Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 12, 2012

Travelog Turki: Babak Pertama

Bismillahirahmanirahim...

 5/10/2012 (Jumaat)

Alhamdulillah. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan tiba. Pagi Jumaat, menutup pintu bilik kolej. Bakal ku tinggalkan untuk tempoh seminggu lebih. Aku, dan mama ronda-ronda di kotaraya Kuala Lumpur untuk mencari barang yang perlu dibawa. Barang dalam senarai yang mungkin tiada lagi dalam bekalan.

7/10/2012 (Ahad)

Singgah di teratak cik Huda di Sungai Ramal Dalam untuk mengambil bebepa buah buku untuk dikirimkan di Turki. Oh ya. Perkenalan yang singkat melalu sahabat FB saya, akh Saed Imaduddin yang rupa- rupanya rakan sekolahku sewaktu darjah 1 di Al- Amin KL. (Ok. Masa tu kecil lagi. Mana nak kisah ingat nama kawan. Tahu peningkan kepala cikgu ada la kan? Lagi pun setahun tu je kat situ). Akh Saed boleh saya katakan 'travel planner/ agent' tak rasmi untuk perjalanan saya ke bumi Istanbul. Tempat saya menanyakan soalan- soalan berkaitan semasa merancang trip.

Tentang pemilihan penerbangan. Saya telah membulatkn hati memilih untuk terbang bersama Qatar Airways setelah membuat tinjauan (survey) di kalangan beberapa flight provider yang lain (MAS, Emirates, Etihad, KLM), saya dapati ianya menawarkan harga yang agak berpatutan untuk tambang pergi- balik. Tambahan pula stesen transit di Doha International Airport...walaupun mungkin tidak dapat keluar dari lapangan terbang, banyak perkara yang boleh saya pelajari, perhati di sekeliling kawasan lapangan terbang itu sendiri.

8/10/2012 (Isnin)

12:00am

Setelah mengisi segala bekal, bagasi di dalam kereta, kami bertolak ke KLIA. Agak ganjal mulanya apabila memakai pakaian siang hari (pakaian pergi ke kuliah/ kerja) di tengah- tengah malam. Mungkin ada yang akan berkata "Mengapa tidak menyarung/ mengenakan t-shirt panjang sahaja". Ya. Boleh sahaja tetapi memikirkan akan berada lama di dalam penerbangan dan sewaktu transit di Doha, saya mahukan pakaian yang agak tebal tetapi selesa untuk melindungi diri saya daripada kesejukkan pendingin hawa.

12:45am

Tiba di KLIA. Bertemu dengan nenek, mak ngah, cik, serta beberapa orang sepupuku yang telah menanti di sana. Untuk 'menghantar' aku, mama, dan abah. Terima kasih ku ucapkan.

1:00am- 1:45am

Beratur di kaunter daftar masuk 'check-in'. Oh..sungguh panjang barisan orang yang akan menaiki penerbangan yang sama. Timbang bagasi lalu kami meneruskan langkah ke kaunter imigresen di tingkat bawah.

 
 Di kawasan stesen imigresen KLIA
 


2:00am- 2:50am

Dengan menaiki Aerotrain untuk ke terminal pelepasan. Singgah makan. Sekadar mengalas perut yang berkeroncong di kafetaria sebelum ke tempat terakhir- boarding area. Dengan lafaz bismillah, ku menghayun langkah memasuki perut kapal terbang.

3:30 am- 10:50am (Waktu Malaysia): Kuala Lumpur (KUL)- Doha (DOH).

Penerbangan selama 7 jam ini agak meletihkan. Masakkan tidak. Kebanyakkan masa hanya tertumpu di tempat duduk. Mahu bergerak selalu, tempat terhad. Penggunaan tandas juga di ruang yang terhad. Mengisi masa dengan penggunaan skrin yang disediakan- filem, games...cuba juga untuk menidurkan diri tetapi misi gagal. Hanya mampu terlelap seketika. Mungkin keadaan kurang selesa.

On Air GPS/ Map. Waktu ini sudah berada di kawasan Tanah Arab.


 
Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan ialah apabila berpeluang untuk menunaikan solat Subuh di udara. Allahu Rabbi! Sungguh ku rasa terharu. Rezeki jumpa sedikit ruang di hadapan tempat duduk sepasang suami isteri mat salleh. Terima kasih kerana membenarkan menggunakan ruang itu sebentar untuk menunaikan ibadah.
 
Makanan pertama yang diedarkan- chicken pie. Bebrapa jam kemudian, saya memilih menu nasi goreng cina berserta lauk cendwan untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Alhamdulillah.
 
10:50 am (Waktu Malaysia)/ 5:50am (Waktu Doha).
 
Alhamdulillah. Selamat mendarat di Doha International Airport untuk transit.
 
*****
 
Akan bersambung di babak seterusnya, Insya Allah.