Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 9, 2010

Random II

Bismillahirahmanirahim...

Mode menulis kerana rindukan abah dan mama di rumah. Teringat akan sentiasa di pesan-pesan walau sekecil-kecil perkara cuma. Usah gusar duhai diri. Mungkin benar telahan saya kala masih menanti peluang pekerjaan. Saya sering berkata pada diri " Diri ini sedang diberi peluang yang lebih lama untuk bersama keluarga kerana mungkin pabila sudah memulakan tugasan, masa bersama keluarga terhad". Tinggal seminggu sahaja lagi (15/Nov) sebelum akan memulakan cuti sekolah yang panjang. Seminggu awal dari sekolah-sekolah lain :).

Di dalam kepala sudah direncanakan beberapa acara dan perkara yang perlu dilakukan. Bersama mama, sebagai 'financial consultant'...sudah diberi tahu akan perancangan untuk membeli lens dan speedlite baru untuk Encik Al- Haytham saya. Walaupun sudah bergaji sendiri, nasihat mama masih diperlukan untuk pengurusan kewangan. Dan, saya juga sudah berjanji pada diri dan mama, tidak mahu kredit kad. Untuk kegunaan majlis rasmi keluarga dan acara-acara di sekolah. Mentor fotografi ku pernah berpesan, jangan malu untuk belajar. Cari pengalaman, biasakan diri dengan keadaan, situsai. Ada rezeki kemudian hari, who knows ?

Alhamdulillah gaji bulan ketiga, dapat ku asingkan 25% ke akaun Tabung Haji dan akaun lagi satu. Kini tinggal kira-kira 50% dalam akaun gaji. Selamat juga tak jumpa mesin ATM ni kan? 25% lagi telah digunakan untuk membayar bil telefon, ubatan, keperluan harian, tempah baju dan beli tudung. Ok. Bukan saja-saja tau. Baju dan tudung ada yang hampir mencecah usia 3-5 tahun dan hari- hari pakai. Dah tiba masanya untuk...bertukar... ('',).

Rezeki...Alhamdulillah. Makan tengah hari dan minum petang sudah disediakan di sekolah. Duit sewa rumah, tak payah pening nak fikir. Alhamdulillah tumpang a family-friend (kawan mama). Orang mungkin kata, gaji yang aku peroleh sedikit. Mungkin aku boleh pergi cari kerja yang gaji RM 2000 keatas tapi kalau difikirkan kos dan masa untuk commuting, tempat tinggal etc...sekarang, Alhamdulillah. Dapat aku menunaikan solat dan ibadah dengan aman dan selesa. Tetapi, bila dah berkeluarga, itu cerita lain. Susu, pampers, baju, education...Insya Allah rezeki sudah ditentukan. Cuma perlu di usaha kan :).

Lagi...hmm...abah, nak gi kedai buku lagi boleh tak? Nak cari lagi buku khat kat kedai Arab macam hari tu. Jom pergi Kinokuniya. Tak dapat beli, jamu mata survey-survey pun dah puas ;).

Dan...lama rasanya tangan ini tidak mengacau tepung, sepah-sepah kan dapur sikit, jalan-jalan gi bakeri...resipi dah terkumpul dalam laptop. Masa untuk eksperimen. Lagi dan lagi...

Apa lagi...? Menjahit? Toing. Tengok la. Apa jadi.

Oh...Ahad ni Ihtifal sekolah. Tahniah anak-anak yang telah mencapai kejayaan. Buat yang lain, selamat meneruskan usaha dan perjuangan antum...

Hampir terlupa misi paling penting...gi JPJ on-road test kereta. Nanti mama marah. Aku yang risau. Pegang steering, tak toleh kiri kanan dah...sampai cikgu driving selalu kata "Slow la sikit...". Opss, Syifaa' nanti jangan tiru mama.

Allah Knows Best

No comments: