Alhamdulillah baru sahaja siap baking biskut Shortbread. Lebih kurang macam butter cookie la tapi tanpa telur. Berperang kat dapur hampir 2 jam juga la tadi (11pm-1am : plus masa mengemas). ALang-alang dah nak balik UIA minggu depan, maka buat la sekali 'stok' untuk dibawa bersama. Lebih jimat, terjamin kebersihan dan sihat. Cuba tengok paket biskut yang ada. Bahan-bahan dia berjela-jela. I bet half of it are preservatives. Baiklah sidang pembaca yang dihormati sekalian, tanpa membebel dengan lebih lama, mari kita lihat proses pembuatan biskut saya ini.
Bahan-bahan yang di perlukan:
-175 gram butter
-250 gram tepung gandum
-75 gram gula halus
-1 sudu teh garam
Cara- caranya (macam abah selalu cakap):
1- Kacau gula dengan butter hingga kembang. Ini penting.
2- Tambahkan tepung bersama garam. Kacau lagi hingga sebati.
3- Uli dan terus uli. Eh. Sampai agak licin permukaan doh tersebut.
4- Gelek dan terap guna acuan yang anda suka. Di sini saya gunakan acuan teddybear MrBean yang ada.
5- Susun mereka beramai-ramai di atas dulang pembakar. Walaupun biskut ini tidak berkembang seperti kebanyakan biskut- biskut lain, pastikan ada sedikit ruang antara bisut- biskut anda untuk pembakan dan pengudaraan yang lebih baik. Di peringkat ini juga, anda boleh menghias biskut mengikut kreativiti tersendiri (tambah hiasan cip coklat, gula yang berwarna-warni, kacang dan sebagainya).
6- Bakar di dalam microwave oven (pre-heat dahulu yea dengan suhu setinggi 180 darjah) selama lebih kurang 20 minit. Siap. Selamat menjamu selera.

No comments:
Post a Comment