Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 7, 2009

An- Nikah, Walimah, & Usrah: Part 4

TIP MEMELIHARA PERTUNANGAN DALAM ISLAM

1- Tidak digalakkan memanjangkan tempoh pertunangan. Sebaik- baiknya apabila persediaan perkahwinan dapat dikumpulkan, segerakanlah pernikahan, agar terhindar daripada fitnah.

Sabda Rasulullah S.A.W: Orang mukmin satu dengan yang lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia ditinggalkan.

Ini mungkin diantara hikmah digalakkan supaya pernikahan disegerakan. Supaya tunangan tidak di ambil oleh pihak lain dan terjadi perselisihan antara dua pihak yang mungkin dahulunya bersahabat baik.

2- Ikatan pertunangan bukanlah tiket yang membolehkan lelaki dan perempuan bergaul atau berdua-duaan tanpa batasan. Islam tetap membataskan pergaulan seperti sebelumya kerena mereka masih BUKAN SUAMI ISTERI.

Bermula dari hari pertunangan, pihak yang layak menyarungkan cincin ke jari manis wanita ialah bakal ibu mertua atau wakil perempuan dari rombongan lelaki. Bukan seperti yang ditunjukan didalam drama atau filem (jua adat masyarakat di Barat) di mana pihak lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin ke jari bakal isterinya.

Di alam pertunangan juga kedua-dua pihak tidak boleh berhubungan seperti sudah ada ikatan pernikahan yang sah. Seperti memgambil dan menghantar dari tempat kerja, makan malam bersama di restoren hotel bintang 5 atau hanya di warung kaki 5 bila tiba hujung bulan, menunggang motor bersama dan sebagainya. Perbuatan tersebut harus dielakkan kerana ianya bakal menimbulkan fitnah dan bagaimana pula selepas berkahwin nanti? Adakah si suami akan setia menjemput si isteri dari tempat kerjanya? Adakah si suami akan membawa isteri makan diluar sekali- sekali (terutama di hari istimewa) atau sekadar bertanya apakah yang ada untuk di jamah di rumah? Adakah si isteri akan setia menjaga pakaian dan makan suami?

3- Lelaki hanya dibolehkan melihat tunangnya pada batas aurat, yakni pada muka dan kedua pergelangan tangan sahaja. TIDAK BOLEH MELIHAT BAHAGIAN AURAT!

4- Pertemuan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah berserta muhrim. Dilarang berjumpa/ melihat tunang secara sendirian.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti ada yang ketiganya iaitu syaitan.”

No comments: