Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

Ke mana hilangnya sujud?

Bismillahirrahmanirahim...

Ahad lalu( 28/Jun ) merupakan sessi terakhir/ 'ceramah bengkel 6jam' sebelum memperolehi lesen memandu L (OK. Can't wait to sambung P pula ). Alhamdulillah dalam kesabaran, setelah banyak penagguhan, halangan, berjaya sampai ke peringkat ini (walau orang lain umur 21/22 ni plat P dah cabut dan aku baru nak taruk). 3 jam pertama-teori. Berjumpa lagi dengan Cikgu Arshad. 12:30pm macam tu pula sambung untuk bengkel. Dapatlah tengok-tengok, kenal-kenal dengan bahagian enjin kereta sambil mempelajari sedikit- sebanyak cara-cara untuk buat 'minor repairs'. Tak lah nanti kena tipu dengan mekanik bila kereta rosak ke, jimat duit sebab dah tahu bahagian mana yang perlu diganti atau dibaiki.

Habis semua sessi dalam jam 3:00pm. Diberi masa selama 30 minint untuk rehat, makan tengahari, solat zohor sebelum 'check-out' card jam 3:30pm. Bahagian ini yang mahu aku fokus. Terus aku menuju ke surau untuk menunaikan solat. Lengang. Hanya ada 2 lagi wanita di surau tersebut. Surau bahagian lelaki yang terletak di bersebelahan...kosong.Sunyi. Eh? Mana depa pi ni? Untuk tidak meletakkan sebarang syak, aku mengagak mungkin mereka menuju ke kantin dahulu kot. Usai selesai solat, aku menghayun langkah menuju ke kantin. Teka siapa yang ramai? Pakcik-pakcik dan 'uncle-uncle' driving instructor yang sememangnya bukan 'rakan sekelas' kuliah bengkel ku. Toleh balik ke surau...lengang.

Dah selesai buat pembayaran air minuman, aku menyusun langkah untuk kembali ke kelas bengkel. Ramai pula JEMAAH kat situ. Yang wanita mungkin 'sedang bercuti' (tapi takkan semua berpakat kot?). Yang lelaki, ramai sahaja yang aku dengar masa kerani panggil nama ada AHMAD, UMAR dan sebagainya tetapi ke manakah mereka pergi? Boleh pula mereka berjemaah untuk menghisap rokok. Cubalah (bukan cuba sepatutnya...PERGILAH) berjama'ah untuk bersujud pada YANG MAHA ESA. Bukan ianya lebih memberikan ketenangan. Tak lah asyik menyesakkan nafas orang disekeliling dengan asap rokok yang berkepil-kepul.

Ke mana hilangnya sujud?
Fikir-fikirkan...

Saturday, June 27, 2009

Tagged by Nela



1- Copy award di atas dan letakkan di blog anda.

2- Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini (Nihlah Johari)
- Kawan sejak tadika, IIC(Primary), dan kini kami sama- sama di IIUM.
- Ibunya pula, Puan Laili Ismail, merupakan senior kepada ibuku di Sekolah Menengah Tengku Kursiah (TKC) Seremban.
- Sudah mendirikan rumahtangga pada Oktober tahun lalu dengan pilihan hatinya. Barakallahu fikum (",)
- Masa sekolah dulu partner untuk pertandingan dialog bahasa Arab
- Comel, Cute, Ceria (3C)

3- Nyatakan 10 fakta/ hobi diri sebelum memilah penerima award seterusnya
- Suka bereksperiman mencuba resipi baru. Suka hati je nak letak bahan apa
- Suka buat puzzle macam wordsearch. Tengah pening kepala belajar buat crossword pula
- Sangat sukakan kucing
- Sangat menggemari coklat walau sering ditegah oleh mak- kang sakit kepala siapa tanggung?
- Minat nak sambung belajar dalam bidang Family Counselling
- Pernah pergi ke 6 sekolah yang berlainan
- Selalu berangan nak jadi pemandu F1-haha. Lesen kereta on the way.
- Lagi 3 fikir sendiri yea?

4- Nyatakan 10 penerima award seterusnya
- Alin
- Aimi
- siapa- siapa yang berminat nak menjawab. Silakan...jangan malu-malu

Tuesday, June 23, 2009

Yummies


fish filet@ luch dgn una di Alamanda

nasi lemak antarabangsa@ bangsar

my bahulu

laksa sarawak

my ubat- makanan utk org sakit

my own handmade chocolates ^-^

onion soup, cheese & crouton@ pricecourt cafe

apple pie@ prince court cafe

In a Frame



ni salah satu project yang aku buat masa cuti ni. ada lagi fram kosong yang belum 'terisi'. Bila lagi ya (tanya diri sendiri ni)?

2 minggu lagi..

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah 2 minggu lagi semester akan bermula dan itu bermakna akan berakhir waktu cuti 3 bulan (sedih-sedih). Itu la. Manusia selalu tidak puas dengan apa yang dimiliki. Bila tgh kerja/ belajar, nak cuti. Bila dah cuti, tertanya-tanya dalam kebosanan bila hendak mula belajar semula.

Banyak perkara yang aku rindui tentang UIA.

1- Mahallah Asiah ku yang best (ye ke?)
2- Roomate ku Syieda ( Syieda...sama-sama kita strive final year ni!)-walaupun dia budak Architecture- Urban Planning, kami rapat dah macam adik beradik. Family dia pun aku kenal.
3- Member-member sekuliah sejak Matrix (alyyn, yeni, chah, amni, aimi, dee, mieza, shiema, meera). Setahun je lagi kita akan bersama. Selepas tu, kita akan membawa haluan masing-masing...
4- Yang paling penting...office Counselling. Ahaks. Rindu nak kacau ikan dalam akaurium tu (berapa ekor ada sekarang ni ye?), nak tolong-tolong sambil usik kak Shikin, kak dina, kak esmi, kak izan, kak aiza, mdm kalsom...too many memories.

Sekian. Terlalu rindu. Tak terluah dek kata-kata.
Cuma berdoa dan berusaha agar semester yang berbaki berjalan dengan baik.
Nak naik pentas konvo.
Hadiah untuk mak & ayah.
Dan juga teman-teman yang banyak menyokong...
I'll be back... Insya Allah

Rejab- Sya'aban- Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya Allah lusa tiba 1 bulan REJAB

Sebulan kemudian akan tiba SYA'ABAN

Dan akhirnya... RAMADHAN AL- MUBARAQ

20 Jun tak silap baca paper hari tu

Tapi

Hari tu tengok tv orang dah buat promo untuk raya

Kenapa ni?

Buat lah 'promo' atau ajak orang orang untuk tambah amal

Dan bersedia untuk Ramadhan

Kan RAMADHAN datang sebelum SYAWWAL...

Fikir- fikir...

An- Nikah, Walimah, & Usrah: Part 3

ILMU SEBELUM MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN

Antara pra-syarat di Malaysia sebelum mengisi borang permohonan nikah ialah mengikuti kursus pra-perkahwinan selama 2 hari. Aku telah pun mengikuti tersebut anjuran JAIS dgn kerjasama Masjid SHAS UIAM pada Jun 2006-Semester 1/ Tahun pertama aku di bumi UIA. Saja je pergi. Sementara ada masa (padahal kawen pun ntah bila ni ya...lala). Persediaan. Lagi pun kos kat uia masa tu RM 25 JE BERBANDING KALAU BUAT KAT LUAR RM 80. Sijil tu pun tahan seumur hayat.Pergi dengan kak Marhamah (yang sekarang telah mendirikan rumahtangga & mempunyai seorang puteri yang comel).Kalau nak tahu...boleh aku tertidur dalam Mini Audi tu.Adeh. Ok2. Bukan pengalaman aku sepanjang mengikuti kursus sebenarnya tp TUJUAN SEBENAR kita di suruh pergi.

