Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 20, 2009

An- Nikah, Walimah, & Usrah: Part 2

2- Apa yang dicari dalam diri pasangan?

Rasulullah S.A.W telah bersabda ada 4 perkara/ faktor wanita di nikahi: Harta, Rupa, Keturunan, dan Agama. Namun, Baginda S.A.W telah berpesan pilihlah wanita kerana agamanya maka kita akan mendapat manfaat, Insya Allah.

Jika kerana harta...mana lah tahu 'prince charming' atau 'princess' kita banyak wang/ harta. Rumah...banglo. Kereta...BMW, Mercedes, Volvo, Honda. Kerja pengarah syarikat (CEO, Mananging Director, pegang saham banyak...). Namun, adakah kita akan setia sekiranya semua hartanya hilang? Rumah agam yang megah hancur sekelip mata dalam kebakaran? Kereta kemalangan dan hancur semua bahagian? Saham syarikat merudum dan dilucutkan jawatan? Beberapa tahun yang lalu, aku pernah terbaca di media bahawa keluarga ini kaya hasil 'kerjaya' bapa sebagai pencuri/ perompak. Ambil harta orang tanpa izin dan kemudian buat macam hak peribadi. Berkat tak jika sesuap rezeki tersebut diberikan kepada keluarga?

Jika kerana keturunan/ darjat...memang Islam amat menekankan mengenai konsep kufu namun, kadang macam tidak munasabah ( haih.mcm selalu tunjuk dalam drama dan telenovela tu kan ). Keluarga si lelaki menghalang si anak untuk terus berkawan dengan seorang gadis kampung hanya kerana mereka merupakan pengusaha syarikat yang saham mencecah berjuta ringgit. Kalau budi, agama, akhlaq baik...apa salahnya kan?

Jika kerana rupa...bangga tayang pada masyarakat bahawa pasangan kita bekas ratu cantik atau pertandingan lelaki maskulin/hero. Hidung mancung macam hero hindustan. Badan langsing bak kerengga.Aku ada terdengar di radio baru- baru ini bahawa seorang lelaki putus tunang hanya kerana beliau kemalangan dan cacat rupa. Adakah kita masih akan setia jika jika berada di dalam situasi yang sama? Yang wanita pula, sanggup menahan sakit semata-mata untuk kelihatan sakit-cucuk botox, vitamin C, kolagen. Silap hari, muka boleh membengkak dan menjadi bertambah teruk. Bukankah wajah dan diri yang telah Allah S.W.T kurniakan sudah cukup sempurna dan cantik?

Jika kerana agama...Alhamdulillah. Dia tidak akan membawa/ mengajak kita untuk 'dating' sebelum bernikah kerana dia tahu itu belum lagi menjadi haknya yang sah di sisi agama. Dia tahu dia masih belum berhak untuk merenung ke dalam mata pasangannya. Berpegang tangan dan bersentuhan. Bila sudah bernikah, pasangan yang mempunyai nilai agama pasti akan menasihati dan berpesan-pesanan antara satu sama lain. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada mereka. Tidak kaya namun cukup selesa untuk menyara keluarga. Bukan datang dari keturunan diraja namun ikhlas dalam menerima. Tidak secantik Angelina atau Siti namun sedap memandang dan tenang diri melihat budi pekerti si isteri...

(bersambung..)

No comments: