Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 28, 2009

Albi Nadak

(lagu asal dalam bahasa arab 'ami(pasar).Love the song-meanings&lyrics)

For you...I'm for you
Come closer & hug me
I need
you
For you...and my soul is in you
Oh love of my life,
All my life
I'll live it for you
Your love is in the life
You're the one who I love
My heart used to wish
That the most beutiful angel would be

My heart called you
And wished that you'd be with me
After years of longing
And yearning
I find you
Here with me...
Hug me tou you
And I'll sacrifice my life for you

My love
My life is yours
What, what will I need?
If you were by my side
With me always
Tell me what?

Yeah...
For a long time I've wait
Need a heart to feel me
And I'd feel it in return

Your love is the life
And you're the one who I love...

Saturday, August 22, 2009

mixed emotions

2+1 at KAED FEST 2009






serupa tak (aku amik gambar, syieda control rai )

syieda kata, lain pula bendanya yang aku jumpa-kucing...

Friday, August 21, 2009

A piece of mind...

Bismillahirrahmanirrahim...

Right now...
I'm still unsure...(or confused) about my future...
My life after study...
As planned earlier, Family Psychology would be my field of interst...
Or maybe Educational Psychology...

Alhamdulillah money is not the big issue...
As mama have put some savings in my account...
But...

Thinking...
What if I have my own family...
Husband...(and kids) to take care of...
As they would surely be my priority...
(huhu...kang sebelah tangan belek buku, sebelah tangan susukan anak...)
I'm not sure if I have the strength...
To carry both...

Ya Allah The All Knowing...
Only You knows the secret in our heart...

Monday, August 17, 2009

Zaman nakal2 dulu...

p/s: Perhatian. Catatan-catatan dibawah mengandungi kisah pelanggaran disiplin/ kenakalan penulis yang tidak patut di contohi.

A. Di Matrikulasi UIAM, PJ

1- Mahallah Aisyah:

Alhamdulillah aku ditempatkan bersama 4 orang lagi teman yang baik tapi nakal2 macam aku. Susah senang bersama-sama. Awatif dan Noriz dari Johor, Sarah dari Terengganu dan Zura dari Pahang. Walau keadaan asrama yang agak usang, faktor tersebut tidak pernah menjadi penghalang asalkan dapat aku merehatkan diri setelah penat seharian memerah otak dan dapat juga menjalani ibadah dengan tenang. Kafe pun bawah bilik je. Di sebabkan aku tinggal di Kuala Lumpur, aku kerap kali berjumpa dengan fellow untuk cop kad kebenaran balik rumah. Penuh tau sampai tak muat. Hehe. Ada je pernah cabut balik tak mintak cop. Cuma tak da peluang je nak simpan kad tu sebab kena serah balik sebelum ‘grad’ dari matriks. Terkenang saat bemain kejar-kejar dengan mereka kala hari hujan…

2- Uniform:

Bagi pelajar perempuan, ketika itu baju kurung atau jubah dengan tudung berwarna putih manakala di pihak pelajar lelaki pula baju kemeja lengan panjang bersama seluar hitam (bak kata Sir Mohi…macm drebar taxi…hihi). Kasut sepatutnya hitam tetapi selamba je aku pakai sports shoe kaler kelabu. Suka je nak lari dari disiplin. Nasib tak kena saman.

3- Kelas:

Penat. Ye lah. Dari 8 pagi sampai 10 malam untuk semester pertama. Rehat hanya untuk makan dan solat. Pernah sekali terlalu penat buat perbincangan sampai waktu sahur. Kemudian lepas solat Subuh aku terlelap. Sedar pun bila Madam Hidayah sms tanya aku kat mana. Alamak! Terlupa hari ni ada test Introduction to Mass Communication. Alhamdulillah madam kasi buat kat bilik dia. Kalau tak…

4- Klinik:

Dah macam rumah eh mahallah ke-2 aku. Pengunjung setia tiap-tiap bulan. Makan menyempat, tidur pun sempat-sempat je sampai selalu demam. Pernah sekali tengah malam kat mahallah kena gastric & roommates offer nak panggil ambulan. Haha. Buat malu je kang. Tahan je sakit jalan ke klinik (ego…:p).

5- Kelas Creative Thinking Sir Abbas Hasan:

5 orang sahaja pelajar dalam kelas ni. Aku, ‘Alaa, Aziza, Harris dan Ridza. Ntah apa (lupa) nama bilik mesyurat dean matriks yang jadi kelas kami tiap 2 kali seminggu tu tapi best. Dok main tekan-tekan mic, pusing-pusing kerusi. Paling seronok bila break kejap sir selalu belanja kami air the/kopi plus kuih-muih. Hari terakhir pula Ridza & Harris ‘curi-curi’ rakam suara sir bila kami buat permintaan lagu. Tak tau la depa simpan lagi ke tidak recording tu.

Jangan ikut yea. Tak baik.

Thursday, August 13, 2009

Sejenak doa...

Hati ku tenang kala aku menhadirkan diri padaMU
Gundahku sepi pabila aku mengadu padaMU Illahi Rabbi
Senyum jiwaku saat aku dalam kepedihan
Kerana aku tahu
Kau sentisa ada bersama
Tidak pernah sesaat Kau melupakan hambaMU

Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Aku bersyukur atas kurniaan Iman & Islam dalam hidupku
Mendampingku selalu agar aku dapat mengapai redhaMU
Agar aku menjadi insan yang lebih soleh, beriman dan bertaqwa...

Sekadar coretan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah atas segala nikmat & kurniaan pada pagi ini. Kuliah sudah menginjak ke minggu ke 5 dan tugasan juga kian meningkat. Jasad...penat namun, hati tetap tenang. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk membelek buku, menghadirkan diri ke kuliah dan mencari secebis ilmu buat bekalan di kemudian.

Moga diri ini terus diberi kekuatan untuk meneruskan amanah dari mama dan ayah. Moga diri ini diberi kekuatan iman untuk menjalani ibadah di tengah kesibukan urusan dunia.

Minggu lalu, kak Fisah hubungi aku. Meminta ku untuk menggantikan dirinya selama 2 bulan semasa berpantang tidak lama lagi. Namun, aku bukan berada di waktu cuti. Maaf sangat-sangat kak. Tetapi sejujurnya aku amat merindui anak-anak murid ku.

Usai habis pengajian ijazah ini, aku merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Masters in Family Psychology. Sudah intai-intai di beberapa buah IPT. Tertakluk kpada keaadan. Allah knows best...

Wallahu' alam....

Monday, August 10, 2009

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...!

"Ramadhan bulan ibadah...bulan kerahmatan dan keinsafan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda..."-UNIC & INTEAM

Ramadhan al-mubaraq akan tiba Insya Allah pada Sabtu hadapan. Bersamaan 22 Ogos 2009.
Sudah bersediakah kita?

Atau...
Hanya lebih menantikan ketibaan Raya?

(sudah banyak iklam promosi raya-kuih raya, baju raya, langsir raya, perabot raya keluar).

Kenapa tidak dikeluarkan iklan atau promosi...
Seperti...
Gandakan bacaan Al-Qur'an, kuatkan diri untuk menghidupkan malam qiamullail dan sebagainya?

Moga Ramadahn kali ini dapat menjadikan diri ini hambaNYA yang lebih bertaqwa...
Ameen...!

p/s: peringatan jua coretan untuk diri & semua...

Saturday, August 8, 2009

Ada apa pada nama?

Bismillahirrahmanirrahim...

La ni tgh rehat-rehat di rumah. Hilangkan penat setelah seharian menghadirkan diri di majlis konvokesyen adikku yang tercinta. Mabruq ya ukhti. Air mata aku dah mengalir masa tengok acara kat skrin (ye la. depa hanya membenarkan 2 org wakil je masuk dewan tu)..tapi bila jumpa adik balik masa nak bagi bunga ros sekuntum+ teddy bear, aku ketawa. Malas nak nak nangis depan dia (ish. ego la tu...). Insya Allah tahun hadapan, ada rezeki, giliran aku pula naik pentas ambil skrol.

Semalam. Hari Jumaat. Masa kelas Counseling. Madam sebut nama Mahirah. Aku buat tak tahu je la. Madam panggil lagi. Owh. Aku ke. Haha. Sebab nama itu hanya nama panggilan tika di rumah dan orang-orang tertentu sahaja. Aku pun pergi kat madam sengih-sengih dan hulurkan m.c aku untuk cuti Rabu hari tu.

Nama aku...seperti yang tertera di dalam surat beranak, I/C dan pasport...Zainab Mahirah binti Ismail. Maknanya tak silap aku " Sejenis bunga yang harum" + " Yang mahir". Ada kena ke dengan aku? Hehe. Terima kasih mak & ayah sebab bagi nama yang baik sebab nama juga merupakan sebuah doa untuk insan, ye tak?

Zaman sekarang ni, dah macam-macam nama pelik aku tengok.Nama ikut orang barat. Yang mungkin ibubapa sendiri tidak mengkaji dengan mendalam tentang erti & makna di sebalik sebuah nama. Kalau zaman dahulu, mereka lebih suka menamakan anak ikut irama alam dan lebih ringkas. Perempuan contohnya...Ros, Melati, Timah, dsb. Yang lelaki pula...Abu, Ali, Mamat. Ringkas. Sebut pun senafas. Waktu ini, nama si anak perempuan mungkin Sarah Adilla Lisa. Yang lelaki mungkin Aaron Amir Rayyan. Itu belum lagi di tambah pangkat gelaran keluarga. Sudah besar dan mungkin mendapat pingat kehormatan, di tambah pula dengan YB Dato' Dr Haji/ Tan Sri/ Datin Paduka Hajjah...pernah sekali aku melihat nama seorang insan. Panjang. Bila di telek & di ketepikan pangkat dan gelaran, nama dia ringkas je sebenarnya.

Aku? Bila dah ada anak nanti nak letak nama apa? Mungkin Ziyyad Fikri (kelebihan fikiran/idea la tu) yang perempuan pula Durratun Najihah (permata kejayaan). Yang lain2... Mimpi je ni. Tertakluk pada keputusan 'ketua hakim'. Hehe. Tak salah kan doa & minta yang baik2 sementara masa bujang ni kan.Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa pendidikan anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahirannya. Bermakna, bermula dari didikan awal yang diterima oleh ibubapanya semenjak kecil/ masih bayi. Perangai, akhlaq dsb ibubapa tika masih zaman baru mula bertatih, mula menulis, awal remaja akan memberi kesan pada anak-anak. Malah, pesan Dr Maziah, pensyarah subjek Aqidah, bagaimana kali pertama kita melihat bakal pasangan juga ada kesannya... wallau 'alam...

p/s: Moga diri terus diberi kekuatan iman, akhlaq untuk menjalani kehidupan di bumi yang luas ini. Ya Allah...hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-MU yang lemah ini...

Wednesday, August 5, 2009

Alhamdulilllah atas segala nikmat...

Bismillahirrahmanirahim...

Hari ini aku cuti. Sebab ada appointment & check-up kat hospital. Isnin hari tu minta izin kat lecturer nak cuti. Madam Aminatu-Counseling Psyc-senyum je. Ok la tu kan. Dr Mariam-Experimental-ok...just give me an mc. Alhamdulillah. Sekali cakap je. Padahal setahu aku dia strict pasal attendance. Terima kasih madam...

Tetapi...sebelum ambil cuti, haruslah disiapkan tugas2. Experimental Report 1 due hari ni. Jadi, kerja edit, tambah maklumat last minute...sakit ooo. Semua...dari abstract sampai discussion kena 'cramp' ke 5 muka surat. Counseling, buat notes & revision.

Sukanya aku...dapat buku baru. Not really a book but a seminar material.Pinjam & fotokopi dari Che Wan. The Buzan Technique-effective thinking for higher performance. Mengenai 'mind-mapping'. A simpler version & lagi mudah untuk difahami. Pen warna memang dah ada (bahan project khat sem lepas). Kertas pun dah ada. Tangan ni...bila nak mula melukis?

Back to the hospital story...2 pm sampai kat bahagian specialist. Ambil nombor giliran. 15 mint gitu baru namaku di seru. Depa baru sudah lunch & zohor break. Alhamdulillah....ubat dari sebelum ni 3 jenis, tinggal hanya 1 yang 'wajib' di telan. Dengan tambahan Arcoxia sebagai painkiller bila perlu sahaja. Sesi fisioterapi juga bakal di terminate. Cuma di ganti dgn light sessions. Cuma kena watch my postures & still tak boleh buat kerja berat sgt...(kes budak malas makan ubat macam ni la). Next check-up sebulan dari sekarang.

On the way back, cari kedai motor dgn mama. Nak beli helmet je pun. Huhu. Masa tak nak, macam banyak pula nampak. Ni, masa tengah hunting, macam nak cari emas. Pusing- pusing Kajang, tak dapat, balik Bangi. Ada la 1 kat seksyen 9. Tu pun, payah nak cari saiz. Don't ask why. Akhir sekali, tutup mata amik yg RM 120. Tu je yang selesa. Yang lain, ketat. Warna merah belang2 cap LTD. Yang aku ni pula 1 hal. Nak yg pelik sikit taku tertukar dgr orang lain (ala2 tgh musim pak guard & mak guard tgh cari siapa yg tak pakai helmet kan?). Mengada2 betul. Mama macam dah bagi 'signal' dah boleh bawa motor. Lesen dulu yea kena amik. La ni blaja dulu jadi penumpang....