Bismillahirahmanirahim...
Dua tiga hari ni dok buat puzzle maze (yang kena cari jalan keluar dan ada gambar tersembunyi). Macm anak-anak umur darjah bawahan je kan? Kalau realitinya, dah nak masuk 23 tahun. Kes boring dan hendak merehatkan minda sebentar. Dua minggu yang lalu sibuk dengan pelbagai perkara.
Bermula dengan program Seminar PRS 2010. Seminggu berkampung di UIA. Khususnya di pejabat Counselling. Benar kata seorang teman, akan berasa seronok walaupun dilanda kesibukan dan kepenatan jika segalanya dibuat kerana Allah S.W.T. Ku perolahi banyak pengalaman baru. Rakan-rakan dari segenap IPTA di seluruh Malaysia (khususnya Pembimbing Rakan Siswa) dan para kaunselor yang tidak kurang hebatnya. Yang penting ibadah (seperti solat) dan pergaulan sesama rakan setugas di jaga. Baru aman hendaknya.
Apa pula kaitan dengan maze di atas itu pula? Kadangkala sedang aku leka mencari jalan keluar, ku terfikir akan falsafah yang semua manusia sedang lalui dalam hidup masing-masing dalam mengejar kehidupan di Akhirat nanti. Ada kalanya gerak hati kita terus membawa kita untuk kel jalan keluar. Ada saat nya pula, kita perlu untuk berhenti sejenak untuk berfikir. Berfikir untuk mencari laluan manakah yang perlu diambil. Di waktu lainya pula, kita perlu berpatah balik untuk mencari jalan pulang setelah tersasar dari tujuan asal. Habuk pemadam yang terhasil juga ada menggambarkan sesuatu. Jika tidak berhati-hati, maka, akan terkumpul lah kesilapan tanpa kita sedari. Mana nak buang ni?
Ini ada sedikit sebanyak gambar di sekitar program Seminar PRS 2010. Sekadar untuk melepaskan lelah ('',):
Juri2 berehat sejenak
sebahagian daripada peserta
wakil PEERS UIA + Puan Noraini Ahmad (ketua CCD)+ Pn Nordinah (penasihat PEERS UIA)
Sehingga bertemu lagi. Entry campur2 dah macam ABC.
No comments:
Post a Comment