Bismillahirahmanirahim...
Minggu lalu, sewaktu sedang menanti giliran untuk di panggil ke bilik doktor, seperti biasa, sebagai seorang yang visual-kinestetik (ala...jenis yang tidak boleh duduk diam mcm diri penulis ni) aku melihat ke sekeliling klinik. Ramai betul manusia ketika itu. Ada yang membawa diri sendiri kerana tidak sihat, ada yang membawa ibu/ bapa, anak-anak dan juga pemeriksaan bagi bayi yang baru lahir ke dunia. Apa yang menarik perhatian penulis ialah apabila jururawat memanggil pesakit-baik untuk masuk ke bilik doktor ataupun ke kaunter utama untuk mengambil ubat. Aku hanya mampu mendengar sambil tersenyum kecil. Begitu canggih nama anak-anak zaman sekarang ini ya? Sampai kadangkala perlu memerhatikan dahulu ejaan sebelum boleh untuk menyebutnya.
Walaupun penulis belum mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai anak-anak, penulis ingin sekali berkongsi sedikit peringatan/ panduan dalam Islam berkenaan memberi nama pada si anak:
1)Nama memberi kesan kepada si anak, baik kepada personaliti, sahsiah dan peribadi. Ini kerana nama yang di sebut-sebut setiap hari menjadi doa kepada anaknya. Mempunyai sedikit pengalaman mengajar di dua buah sekolah rendah memberikan aku pengalaman dan pendedahan kepada 1001 ragam manusia-terutama sekali anak-anak. Orang pernah bertanya kepada ku (aish...belum jadi ibu lagi la) macam mana hendak menangani anak-anak yang degil/ bermasalah. Aku cakap: cuba panggil depa dengan nama penuh. Contoh nama: Ahmad Soleh. Tetapi mungkin disebabkan anak itu pencapaianya di dalam pelajaran agak perlahan, jangan dipanggil dengan panggilan yang kurang enak di dengar. Kecil hati si anak. Mungkin si anak tidak mahu berusaha kerana beliau sudah berputus asa. "Tidak mahu la belajat lagi. Tidak ada gunanya pun. Mak dah panggil aku begitu makna aku memang begitu". Kalau dipanggil dengan nama penuh, hati si anak akan berasa bahagia kerana beliau berasa dihargai dan semoga ia menjadi doa agar beliau menjadi anak yang soleh.
2)Pilihlah nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut:
‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.
Kesian juga penulis pada jururawat klinik itu. Mesti hari-hari dia jumpa nama yang menarik untuk di sebut.
3)Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.
4)Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.
Pernah terbaca kisah di media cetak mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama ROBBUL IZZATI yang menghidapi penyakit kronik dan perlu begantung kepada bantuan alat pernafasan. Hmm...membaca nama anak tersebut membuat kan ku berfikir berkali-kali. Kerna ROBBUL IZZATI adalah isim untuk merujuk kepada Allah SWT dan tidak layak untuk diberikan kepada manusia. Wallahuálam.
5) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
Ayah pernah berkata kepada ku di antara sebab masyarakat di Turki menamakan anak mereka dengan Mehmet ialah supaya apabila/ jika mereka membuat kesalahan atau perkara lagha akan menyamakan dengan darjat ketinggian yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.
6)Jika mungkin si ibubapa menyedari bahawa nama yang telah diberikan kepada anak mereka membawa maksud yang kurang elok, maka hendaklah diusaha agar di ubah kepada yang lebih bermakna. Mungkin perlu melalui sedikit prosedur di Jabatan Pendaftaran dan Pesurujaya Sumpah tetapi usaha tersebut perlu untuk manfaat jangkamasa panjang.
P/S: Pa, nanti bagi nama pada anak-anak yang senang hendak disebut dan makna yang hasan tau? Nanti pening si atuk dan nenek hendak menyebutnya (^^,).
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment