Suatu masa
Di HS Cafe ketika tengah promosi Counseling Department
Aku tak perasan Kak Dina tengah perhatikan aku khusyuk tgh buat origami
Origami Scorpion yang aku minta manual dari Br Wan Ash.
Tahun lalu
Mama dan ayah beli rak yang kena pasang sendiri
Malam-malam orang tengah berdengkur
Aku gi bertukang pasang semua
Teruk kan?
Atau mungkin diri anda sendiri. Atau pernah memerhatikan adik-adik atau anak saudara anda. Beli mainan sahaja, dia buka dan cabut tayar. Habis dia 'dismantle' semua. Jangan marah. Geram senyap-senyap je.
Kenapa? Itu antara tanda-tanda bahawa adik anda itu seorang yang mempunyai kinesthetic intelligence.
Apa pula ni? Garu-garu kepala yang tidak gatal sekejap. Pening, pening.
Seseorang yang mempunyai kecerdikkan kinestetik ialah individu yang belajar melalui hands-on, secara praktikal, pembentangan, dan role-play.
Mereka suka mencuba. Trial and error orang putih kata la. Tidak suka melihat manual. Dengan cara ini, mereka akan mendapat ilmu dan kosep yang baru. "Mmm...kalau tadi pasang skru kat sini bergoyang lagi papan ni, agaknya kena bubuh 2 biji kot''.
Macam mana pula ya bila mereka belajar? Mereka belajar menggunakan banyak pergerakkan, gambaran, dan sentuhan. Mereka juga suka belajar dengan menggunakan flash cards, melukis, membuat mind mapping untuk nota supaya mereka dapat mengalami dan merasakan sendiri apa yang telah di ajar oleh cikgu.
Mereka tidak suka apabila hanya mendengar cikgu mengajar. Tanpa melakukan sebarang aktiviti seperti menulis, melukis atau bagi kanak-kanak, mewarna atau bermain dengan blok (seperti Lego).
Lain kali kita cuba explore anak-anak yang mempunyai kelebihan visual dan audio pula ya?
p/s: Buku teks saya tidak pernah bersih. Mesti ada hasil contengan.
No comments:
Post a Comment