Bismillahirrahmanirrahim...
''Sis. HS department kat mana?''.Duduk2 menyibuk di CSD juga sering ku terima soalan2 tersebut. 'Kak. STAD kat mana? Finance?'. Soalan tersebut antara yang aku terima di awal-awal semester ni. Di sapa di pertengahan jalan. Dan akan aku cuba untuk memberi penerangan dengan sebaik-baiknya. Ala2 dah tahun ke-4 ni kan. Bumi mana yang tidak pernah aku jejaki, alam mana yang tidak pernah aku rasai. Cheh. Tetapi kan... awal-awal sem hari tu, terpaksa jadi macam 'freshie' jap. Mencari kelas HS LR 26 untuk L.O.P. Ada lagi rupanya kawasan di UIA yang belum pernah aku jejaki. Tidak mengapalah. Pengalaman. Lain kali kalau ada orang tanya, tidak lah terkial-kial memikir kan?
Hmmm..sudah hampir 4 tahun rupanya. Pengembaraan kian tiba di penghujungnya. Walau pointer naik turun, semangat kadangkala berarus pergi dan tiba, tetap ada sebuah iltizam untuk menggenggam segulung ijazah. Hadiah untuk mama, ayah, adik, keluarga, jua teman2 yang tidak pernah penat untuk sama2 menyokong.
Semester ini, adik ku tersayang bersama-sama menjejaki bumi UIA. Bidang History& Civilization barangkali (itu katanya). Tanggungjawab bagiku untuk memimpinya adalah lebih berat. Lagi berat dari menjadi 'pemandu pelancong free' sebelum ni. Bukan setakat menunjuk arah, tetapi, aku perlu jua memastikan beliau selamat tiba di destinasi.
Adik. Ahlan wa sahlan di bumi UIA. Jaga di baik-baik. I'm always here if you need me...
1 comment:
Thank you thank you. UIA rocks. HAHAHAA.
Sincerely,
Your sister.
Post a Comment