Bismillahirrahmanirahim...
Kali ini bukan mahu dikongsikan resipi masakan...tetapi sebuah resipi mengenai realiti kehidupan...
Malam tadi...semasa menunggu pesanan makanan untuk siap di kedai, aku memerhatikan kelatah manusia di sekeliling. Tua, muda, wanita, lelaki. Semua berpusu-pusu untuk mengisi perut yang sedang bekeroncong: Lapar! Lapar! Mungkin itu yang disuarakan oleh sang perut yang saban hari 'disumbat' dengan pelbagai jenis hidangan tanpa henti.
Pandangan pertama: Sekumpulan pelajar (mungkin rakan sebilik atau sekuliah) dalam kereta berpusing-pusing mencari tapak yang sesuai untuk meletak kenderaan. Penat menelaah mungkin..?
Pandangan kedua: Pasangan merpati sejoli berpimpin tangan sambil tersenyum. Adakah mungkin babak cinta ini terus kukuh dan mekar setelah melafazkan sumpah dan janji setia di hari pernikahan?
Pandangan ketiga: Keluarga bahagia yang mungkin sekali- sekala mahu beralih angin menjamu selera di luar...
Pandangan UTAMA: Seorang penjual kepak ayam panggang di luar pengkarangan kedai. Memanggang ayam jualan sambil di sebelah tangannya memegang putung rokok. Maknanya si penjual di luar itu sedang merokok sambil memasak. Dan, aku rasa itu tidak termasuk amalan penyediaan makanan yang betul. Ini yang aku namakan sebagai KEPAK AYAM 3 RASA- asap bakar dari arang, asap rokok si penjual dan asap kenderaan yang lalu-lalang. Siapa mahu?
No comments:
Post a Comment