p/s: Perhatian. Catatan-catatan dibawah mengandungi kisah pelanggaran disiplin/ kenakalan penulis yang tidak patut di contohi.
A. Di Matrikulasi UIAM, PJ
1- Mahallah Aisyah:
Alhamdulillah aku ditempatkan bersama 4 orang lagi teman yang baik tapi nakal2 macam aku. Susah senang bersama-sama. Awatif dan Noriz dari Johor, Sarah dari Terengganu dan Zura dari Pahang. Walau keadaan asrama yang agak usang, faktor tersebut tidak pernah menjadi penghalang asalkan dapat aku merehatkan diri setelah penat seharian memerah otak dan dapat juga menjalani ibadah dengan tenang. Kafe pun bawah bilik je. Di sebabkan aku tinggal di Kuala Lumpur, aku kerap kali berjumpa dengan fellow untuk cop kad kebenaran balik rumah. Penuh tau sampai tak muat. Hehe. Ada je pernah cabut balik tak mintak cop. Cuma tak da peluang je nak simpan kad tu sebab kena serah balik sebelum ‘grad’ dari matriks. Terkenang saat bemain kejar-kejar dengan mereka kala hari hujan…
2- Uniform:
Bagi pelajar perempuan, ketika itu baju kurung atau jubah dengan tudung berwarna putih manakala di pihak pelajar lelaki pula baju kemeja lengan panjang bersama seluar hitam (bak kata Sir Mohi…macm drebar taxi…hihi). Kasut sepatutnya hitam tetapi selamba je aku pakai sports shoe kaler kelabu. Suka je nak lari dari disiplin. Nasib tak kena saman.
3- Kelas:
Penat. Ye lah. Dari 8 pagi sampai 10 malam untuk semester pertama. Rehat hanya untuk makan dan solat. Pernah sekali terlalu penat buat perbincangan sampai waktu sahur. Kemudian lepas solat Subuh aku terlelap. Sedar pun bila Madam Hidayah sms tanya aku kat mana. Alamak! Terlupa hari ni ada test Introduction to Mass Communication. Alhamdulillah madam kasi buat kat bilik dia. Kalau tak…
4- Klinik:
Dah macam rumah eh mahallah ke-2 aku. Pengunjung setia tiap-tiap bulan. Makan menyempat, tidur pun sempat-sempat je sampai selalu demam. Pernah sekali tengah malam kat mahallah kena gastric & roommates offer nak panggil ambulan. Haha. Buat malu je kang. Tahan je sakit jalan ke klinik (ego…:p).
5- Kelas Creative Thinking Sir Abbas Hasan:
5 orang sahaja pelajar dalam kelas ni. Aku, ‘Alaa, Aziza, Harris dan Ridza. Ntah apa (lupa) nama bilik mesyurat dean matriks yang jadi kelas kami tiap 2 kali seminggu tu tapi best. Dok main tekan-tekan mic, pusing-pusing kerusi. Paling seronok bila break kejap sir selalu belanja kami air the/kopi plus kuih-muih. Hari terakhir pula Ridza & Harris ‘curi-curi’ rakam suara sir bila kami buat permintaan lagu. Tak tau la depa simpan lagi ke tidak recording tu.
Jangan ikut yea. Tak baik.
No comments:
Post a Comment