Minggu lalu, telah diri ini ku bawa ,menuju ke Karnival Kerjaya 2010 bertempat di PWTC. Apa yang ingin ku coretkan di sini ialah pengalaman ku dalam misi mendekati dan bertanya di ratusan gerai-gerai majikan yang ada. Mengikut senarai, ada lebih kurang 500 majikan/ syarikat yang mengambil bahagian tetapi disebabkan susunan kelompok tidak membuatkan sepasang kaki bersaiz 3 ½ ini berasa terlalu penat.
Walaupun tangan ini agak penat mengisi borang sebelum menghantar resume ke syarikat-syarikat yang berkenan di hati, kepenatan itu terubat oleh layanan/ friendly customer relations yang diterima. Mama kata, itu adalah di antara cara yang digunakan oleh pelanggan/ potential employee untuk menilai. Cara apakah yang mereka akan di layan jika menjadi sebahagian daripada tenaga kerja syarikat tersebut.
Atau di dalam skop Industrial Psychology di sebut sebagai Realistic Job Preview (RJP) di mana orang boleh bertanyakan dan menilai tentang sesebuah organisasi melalui Hari Terbuka (seperti karnival tersebut) atau bertanya terus kepada kawan-kawan atau saudara yang berkerja di organisasi terbabit.
Namun, hati ku ni berasa sedikit terkilan tatkala mendekati berapa syarikat/ organisasi.
Organisasi pertama. Sebuah institusi pendidikan tinggi seni. Wakil organisasi tersebut bertanya pada ku “Ok. In what field are you in?’’. Aku pun jawab “Erm…Psychology”. Kemudian beliau membalas “We don’t have any position for Psychology”. Baik lah….nada suara beliau pun seolah-olah tidak begitu mesra dan seperti aku (pelajar Psychology) ialah makhluk asing yang baru tiba dari planet Zuhrah.
Organisasi kedua. Sebuah organisasi penerbitan buku sekolah. Wakil mereka bertanya ‘’In which position are you interested in ? ‘’. Aku pun menjawab “ Customer Relation”. Kemudian makcik tu pun menjawab ‘’But this position requires proficiency in Mandarin”. Aku pun tanya lagi “How about editor?”. Dia pun kata sambil membuat-buat (really I observed her gestures) memerhatikan tanda “editor” di dinding gerai “Hmm…bla2”. Aku pun dah tak ingat apa yang dia kata tapi secara kesimpulannya ‘’Tak payah la kerja sini”.
Sedih sangat. Tetapi itu bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi tersebut.
*****
Pemilihan bidang dalam borang UPU
Alhamdulillah keputusan SPM 2004 diumumkan dan aku telah memperoleh 7A setelah pelbagai usaha dan penat lelah di lalui. Dan saat mengisi borang UPU (permohonan untuk ke IPTA) adalah saat yang paling bahagia buatku. Ayah yang dengan sukarelah membantu untuk mengisi (katanya tidak mahu ada kesilapan). Dan pilihan pertamaku ialah Y003 Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Rezeki bertandang sekali lagi pabila aku diterima untuk memasuki Pusat Matrikulasi UIAM PJ dalam bidang Sains Kemanusiaan. Di sini, aku menerima cabaran dari pihak rakan-rakan sekolah ku. Ada yang mengatakan padaku ‘’Buat apa kau nak ambil HS ?’’. Uhuk. Di Pusat Matrikulsi, ada yang berkata padaku ‘’You got 7A’s right ?Then, why didn’t you take Economics instead of Human Sciences?’’. Ku masih ingat siapa yang menuturkan kata-kata ini pada ku.
Adakah keputusan SPM yang cemerlang hanya layak untuk memohon bidang-bidang yang dianggap “tinggi’’ dalam masyarakat seperti Perubatan (ini memang lah aku tak layak. Dah subjek pun akaun masa SPM), Ekonomi/ Perakaunan, dan sebagainya? Adakah bidang Human Sciences hanya sekadar pinggiran dan hanya dipilih sebagai jalan terakhir andai tiada pilihan yang lain?
Namun aku tidak mengendahkan kata-kata tersebut kerna ku menganggap kata-kata tersebut sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan. Dalam erti kata biasa “Dah aku suka. Nak buat macam mana, kan? Minat tidak boleh di paksa-paksa”.
Aku bersyukur dalam menghadapi cabaran demi cabaran, ayah, mama, adik, dan makcik banyak memberi semangat. Sememangnya ibubapa ku menyerahkan seluruh kepercayaan mereka padaku (dan adikku) untuk meneroka bidang yang diminati.
*****
Can you read my mind?
Ini adalah antara soalan lazim yang diterima tatkala memperkenalkan diri sebagai seorang insan biasa yang megambil bidang Psikologi. Sesungguhnya kami tidak di ajar untuk membaca minda orang lain. Kami hanya mempelajari mempelajari sedikit sebanyak tentang tingkah laku manusia dan perkara yang berkaitan dengannya.
Memang benar wujudnya perkara seperti Telepathy, 6th Sense, dan kasyaf. Tetapi to my humble opinion, perkara tersebut terjadi pada mereka yang ‘diberi anugerah istimewa’ untuk mempunyai ‘bakat’ tersebut.
Kaunselor pun perlu klient untuk memulakan bicara dalam mengetahui kisah klien. Masalah klien tidak selesai dalam sekelip mata tatkala klien memasuki bilik kaunselor.
*****
Kami bukan studi ‘orang gila’ saja.
Ada persepsi yang mengatakan bahawa Psikologi hanya mempelajari mengenai orang sakit mental. Owh. Ini tidak benar. Subjek yang berkaitan dengan ‘orang gila’ yang orang katakana hanya secebis. Mungkin yang sedikit kaitan ialah Abnormal dan Clinical. Habis tu, Industrial/ Organizational, Developmental, Personality, Career Developmement, Cognitive belajar tentang apa? Tidak kah kebanyakkan daripadanya menyentuh mengenai kehidupan kita semua? Kehidupan manusia yang ‘normal’ dan ‘sihat’?.
*****
Tidak mengapa. Kami tidak kisah pun. Walaupun kadangkala ada saatnya hati menangis tetapi harus kuat. Kuat untuk melawan arus. Cabaran tetap ada.
Tidak mengapa. Di kala saat anda menghadapi depresi dan kesedihan, kami sedia membantu. Kami tak kisah…
No comments:
Post a Comment