Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 15, 2009

Kak Muslihah: Seorang sahabat, teman, kakak



Sepanjang hampir 4 tahun pengajian di bumi UIA yang bertuah, ramai kawan yang ku temui namun, hanya seorang yang aku gelaran sahabat sejati. Muslihah Fuad atau lebih mesra lagi dengan panggilan Kak Mus. Kak Mus sebenarnya seniorku di Al-Amin Bangi (Gen 1). Aku melangakah ke alam Al-Amin pada tingkatan 4 namun pada ketika itu Kak Mus sudah pun menyambung pengajiannya di Darul Quran. Beliau merupakan kakak kepada salah seorang rakan kelasku.

Tika dalam semester pertama pengajian di UIA ( May 2006),secara kebetulan, bilik kami di Mahallah Maryam menghadap antara satu sama lain. Owh…betapa bahagianya hatiku dapat berjumpa dengan senior (Kak Mus pernah kata dalam Friendster: Awatlah budak2 ni suka bertempek dengan Kak Mus…hehe). Beliau mengambil jurusan Qur’an Sunnah minor dalam Psikologi. Perkara ini merapatkan lagi ukhuwwah kami apabila berada dalam kelas yang sama untuk subjek Abnormal Psychology Dr Rahmatullah Khan.

Kelas Dr RK aku rasa paling best rasanya. Terutama sekali pabila tiba tugasan ‘movie review’. Kami dalam kumpulan kecil yang berlainan namun pabila ada masa, kami akan mencari peluang untuk mengulang kaji pelajaran (ye ke ni) bersama. Bila tiba bulan Ramadhan, kami akan berkunjung ke Bazaar Ramadhan bagi mencari juadah untuk berbuka puasa dan menghantarku ke mahallah ( aku sudah bertukar ke Mahallah Asiah). Terima kasih banyak-banyak kakak sebab bagi peluang jalan-jalan makan angin dengan kereta akak.

Untuk program Alumni sekolah, kami telah diberi tanggungjawab sebagai ‘chef’ program perkelahan pasca-SPM. Kali pertama pada Disember 2006 di Kem Rebutia. Paling mencabar. Aku kena merancang menu untuk makanan 3 kali sehari untuk 2 malam. Pula tu, barang-barang dapur dicari/ dibeli oleh banin ada sahaja fi’ilnya walaupun dah diberi senarai barangan yang diperlukan. Namun, perasaaan kami puas apabila melihat adik-adik makan masakan kami hingga licin. Alhamdulillah ( selalu cakap kat Kak Mus masa tu…”asal depa tidak sakit perut cukup lah’’). Tugasan kami sebagai “chef” buat kali yang kedua ialah pada Disember 2008 di Laman Bestari Hulu Langat. Tugas utama ku ialah sebagai koordinator program namun pabila ada masa kekang, aku membantu mereka di dapur untuk menyediakan makanan.

Kini beliau sudah menamatkan pengajiannya dan sedang berehat di rumah menantikan kelahiran bayi sulungnya Insya Allah pada bulan Ogos ini. Apa yang aku kagum mengenai Kak Mus ialah kesabarannya dalam melayan karenah ku yang ke anak-anakkan dan banyak songeh. Wajahnya juga tidak pernah lekang dari mengukir senyuman dalam apa jua keadaan. Beliau seorang sahabat, teman, kakak, mentor yang istimewa. Moga Allah merahmati Kak Mus dalam apa jua keadaan dan situasi.

1 comment:

Fairuz Liyana Azman said...

wah,,,k.mus dh nk bersalin....alhamdulillah,,semoga dipermudahkan segala urusannye,,amin....huhuhuuhu,,, :)