Alhamdulillah. Sudah seminggu saya berada di bumi UIAM kembali. Setelah impian dan hasrat yang ditangguh- tangguh hampir lebih setahun. Ada la kalau dikira 2- 3 borang saya isi, letak tepi. Tak jadi. Sebelum saya betul-betul bulatkan nekad,isi, hantar. Minggu Taaruf pun dah berlalu. Cuma, medical check-up sahaja depa buat Insya Allah Khamis depan. Sebagai ex-UIA, tidak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu suaikenal ini kerana bagi pelajar luar (dari IPT lain/luar negara), depa perlu menduduki ujian APT/ EPT andai tidak pernah mengambil ujian IELTS/ TOFEL/ seangkatan dengannya.
'Nikmat' pertama sebagai siswi PG ni ialah dapat bilik mahallah sorang-sorang. Tapi, kadang rindu juga suasana 'kepoh-kepoh', bising- bising bila ada ada roomate masa dulu. Pesan suh kejut bangun, ada mood buat breakfast & snacks sama, kenal dengan kawan-kawan kepada roomate yang berlainan bidang. Pilihan hati kali ini (depa masa registration cakap tinggal 3: Asiah-my old buah hati; Ameenah & Safiyyah). Maka, saya pun pilih Safiyyah. dekat dengan library, dekat dengan masjid, dekat dengan Central Complex. Nak balik rumah, stesen bas pun berapa meter sahaja dari blok.
Taking a peek to my 'little istana' in my mahallah :
Insya Allah, Isnin ni (12/9) dah mula kuliah. Jom kawan-kawan kita belajar selagi masih ada peluang dan kekuatan.
Allah Knows Best.
2 comments:
Terdidik wanita..terdidik juga generasi... Semoga Hajat dan impian tercapai..Amiiinnnn
Thank you kak izan for the du'a =)
Post a Comment