Seminggu yang lalu, masa di habiskan di kampung halaman di Batu Pahat, Johor. Tujuan? Membantu mak long sedikit sebanyak dalam urusan persiapan majlis perkahwinan sepupu (Kamal). Bunga telur, door gifts, bunga rampai... antara tugas 'rasmi' yang dilakukan- sama seperti perkahwinan sepupu-sepupu sebelum ini.
Tahun lalu, semasa kenduri Noi (Ain) dengan Faiz, diri ini baru lepas habis pengajian di UIAM dan sedang mencari-cari kerja. Tahun ini, ketika ku sudah berhenti berkhidmat di sekolah dan menunggu masa untuk menjadi siswi UIAM semula. Rezeki tenaga lebih untuk menabur budi dan bakti =).
Apa yang berbeza pada majlis kali ini ialah ia diadakan di dewan. Tidak lah sepenat dahulu- harus menanti mak andam untuk memasang pelamin, memerhati orang memasang khemah.
Pada hari kejadian...
Kami tiba di hotel tersebut di awal pagi untuk melakukan tugas-tugasan akhir. Last check before the event begin.
Para hadirin mula tiba jam 11:30AM. Alhamdulillah dapat bertemu bersama sanak- saudara yang jarang dapat bertemu dan berkumpul. Hikmah sebuah perkahwinan: Menguatkan ikatan keluarga dan menyambung silaturahim.
Kak Azra, seperti biasa, sebagai Program Coordinator (or CEO pada kami para sepupu). Faiz pula diberi tangunggjawab sebagai jurucakap @ MC majlis dan Mokhzani, membaca doa untuk kedua mempelai.
But the best part we cousins enjoyed the most that day is taking pictures of these two little girls, Ayriss and Ayra , our beloved anak saudara.
Welcome to the family, Kak Ili Liyana. Barakallahu Fikum.
Allah Knows Best.
1 comment:
Salam..
Saya ada membekalkan kain jubah berbatu untuk dibuat jubah atau baju kurung..
Harga dibawah harga pasaran dan pembelian pada 10 pasang keatas akan mendapat harga yang istimewa..
Sesuai untuk surirumah atau sesiapa yang ingin memulakan bisnes online..
layari
http://www.facebook.com/QistCollections
untuk updated kain2 terbaru dari kami..
hubungi :
Irzan:012-2724949
Naza:012-9752114
email:zanth_nz@yahoo.com
:nzath_babe@yahoo.com.my
Post a Comment