIAM dan sedang mencari-cari kerja. Tahun ini, ketika ku sudah berhenti berkhidmat di sekolah dan menunggu masa untuk menjadi siswi UIAM semula. Rezeki tenaga lebih untuk menabur budi dan bakti =).

practice my khat in the middle of preparations. lama tinggal, janggal jua rasa..

Apa yang berbeza pada majlis kali ini ialah ia diadakan di dewan. Tidak lah sepenat dahulu- harus menanti mak andam untuk memasang pelamin, memerhati orang memasang khemah.

5 hari pertama, sedikit sebanyak tugas di lakukan bersama Mak Long dan Adib. Jumaat. Ya. Hari Jumaat pabila sepupu-sepupu lain mula pulang untuk menghadiri majlis bersejarah tersebut. Tidak la rasa sunyi sangat. Jumaat malam Sabtu, usai menunaikan solat Maghrib dan menjamah sedikit makan malam, saya bersama beberapa sepupu yang lain menjengah dewan kenduri sambil menghantar cenderahati untuk tetamu di bilik simpanan.

Pada hari kejadian...

Kami tiba di hotel tersebut di awal pagi untuk melakukan tugas-tugasan akhir. Last check before the event begin.

Para hadirin mula tiba jam 11:30AM. Alhamdulillah dapat bertemu bersama sanak- saudara yang jarang dapat bertemu dan berkumpul. Hikmah sebuah perkahwinan: Menguatkan ikatan keluarga dan menyambung silaturahim.

Kak Azra, seperti biasa, sebagai Program Coordinator (or CEO pada kami para sepupu). Faiz pula diberi tangunggjawab sebagai jurucakap @ MC majlis dan Mokhzani, membaca doa untuk kedua mempelai.
Azman sedang menyediakan teks ucapan MC untuk Faiz

But the best part we cousins enjoyed the most that day is taking pictures of these two little girls, Ayriss and Ayra , our beloved anak saudara.

Ayriss Rihanna bt Azman

With miss Ayra Natasha bt M. Asrul.
Melakukan tugas-tugas tersebut kadangkala membuat diri ini terfikir, juga mencari idea untuk majlis sendiri suatu masa nanti bila diizinkan olehNYA. Yang aula (penting) sebuah majlis yang penuh dengan berkah dan doa, Insya Allah.

Welcome to the family, Kak Ili Liyana. Barakallahu Fikum.

Allah Knows Best.

Saturday, June 4, 2011

Cat & Baby Moment



Agak-agaknya la kan, kalau korang buat gitu kat kucing, apa jadi? Baru terlanggar depa dah marah kita balik kan?

Smile =)

Kamal & Ili (Akad) 4- June- 2011: Part 3











Kamal & Ili (Akad) 4- June- 2011: Part 2



The lovely bride: Ily Liyana. Welcome to the family =)

Stack of documents to be signed...

Saat kalimah 'Aku Terima Nikahnya' dilafazkan


"Alhamdulillah saya bersyukur majlis pernikahan saya pada hari ini berjalan dengan selamat. Doakan kebahagiaan kami, dunia dan akhirat.."

Kamal & Ili (Akad) 4- June- 2011: Part 1

Bismillahirahmanirahim...

Some pictures before my cousin's (Kamal) solemnization ceremony today.

Miss Ayriss Rihanna

Asrul & Ayra: Like father, like daughter

The groom

Ayriss, Kamal, Ayra

Adib

Faizah