Tapi, pernah kah kita terfikir. Adakah mencukupi ilmu yang ditimba selama 2 hari itu untuk bekalan sepanjang bertahun-tahun kita membina keluarga? Ayah pernah berkata, kursus perkahwinan hanya menyediakan ilmu-ilmu yang asas. Sangat asas sedangkan usaha untuk mencari ilmu yang lengkap adalah berterusan. Sebelum kahwin,masa tgh mengandung, selepas kelahiran, ilmu didikan untuk mereka, dan sebagainya. Aku teringat pada 1 email yang pernah aku terima. Tajuknya ialah LAYAKKAH LELAKI/ BAKAL SUAMI MENJADI IMAM. Persoalan asasnya begini. Orang selalu tanya pada pihak perempan sebelum berumahtangga. Pandai masak apa? Boleh menjahit tak? Reti ke basuh baju dan mengemas rumah?. Pernah kah orang bertanya pada bakal menantu lelaki: Bolehkah nanti mengajar ilmu al-Qur'an dan Islam? Mampukah membieri didikan pada isteri dan anak-anak?

Memang pada zahirnya/ duniawi persediaan utama untuk seorang lelaki (juga wanita) untuk berkahwin ialah kewangan dan pekerjaan yang kukuh. Namun, sering kali kita terlepas pandang pada satu aspek persediaan yang lebih penting-ilmu agama, selok-belok menyelesaikan konflik dalam rumahtangga dan sebagainya...

(bersambung...)

Sunday, June 21, 2009

Di pusat ujian teori...

Bismillahirrahmanirahim...

Pagi tadi buat ujian komputer untuk lesen kereta @ ujian teori. PUNYA LAH SEMANGAT. Terpacak kat depan pintu MY EG opis tu pukul 8. Eh. Tutup lah pula. Baca notis yg ditampal- offline/ sistem mengalami gangguan.Tak pe lah. Ikut mak gi pasar tani depan PKNS Complex dulu. Kemudian sarapan di Sungai Ramal. Pergi balik ke pusat ujian semula. Alhhamdulillah dah buka. Tak ramai orang...
Alhamdulillah.

Masuk. Tulis nama, nombor I/C ata kertas dan tunggu. Tunggu. Tunggu. Dan TUNNGU lagi. Haih. Lambatnya nama tak panggil-panggil. Satu jam macam tu. Belek buku. Tutup buku. Tak boleh jadi ni. Aku pun tanyalah kat aci yg jaga kaunter. "Kak. Lama lagi ke giliran saya?". Dia pun jawab "Dah ada bagi I/C ke?". Pulak dah. Mana lah aku tahu. Sepatutnya, tampal lah langkah=langkah yang perlu dilalakukan atau proses-proses yang bakal dilalui-sebelum dan selepas.

Pula tu, masa ambil cap jari aku, sempat pula aci tu main FRIENDSTER. Ok. Macam aku tak perasan. Dah tu, biar je aku tunggu macam menunggu bulan jatuh ke riba. Dengar dia tik-tak-tik. Dengar dia click2 komputer. Ingatkan buat kerja (kan sistem problem sikit). Haih...apa ni... Masuk bilik komputer, buat ujian, selesai. Alhamdulillah lulus. Kalau tak, lagi panjang la aku membebel. Baru tahu...

PESANAN: CIK YANG MENJAGA KOMPUTER/ KAUNTER TERSEBUT. SILA BERI PERHATIAN PADA TUGAS ANDA YA. ITU TANGGUNGJAWAB!

Saturday, June 20, 2009

An- Nikah, Walimah, & Usrah: Part 2

2- Apa yang dicari dalam diri pasangan?

Rasulullah S.A.W telah bersabda ada 4 perkara/ faktor wanita di nikahi: Harta, Rupa, Keturunan, dan Agama. Namun, Baginda S.A.W telah berpesan pilihlah wanita kerana agamanya maka kita akan mendapat manfaat, Insya Allah.

Jika kerana harta...mana lah tahu 'prince charming' atau 'princess' kita banyak wang/ harta. Rumah...banglo. Kereta...BMW, Mercedes, Volvo, Honda. Kerja pengarah syarikat (CEO, Mananging Director, pegang saham banyak...). Namun, adakah kita akan setia sekiranya semua hartanya hilang? Rumah agam yang megah hancur sekelip mata dalam kebakaran? Kereta kemalangan dan hancur semua bahagian? Saham syarikat merudum dan dilucutkan jawatan? Beberapa tahun yang lalu, aku pernah terbaca di media bahawa keluarga ini kaya hasil 'kerjaya' bapa sebagai pencuri/ perompak. Ambil harta orang tanpa izin dan kemudian buat macam hak peribadi. Berkat tak jika sesuap rezeki tersebut diberikan kepada keluarga?

Jika kerana keturunan/ darjat...memang Islam amat menekankan mengenai konsep kufu namun, kadang macam tidak munasabah ( haih.mcm selalu tunjuk dalam drama dan telenovela tu kan ). Keluarga si lelaki menghalang si anak untuk terus berkawan dengan seorang gadis kampung hanya kerana mereka merupakan pengusaha syarikat yang saham mencecah berjuta ringgit. Kalau budi, agama, akhlaq baik...apa salahnya kan?

Jika kerana rupa...bangga tayang pada masyarakat bahawa pasangan kita bekas ratu cantik atau pertandingan lelaki maskulin/hero. Hidung mancung macam hero hindustan. Badan langsing bak kerengga.Aku ada terdengar di radio baru- baru ini bahawa seorang lelaki putus tunang hanya kerana beliau kemalangan dan cacat rupa. Adakah kita masih akan setia jika jika berada di dalam situasi yang sama? Yang wanita pula, sanggup menahan sakit semata-mata untuk kelihatan sakit-cucuk botox, vitamin C, kolagen. Silap hari, muka boleh membengkak dan menjadi bertambah teruk. Bukankah wajah dan diri yang telah Allah S.W.T kurniakan sudah cukup sempurna dan cantik?

Jika kerana agama...Alhamdulillah. Dia tidak akan membawa/ mengajak kita untuk 'dating' sebelum bernikah kerana dia tahu itu belum lagi menjadi haknya yang sah di sisi agama. Dia tahu dia masih belum berhak untuk merenung ke dalam mata pasangannya. Berpegang tangan dan bersentuhan. Bila sudah bernikah, pasangan yang mempunyai nilai agama pasti akan menasihati dan berpesan-pesanan antara satu sama lain. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada mereka. Tidak kaya namun cukup selesa untuk menyara keluarga. Bukan datang dari keturunan diraja namun ikhlas dalam menerima. Tidak secantik Angelina atau Siti namun sedap memandang dan tenang diri melihat budi pekerti si isteri...

(bersambung..)

An- Nikah, Walimah & Usrah: Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Walaupun aku belum lagi melangkah ke alam perkahwinan, namun tidak salahkan untuk aku meluakan sedikit pendapat peribadi mengenainya. Antara bidang yang mungkin aku buat sebagai pengkhususan dalam peringat Masters/Lanjutan ialah Family Counselling. Buat tinjauan awal perkara-perkara yang mungkin berkaitan...

1- Cari, Cari, Carilah. Pasangan hidup betul-betul oh kawan... Ni di antara lirik lagu dari Rabbani mengenai pencarian pasangan hidup. Kisah seorang pemuda yang diberitahu bahawa bakal isterinya cacat seluruh anggota namun apabila tiba saat bertemu, alangkah indahnya rupa, manisnya akhlaq dan budi...

Aku teringat kata-kata salah seorang pensyarah aku. Beliau berkata, akhlaq si anak di tentukan oleh bagaimana mula-mula si ibu dan ayah bertemu dan berkenalan. Macam ni. Contoh A ialah si ayah yang mengorat si ibu ketika sedang melepak di tepi jalan berbanding dengan Pasangan B yang bertemu melalui orang tengah. Mana satu yang lebih baik?

Ada pasangan yang sedang di alam cinta. Pabila ditanya bilakah mahu mendirikan rumahtangga? Mereka menjawab "Belum bersedia". Memanglah diakui belum kukuh dari aspek kewangan, ilmu dll tapi, jika belum bersedia, kenapa mesti diusung pasangan ke sana-sini. Bersediakah untuk di soal di akhirat sana?

Aku belum punyai pasangan. Haha. Belum sampai seru. Nenek dah bising-bising. Makcik-makcik pun. "Pressure" untuk cucu sulung ni lain sikit. Ye ke? Belum sampai seru lagi kot. Namun aku berharap bila aku "bertemu" dengan yang "istimewa", aku berdoa kepadaNYA agar diberikan kekuatan untuk menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.

A note at the mall



Gambar kat sebelah ni masa jalan-jalan dgn Una, Selasa lepas. Ahaks. Lagi. Ni la kerja insan-insan yang tak da kerja. Wait. Una just completed her ACCA and waiting for interviews etc. Me? Waiting for the semester to restart.

Kami sampai kat Alamanda jam 11:30am gitu. Kedai pun baru bukak shutter. Pengunjung belum banyak macam semut lagi. Jalan, jalan, jalan. Pusing, pusing, pusing. Sambil borak-borak & 'update' mengenai perkembangan semasa (ok.masa aku kerja dulu pun ada weekly teacher's meeting. Dah banyak perkara yang perlu dibincang. Inikan pula dgn best friend yang dah lama dah jumpa-padahal 3 minggu gitu).

Bila tiba waktu makan tengah hari, kelibat manusia makin memenuhi kompleks. Jadi, sudah boleh diperhatikan pelbagai ragam manusia...

1- Pasangan manusia yang berkasih-kasihan. Opps. Kadang kita boleh kenal o.k mana pasangan yang merupakan pasangan suami isteri yang sah ataupun hanya buah hati yang mungkin hanya hinggap dan terbang berlalu pergi. Rasa macam nak jalan tutup mata sahaja.

2- Crime of Fashion. Aku tahu pemakaian aku tidak lah sempurna tapi, kadang aku tengok pakaian macam la kain jual mahal sangat. Ada je kan jual kain 1 meter bawah 10 ringgit. Sarung nangka tu aku agak harga dalam RM 50 ke atas pun ada (baik guna beli baju kurung Pahang yang harga RM 50...).

Ragam kedai pula (eh...kedai pun ada juga?):

1- Tukang jaga kedai. Contohnya pada wanita yang menjaga gerai tudung. Guna la tudung yang awak jual tu/beli tudung yang sempurna sikit. Ni kadang aku tengok selempang selandang, tapi jual tudung cantik yang pelbagai macam. Macam ada percanggahan sikit.

2- Jual makanan. Harap-harap peniaga makanan menyediakan makanan yang halalan toyyiba.

Friday, June 19, 2009

Dia seorang insan

Coretan: Mujahidah Safya

Dia seorang insan…
Seorang lelaki yang ku panggil ayah…
Suara pertama yang ku dengar tika hari pertama dilahirkan ke dunia..
Allahu akbar…Allahu akhbar…
Kalimah tauhid di bisikkan ke telinga
Agar aku membesar jadi insan yang berguna.

Dia seorang insan…
Penuh dengan nasihat dan hikmah
Memberikan kata dalam tiap tingkah
Agar aku tidak tersalah arah.

Dia seorang insan…
Penuh dengan kasih dan sayang
Sentiasa ada bila aku perlukan
Pabila aku menangis
Beliau pasti akan berkata
“ Sabarlah anakku’’ sambil mengukir senyuman.

Dia seorang insan…
Penuh dengan ketegasan
Supaya aku sentiasa ingat pada Tuhan
Allah Yang Maha Kuasa,
Maha Penyayang
Agar aku tidak melintasi batasan
Supaya aku menjadi hambaNya yang beriman.

Selamat Hari Bapa buat ayah tersayang, Ismail bin Ahmed.
Jua doa & Al- Fatihan buat arwah datuk tercinta, Ahmed bin Sulaiman & Syed Mustafar Syed Ahmad al- Juffri

Ikan goreng herba

Bahan-bahan

2 ikan bersaiz sederhana (cencaru/ siakap/ bawal)

(bahan-bahan dibawah dicincang halus)

2cm halia dicincang
4 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun ketumbar

Garam secukup rasa
Tepung untuk menggoreng

1- Setelah ikan disiang dan dibersihkan, lumurkan dengan bahan-bahan yang telah siap dicincang kemudian perapkan selama 2 jam.
2- Sebelum menggoreng, salut ikan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan.
3- Bahan yang dicincang juga boleh juga digunakan sebagai perencah untuk menggoreng ayam dan sebagai bahan tumisan sup.

Wednesday, June 17, 2009

Khabar dari Kaherah

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam 'ditegur' di YM dari kejauhan oleh sahabatku, Zulaikha @ Zue yang kini sedang menuntut dalam bidang Syari'ah di Universiti Al- Azhar cawangan Kaherah. Berbunga-bunga hati dan perasaan. Yelah. Sudah hampir 2 tahun tidak bertemu semenjak 'reunion' sekolah dahulu. Selain bertukar khabar, beliau memberi tahu mengenai sistem pemarkahan di Al-Azhar.

1- No assignments! (sini..assignment bersusun, hantar pun tarikh dekat-dekat)
2- No marks for attendence! (huh...kat UIA, boleh 'cabut' dari kuliah 20% je)
3- Cuma perlu datang untuk ambil peperiksaan.
4- Beliau setiap tahun kena ambil 13 madah (subjek)...kalau tak lulus 2 madah, kena mengulang. Tidak ada grading ikut CGPA/pointer.

Zulaikha aku kenali tika di Tingkatan 2 di SMIP. Orang yang pertama aku kenali pada hari pendaftarn. Kemudian, aku di tempatkan di bilik asrama bersama 2 orang lagi teman (Fizah Sham & Liyana Shaari) bersama beliau. Semasa di tingkatan 3, kami bersama beberapa orang rakan lagi di beri amanah untuk menyusun, edit majalah pertama sekolah, Al-Hikmah.

Oleh kerana nama kami berdua di akhir senarai nama (Z), kami sering di tempatkan di tempat yang berhampiran tika peperiksaan. Satu perkara yang menarik mengenai kami ialah beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1987 dan aku pula pada 27 Oktober 1987...di hospital yang sama iaitu Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Ipoh,KL.

Tidak sabar rasanya menanti kepulangan sahabatku ini (jua sahabat-sahabat lain yang turut menuntut di Al- Azhar) untuk pulang ke Tanah Air. Barakallahu fikum ya Asdiqa'.

Teman kala 'gardening'


mengejar daun yang berguguran setelah dipotong.


eh...daun ni bergerak2 la


best tau dok dalam pokok ni...

Catz are Just Lovely


(si kecik...-di Kota Tinggi)


(bila di cari2, ada di atas meja rupanya-di Johor)


(di antara rimbunan pohon...-di rumah cik)


(geng belakang rumah)

Monday, June 15, 2009

Please leave me...

Bismillahirrahmanirrahim...

These words actually dedicated to my medications. Recently, I was admitted to the KPJ Kajang Specialist Hospital for my back pain check-up (MRI Scan). And upon discahrge, I was given these 3 weeks stock of pills:

1- Arcoxia 120MG tab (etricoxib)
2- Myonal 50MG (eprisonal hcl)
3- N-Cobal

Honestly, I'm very lazy to finish them up. Anyway, a million thanks to Dr Mazlan Mohamed (Orthopaedic Specialist), nurses, and hospital staff for the courtesy and care.

Semalam buat bekam. 20 cups. Ye lah. Makan ubat hospital ni pun lama-lama ada kesan sampingan yang lain nanti.

May Allah give us health to perform ibadah towards Allah SWT.

(P/S: 2nd apppointment this Thursday...huhu)

Selamat Hari Lahir

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Hari Lahir diucapkan buat dirimu,
Moga umur yang bertambah seiring dengan pertambahan amal, iman, dan taqwa,
Moga jasa yang kau lakukan pada dunia dihitung sebagai kunci untuk membuka pintu bahagia,
Bahagia yang mampu membuatkan dunia tersenyum kerana senang dengan dirimu.

Amal yang kau lakukan kerana-Nya Yang Maha Kuasa,
Jika dilakukan dengan kesungguhan dan istiqamah,
Insya Allah akan melayakkan dirimu untuk ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredhai dan dikasihi.

Kedua ibubapamu jangan sekali dilupa,
Dalam tiap titipan doa setelah sujud menyembah diri pada Yang Esa,
Kerana mereka telah banyak berjasa pada dirimu,
Biarpun terpaksa menahan penat, lelah dan derita,
Cukuplah terbalas andai dirimu bahagia menghirup nafas di dunia dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Sahabat- sahabat dan teman- teman mu,
Yang acap kali jatuh dan bangun bersama,
Hadiahkanlah doa agar mereka mengerti,
Bahawa kau juga menghargai dan tidak melupai,
Bahawa mereka pengiringmu duniawi dan ukhrawi.

Selamat Hari Lahir temanku,
Moga dirimu mengecapi kejayaan dunia dan akhirat.

(p/s: Dedikasi buat kawanku Mieza yang bakal menjangkau usia 22 akhir bulan ini)

Kak Muslihah: Seorang sahabat, teman, kakak



Sepanjang hampir 4 tahun pengajian di bumi UIA yang bertuah, ramai kawan yang ku temui namun, hanya seorang yang aku gelaran sahabat sejati. Muslihah Fuad atau lebih mesra lagi dengan panggilan Kak Mus. Kak Mus sebenarnya seniorku di Al-Amin Bangi (Gen 1). Aku melangakah ke alam Al-Amin pada tingkatan 4 namun pada ketika itu Kak Mus sudah pun menyambung pengajiannya di Darul Quran. Beliau merupakan kakak kepada salah seorang rakan kelasku.

Tika dalam semester pertama pengajian di UIA ( May 2006),secara kebetulan, bilik kami di Mahallah Maryam menghadap antara satu sama lain. Owh…betapa bahagianya hatiku dapat berjumpa dengan senior (Kak Mus pernah kata dalam Friendster: Awatlah budak2 ni suka bertempek dengan Kak Mus…hehe). Beliau mengambil jurusan Qur’an Sunnah minor dalam Psikologi. Perkara ini merapatkan lagi ukhuwwah kami apabila berada dalam kelas yang sama untuk subjek Abnormal Psychology Dr Rahmatullah Khan.

Kelas Dr RK aku rasa paling best rasanya. Terutama sekali pabila tiba tugasan ‘movie review’. Kami dalam kumpulan kecil yang berlainan namun pabila ada masa, kami akan mencari peluang untuk mengulang kaji pelajaran (ye ke ni) bersama. Bila tiba bulan Ramadhan, kami akan berkunjung ke Bazaar Ramadhan bagi mencari juadah untuk berbuka puasa dan menghantarku ke mahallah ( aku sudah bertukar ke Mahallah Asiah). Terima kasih banyak-banyak kakak sebab bagi peluang jalan-jalan makan angin dengan kereta akak.

Untuk program Alumni sekolah, kami telah diberi tanggungjawab sebagai ‘chef’ program perkelahan pasca-SPM. Kali pertama pada Disember 2006 di Kem Rebutia. Paling mencabar. Aku kena merancang menu untuk makanan 3 kali sehari untuk 2 malam. Pula tu, barang-barang dapur dicari/ dibeli oleh banin ada sahaja fi’ilnya walaupun dah diberi senarai barangan yang diperlukan. Namun, perasaaan kami puas apabila melihat adik-adik makan masakan kami hingga licin. Alhamdulillah ( selalu cakap kat Kak Mus masa tu…”asal depa tidak sakit perut cukup lah’’). Tugasan kami sebagai “chef” buat kali yang kedua ialah pada Disember 2008 di Laman Bestari Hulu Langat. Tugas utama ku ialah sebagai koordinator program namun pabila ada masa kekang, aku membantu mereka di dapur untuk menyediakan makanan.

Kini beliau sudah menamatkan pengajiannya dan sedang berehat di rumah menantikan kelahiran bayi sulungnya Insya Allah pada bulan Ogos ini. Apa yang aku kagum mengenai Kak Mus ialah kesabarannya dalam melayan karenah ku yang ke anak-anakkan dan banyak songeh. Wajahnya juga tidak pernah lekang dari mengukir senyuman dalam apa jua keadaan. Beliau seorang sahabat, teman, kakak, mentor yang istimewa. Moga Allah merahmati Kak Mus dalam apa jua keadaan dan situasi.

Sunday, June 14, 2009

Doa...

" YA MUQALLIBA AL-QULUB. THABBIT QULUBANA 'ALA TOATIQ"
Ya Allah, tetatapkanlah hati kami dalam ketaatanMU...AMEEN.

10 Wasiat untuk Puteri Umamah.

Umamah telah mewasiatkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan Al- Harith bin Amru. Katanya, " Wahai puteriku! Ada sepuluh perkara yang ingin ku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga:

1- Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang tidak enak darimu.

2- Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya dia kan bersikap lembut terhadapmu.

4- Uruskan rumahtangganya dengan baik dan sempurna.

5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6- Simpanlah srgala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

7- Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup, akan menimbulkan keletihan.

8- Jika dia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinnya.

9- Hiasilah dirimu agar dia sentiasa gembira bila memandangmu.

10- Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula pada dirimu.


(Kata-kata sebagi peringatan dan perkongsian: USAHLAH ENGKAU MENDAMBAKAN LELAKI SEBAIK ALI R.A JIKA DIRIMU TIDAK SEMULIA FATIMAH-vice versa)

Tanda seorang wanita yang baik maruah& akhlaq

MENJAGA IBADAH

Tekun dan bersungguh-sungguh beribadah, seperti rajin menbaca Al- Qur'an, berzikir dan berselawat.

SABAR DENGAN UJIAN

Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah SWT, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan tenang dalm menerima ketentuan Allah.

BAIK AKHLAQ

Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlaqnya, dan menjaga hubungan sesama manusia. Tidak sesekali menyakiti hati sesiapa dan begitu menjaga kata-katanya.

TAAT KEPADA IBUBAPA

Menjaga hubungan degan ibubapa, taat dan memuliakan mereka serta selalu membantu dan menyenangkan mereka.

MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA

Bersopan santun dalam bicara dan tindakan, bila berhadapan dengan orang-orang yang lebih tua, dan menjaga adab-adabnya.

BAIK PERGAULANYA

Baik pergaulan sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak menggangu dan menyakiti mereka, ringan tulan, membantu mana yang termampu. Wanita solehah juga menjaga batas pergaulan mereka dengan lelaki yang ajnabi.

Butter Cake

3/4 cup butter
3 eggs
2 1/2 flour
2 1/2 baking powder
1/2 teaspoon salt
1 3/4 sugar
1 1/2 teaspoons vanilla
1 1/4 cups milk

STEP 1

Allow butter and eggs to stand at room temperature for 30 minutes. Meanwhile, grease and lightly flour two 9x1 1/2 inch or 8x 1/2 inch round cake pans. (But I always use this recipe to make cupcakes which makes around 40 cupcakes). In a medium bowl stir together flour, baking powder, and salt; set aside.

STEP 2

In a large mixing bowl, beat butter and sugar with an electric mixer on medium to high speed until well combined and scraping sides of bowl. Add 1 egg at a time, beating after each addition for about 1 minutes. Beat in vanilla. Alternately, add flour mixture and milk to butter mixture, beating on low speed after each addition just until combined. Spread batter into the prepared pan).

STEP 3

Bake in a 375 F/ 180 Cel. oven for 20 to 25 minutes, or until a wooden toothpick inserted near centres comes out clean. Cool cake layers in pans on wire racks for 10 minutes. Remove cake layers from pan; cool thoroughly on racks.

Wednesday, June 10, 2009

Beloved Cuzzies...







M.I.P:Covers




Nak sambung atau tak?

Bismillahirahmanirrahim...

Insya Allah ada baki 2 semester/ 1 tahun pengajian di UIAM. Laju benar rasanya masa berlalu. Sebenarnya, perkara ini telah bermain-main di minda & jiwa sejak sekian lama. Ha...apa dia? Tengah berfikir2 adakah aku mahu terus menyambung pengajian di peringkat Masters atau meneroka alam pekerjaan dan menimba penglaman terlebih dahulu...? Antara bidang pengajian yang sedang aku intai-intai & jenguk2...

1) Family Counselling
2) Educational Psychology
3) Education ( mmm...mcm true-calling pula rasanya...dh 2 kali aku mengajar & serasi dalam bidang ini)

Perkara ini dah aku ajukan pada mama (ye la.siapa pula nak bayau nanti..hehe). Tapi kesian pula sebab Insya Allah adik akan sambung degree dia. Tengoklah. Hanya berdoa & berusaha untuk dapat yang terbaik serta membuat pilihan yang tepat...

Selamat Tinggal hamster...