Bismillahirrahmanirrahim...
La ni tgh rehat-rehat di rumah. Hilangkan penat setelah seharian menghadirkan diri di majlis konvokesyen adikku yang tercinta. Mabruq ya ukhti. Air mata aku dah mengalir masa tengok acara kat skrin (ye la. depa hanya membenarkan 2 org wakil je masuk dewan tu)..tapi bila jumpa adik balik masa nak bagi bunga ros sekuntum+ teddy bear, aku ketawa. Malas nak nak nangis depan dia (ish. ego la tu...). Insya Allah tahun hadapan, ada rezeki, giliran aku pula naik pentas ambil skrol.
Semalam. Hari Jumaat. Masa kelas Counseling. Madam sebut nama Mahirah. Aku buat tak tahu je la. Madam panggil lagi. Owh. Aku ke. Haha. Sebab nama itu hanya nama panggilan tika di rumah dan orang-orang tertentu sahaja. Aku pun pergi kat madam sengih-sengih dan hulurkan m.c aku untuk cuti Rabu hari tu.
Nama aku...seperti yang tertera di dalam surat beranak, I/C dan pasport...Zainab Mahirah binti Ismail. Maknanya tak silap aku " Sejenis bunga yang harum" + " Yang mahir". Ada kena ke dengan aku? Hehe. Terima kasih mak & ayah sebab bagi nama yang baik sebab nama juga merupakan sebuah doa untuk insan, ye tak?
Zaman sekarang ni, dah macam-macam nama pelik aku tengok.Nama ikut orang barat. Yang mungkin ibubapa sendiri tidak mengkaji dengan mendalam tentang erti & makna di sebalik sebuah nama. Kalau zaman dahulu, mereka lebih suka menamakan anak ikut irama alam dan lebih ringkas. Perempuan contohnya...Ros, Melati, Timah, dsb. Yang lelaki pula...Abu, Ali, Mamat. Ringkas. Sebut pun senafas. Waktu ini, nama si anak perempuan mungkin Sarah Adilla Lisa. Yang lelaki mungkin Aaron Amir Rayyan. Itu belum lagi di tambah pangkat gelaran keluarga. Sudah besar dan mungkin mendapat pingat kehormatan, di tambah pula dengan YB Dato' Dr Haji/ Tan Sri/ Datin Paduka Hajjah...pernah sekali aku melihat nama seorang insan. Panjang. Bila di telek & di ketepikan pangkat dan gelaran, nama dia ringkas je sebenarnya.
Aku? Bila dah ada anak nanti nak letak nama apa? Mungkin Ziyyad Fikri (kelebihan fikiran/idea la tu) yang perempuan pula Durratun Najihah (permata kejayaan). Yang lain2... Mimpi je ni. Tertakluk pada keputusan 'ketua hakim'. Hehe. Tak salah kan doa & minta yang baik2 sementara masa bujang ni kan.Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa pendidikan anak-anak bermula 20 tahun sebelum kelahirannya. Bermakna, bermula dari didikan awal yang diterima oleh ibubapanya semenjak kecil/ masih bayi. Perangai, akhlaq dsb ibubapa tika masih zaman baru mula bertatih, mula menulis, awal remaja akan memberi kesan pada anak-anak. Malah, pesan Dr Maziah, pensyarah subjek Aqidah, bagaimana kali pertama kita melihat bakal pasangan juga ada kesannya... wallau 'alam...
p/s: Moga diri terus diberi kekuatan iman, akhlaq untuk menjalani kehidupan di bumi yang luas ini. Ya Allah...hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-MU yang lemah ini...
No comments:
Post a Comment