Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 4, 2010

Cinta pada Yang Esa itu sesungguhnya lebih indah...

Bismillahirahmanirahim…

Semalam, tika sedang menghadapi brunch bersama adik di HS Café sebelum aku ke mesyuarat di Counseling Department, kami berborak-borak sedikit perihal kawan-kawan yang sedang di alam ‘bahagia’ (tidak kira lah tengah bercinta ke, sudah bergelar tunangan orang ke, sudah selamat mendirikan rumahtangga ataupun sudah bergelar ibubapa kepada anak-anak yang comel).

Mungkin ada yang berkata bahawa aku belum lagi ‘merasa alam bercinta dan belum terkena penangannya’, tetapi sebagai seorang insan dan sahabat yang memerhati, aku berhak untuk member komen dan member nasihat jika perlu (macam ubat la. Ada yang kena makan 3 kali sehari, ada yang ikut jam dan ada hanya pabila sakit atau timbul symptom). Islam juga ada memberi panduan dan peringatan tentang langkah-langkah dalam member nasihat dan teguran pabila kita melihat perkara yang lagha’dan mungkar:

‘Pabila kamu melihat perkara yang mungkar, hendaklah kamu mengubahnya dengan tangan mu. Jika tidak mampu, tegurlah dengan lisanmu dan sekiranya masih tidak mampu, bencilah perbuatan tersebut dalam hatimu dan itu selemah-lemah iman’.

Kadangkala pening kepala dibuatnya apabila memerhati orang yang sedang di alam bahagia. Fokus di sini ialah orang yang sedang di alam bercinta. Orang seringkali menegur ku pabila di kantin “Makan seorang je ke?. Kadang kalau bertuah, ada la seekor kucing teman aku. Sadis kan? Tapi aku tak kisah pun daripada berdepan dengan manusia. Dari waktu makan yang boleh ambil masa kira-kira 10 minit, boleh berlarutan ke 30 minit lebih. Kecuali atas urusan penting. Kecuali pabila lepas waktu kelas diajak oleh junior kuliah atau member.

Aku pun kadangkala hairan apa yang mereka borak dan ketawa. Adakah benda yang sama atau berbeza?

Seorang kenalan (rakan sebilik) sedang di alam ini. Memiliki dua telefon bimbit. Aku tidak kalau kalau orang hendak bercinta. Tetapi apa yang membautkan aku pening kepala sangat susah pabila hendak dikejutkan untuk bangun Subuh. Sudah berkali-kali diseru namanya tetapi tidak pula membuka walhal sedikit pun kelopak matanya. Apatah lagi untuk bangun. Tetapi yang membuatkan ku hairan ialah tatkala mata ku sedang bersiap-siap untuk ke kuliah (jam 7 gitu) dan bersarapan ala kadar di compartment, aku terdengar telefon bimbitnya berbunyi dan aku tahu itu panggilan dari ‘buah hati’beliau. Bangun pula…pelik-pelik.

Seminggu sebelum peperiksaan akhir, aku, Masayu dan Zulaiha berada di sekeliling UIA untuk sedikit photoshoot, kami perasan akan sepasang merpati dua sejoli. Dan kalau ikut gerak bahasa badan mereka, mereka belum mempunyai ikatan suami isteri yang sah. Waktu itu hamper waktu menunaikan solat Jumaat. Mereka masih berborak mesra. Azan berkumandang. Masih lagi begitu. Pabila azan kedua dilaungkan, barulah si lelaki tersebut melangkah pergi dengan longlai. Macam tak bersemangat je? Pula tu, cepat pula di mendapatkan kembali si bunga. Dalam situasi ini, jikalau si bunga benar-benar sayang akan si kumbang, sudah pasti dari awal di akan mengingatkan pada si kumbang untuk cepat-cepat ke masjid.

Macam mana? Adakah seruan si kekasih hati itu lebih penting dari seruan Yang Maha Esa? Mengapa begitu pantas dan bergegas bersiap pabila dipanggil oleh kekasi hati tetapi berasa lemah tika mahu menghadap Alllah SWT? Peringatan buat diri yang lupa.

p/s: moga hati dikurniakan oleh seorang manusia yang menghormati pendirian diri dan mengingatkan kala leka.

Peringatan buat diri yang lupa.

Wallahuálam.

No comments: