Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 31, 2009

Complaints?!

Bismillahirrahmanirrahim...

Halamak...baru 3 minggu ke? Ni kata hati aku ye, bukan aku.Haha,. Tak mau ngaku le tu. Masa cuti tu beriya nak mula semester balik...tapi bila dah mula pegang buku, mula la macam-macam karenah...manusia kan?

Tapi kan...semester ni agak seronok (dan ada juga yg pelik2). Dari (or daripada?) 6 subjek, 4 je yg ada final exam. Yahooo!!!Jap...jap. Usah terlalu seronok duhai diri. Summative assesment masih banyak ye...

Subjek experiment paling best kot. Dua minggu sekali dapat buat eksperimen baru. Setakat ni batu mula 1. Tapi (ada gak tapi2 ni) yang 'sakitnya' masa kena buat report. Huhu. Welcome back SPSS& statistics. Walau ku tahu ku akan sentiasa bersamamu, berilah ku ruang untuk bernafas. Please. Tak tahan aku dok key-in data banya-banyak. Konpius. Dan juga munkin kerana aku tergolong dalam kategori spatial learner, bab-bab main dengan mesin2/ alat2 eksperimen aku suka...berbanding kalau dengar kuliah sahaja (don't ask what I do ok?).

Semester ni juga aku macam ada kelas naik motor tak rasmi. Cikgunya...Kak Pija & Syarah. 2 kali seminggu iaitu petang Selasa & Khamis setelah tamatnya kelas Undergraduate Seminar. Jadi pembonceng je ye dulu. Tu pun punya la payah. Hehe. Nasib masa tu dah tak ramai orang...p/s: aiseh. macam mana ni ye. Depa suh pakai helmet dlam uia kalau naik motor. Tapi yang aku malasnya karang kena usung benda tu ke sana ke mari. Tak pakai kang silap2, dapat saman.

No comments: