Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 18, 2011

''Kalau tak puasa, tak boleh nak raya tau..."

Bismillahirahmanirahim...

Tinggal lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan al- Mubaraq.

Anda sudah bersedia? Oh...adakah diriku sudah bersedia untuk menyambut kehadiran bulan ibadah ini?

Semalam, teman mak ke pejabat PETRONAS TRAINING Bangi. Belek surat khabar. Di bahagian dalam, sudah ada rencana mengenai bengkel/ kelas-kelas masakan. Atau lebih tepat lagi, kelas buat kuih raya dengan chef-chef ternama Malaysia.

Senyum.

Buka televisyen, sudah mula promosi jualan perabot untuk raya. 90 hari tanpa bayaran. Wow. Ada tak dia nak bagi perabot tu free kat kita? Tak salah kalau nak tukar perabot (kalau kayu dh dimamah usia dsb) tetapi, semata-mata nak semua baru untuk raya sampai berhutang. Belum dikira faedah. Sat lagi, mesti keluar iklan 'kereta raya', 'langsir raya'...atau dah ada cuma saya sahaja tak sedar.

Jom kawan-kawan, kita persiapkan diri, hati & naluri untuk bulan Ramadhan akan datang.

Teringat zaman kita kecil dulu, orang-orang dewasa selalu cakap (sebab nak motivasikan budak-budak supaya puasa) : '' Tak puasa, tak boleh raya."

Dah dewasa dan matang ni, kita carilah motivasi pahala pula.

Peringatan untuk diri yang selalu leka.

The 'Said (Syed) & the Ones (Wan). Antara adik-adik sepupu. Raya 2010.

Allah Knows Best

No comments: