Bismillahirrahmanirahim...
Hari ini aku cuti. Sebab ada appointment & check-up kat hospital. Isnin hari tu minta izin kat lecturer nak cuti. Madam Aminatu-Counseling Psyc-senyum je. Ok la tu kan. Dr Mariam-Experimental-ok...just give me an mc. Alhamdulillah. Sekali cakap je. Padahal setahu aku dia strict pasal attendance. Terima kasih madam...
Tetapi...sebelum ambil cuti, haruslah disiapkan tugas2. Experimental Report 1 due hari ni. Jadi, kerja edit, tambah maklumat last minute...sakit ooo. Semua...dari abstract sampai discussion kena 'cramp' ke 5 muka surat. Counseling, buat notes & revision.
Sukanya aku...dapat buku baru. Not really a book but a seminar material.Pinjam & fotokopi dari Che Wan. The Buzan Technique-effective thinking for higher performance. Mengenai 'mind-mapping'. A simpler version & lagi mudah untuk difahami. Pen warna memang dah ada (bahan project khat sem lepas). Kertas pun dah ada. Tangan ni...bila nak mula melukis?
Back to the hospital story...2 pm sampai kat bahagian specialist. Ambil nombor giliran. 15 mint gitu baru namaku di seru. Depa baru sudah lunch & zohor break. Alhamdulillah....ubat dari sebelum ni 3 jenis, tinggal hanya 1 yang 'wajib' di telan. Dengan tambahan Arcoxia sebagai painkiller bila perlu sahaja. Sesi fisioterapi juga bakal di terminate. Cuma di ganti dgn light sessions. Cuma kena watch my postures & still tak boleh buat kerja berat sgt...(kes budak malas makan ubat macam ni la). Next check-up sebulan dari sekarang.
On the way back, cari kedai motor dgn mama. Nak beli helmet je pun. Huhu. Masa tak nak, macam banyak pula nampak. Ni, masa tengah hunting, macam nak cari emas. Pusing- pusing Kajang, tak dapat, balik Bangi. Ada la 1 kat seksyen 9. Tu pun, payah nak cari saiz. Don't ask why. Akhir sekali, tutup mata amik yg RM 120. Tu je yang selesa. Yang lain, ketat. Warna merah belang2 cap LTD. Yang aku ni pula 1 hal. Nak yg pelik sikit taku tertukar dgr orang lain (ala2 tgh musim pak guard & mak guard tgh cari siapa yg tak pakai helmet kan?). Mengada2 betul. Mama macam dah bagi 'signal' dah boleh bawa motor. Lesen dulu yea kena amik. La ni blaja dulu jadi penumpang....
No comments:
Post a Comment