Bismillahirrahmanirrahim...
Hampir seminggu lamanya tidak menjengah ke laman blog yang kerdil ini. 'Berkampung' sebentar di Agrotek Resort Hulu Langat meneman mama yang berkursus di sana.Di kamar hotel, untuk mengisi masa senggang (sementelah penat menyiapkan kerja editing di laptop), aku menekan-nekan punat 'remote control, televisyen. Huarghh. Agak bosan rupanya tv ni kan? Di rumah tiada peti ini namun, jika tertengok (di warung, kedai etc),sesaat sahaja aku sudah merasa bosan. Ya. Agak bosan. Walau ada juga rancangan yang bermanfaat, kebanyakkan darinya adakala lebih 'menyesakkan nafas'.
Drama: Selalu sahaja memaparkan kehidupan golongan elit, kaya, keluarga yang mempunyai syarikat ternama. Konflik-sama. Malas aku nak cerita di sini.
WWF: Ini bukan mengenai tabung untuk 'nature' yang logo panda tu yea.Yang aku maksudkan ialah WWF yang memaparkan aksi gusti yang ganas. Aku pernah terbaca berita beberapa tahun yang lalu bahawa seorang abang telah 'terbunuh' adikknya yang sedang tidur dengan meniru aksi peserta WWF yang sering membaling/mencampak lawan mereka. Semalam tertengok di restauran.Depa nak lawan2 kat tangga (ala...jenis yang macam orang guna untuk repair2...bkn yang tercongok kat umah tingkat2 tu). Kang jadi macam aku baru tahu (aku terjatuh yea. tak main la WWF ni.harap maklum) sampai disc tulang pecah. Rasalah...
Bola: Tak tau pun nama team, siapa yang hebat sepak bola masuk gol ke apa. Pesanan penting: Boleh tak tolong pakai seluar panjang biar jangan nampak lutut? Bukankah aurat bagi seorang lelaki itu dari pusat sampai lutut? Tidak salah kan main bola kalau pakai seluar panjang.
Tom tom bak: Baguskan ajar budak-budak menyanyi, berlakon....?Ish.Ish.
Aku tidak arif mengenai program2 realiti. Tahu pun dengar cakap2 orang, baca kat media.
Undi SMS: Setiap undian yang di terima kos RM 0.50. Tidak termasuk kos syarikat telekomunikasi kira2 RM 0.15. Jadi, setiap kali SMS dihantar, kosnya ialah RM 0.65 (boleh beli pen ke, buku tulis untuk adik saudara ke, kopi panas ke kan). Takkan tak nak 'bintang' yang kita pujakalah kan? Mestilah kena hantar banyak-banyak. Betul?Kira lah kos sendiri. Penat. Kos yang kita hantar tu akan digunakan untuk menampung hadiah pemenang, kos belanja program. Siapa yang untung? Agak2 kalaulah 'bintang pujaan' kita tu dah menang, depa kenal ke siapa yang SMS depa paling banyak? Buat habis kredit dan bil je. Depa yang dapat kereta, rumah, perabot, duit RM 100 000. Kita yang perabis duit banyak, apa pun tiada.
MENTOs(R): Tunjuk ajarku sifu. Huhu. Hebat tu. Syabas kerana telah berjaya mendidik seorang lagi umat manusia untuk menjadi artis dan penyanyi. Bukankah perkara baik yang kita sampaikan ada 'sahamnya' di akhirat sana? Begitu juga jika kita mengajar perkara yang tidak di redhaiNYA? Salam tangan 'sifu' (terutama untuk lelaki vs wanita) sebelum memulakan persembahan. Minta restu yea? Baiknya anak sifu. Aku dgn anak murid yang lelaki pun tak pernah bersentuhan walau mereka belum akil baligh...
Jangan Lupa Lirik: Hafal la lagu banyak-banyak kalau nak menang RM 1 juta. Bukan kah lebih baik kalau hafal surah ke, hadith ke, doa ke, kisah nabi ke...Nanti takut 'terkunci' terus hati dari mengingati Allah S.W.T...
Anak Wayang/ Pilih Kasih: Kes nak cari pelakon pelapis la ni kan? Nanti siapa la nak jadi waris bila dah tiada...ye tak? Batas antara pelakon perlu ada...walau watak ibu dan anak, anda tetap bukan muhrim. Mana boleh sentuh, salam, cium tangan dan pipi. Watak suami isteri...no komen. Adik- beradik...
Penonton: Yang kamu semua terlompat-lompat suka tu kenapa? Kibar-kibar banner. Jerit-jerit. No komen lagi...
p/s: Selamat kat rumah tak da tv. Selamat mata. Bil letrik pun kurang. Tak pening mama nak bayar bil astro skali.
Wallahu 'alam
2 comments:
haha.lawak la ape yg nab tls ni..apepun mmg btl ape yg nab ckp tu =)
belum masuk tang kartun.violent dan dah tak sesuai untuk budak2.just an animated version of human act.tak macam kartun zaman dulu2
Post a Comment