Bismillahirahmanirahim…
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan dikuatkan semangat untuk menulis walaupun demam dan sakit tekak hampir 4 hari (eh...ubat makan sekali ja. mana nak baik)…tidak boleh bercakap dengan sempurna hampir tempoh ini juga. Uhuk2. Kaffarah buat dosa- dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan.
12-14 Jun yang lalu, kami sekeluarga telah bertolak ke Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis sambut menantu sepupuku di Kampung Titi Bakong, Yan, Kedah. Perjalanan kali ini sungguh bermakna kerana ada beberapa peristiwa berlaku yang mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah sesama keluarga. Walaupun tidak berkesempatan untuk ‘naik’ ke Perlis untuk menziarahi pusara arwah tok Lid @ Sy Mustafar serta ahli keluargaku yang lain di sana...
PERTEMUAN MAK & SAHABAT SEKULIAH ITM-TAUTAN SETELAH 30 THN
Alhamdulillah mak bertemu kembali dengan sahabat sekuliah beliau semasa di ITM dahulu setelah hampir 30 tahun berpisah. Misi pencarian mak akan sahabat beliau hanya sekejap. Mungkin kerana keberkatan ukhuwwah. Mak mencari sahabatnya melalui laman blog sejarah pada pagi Jumaat (11/6/10) dan sahabat beliau terus menelefon pada malam itu juga.
Pertemua diatur pada tengahari Sabtu di Tesco Ipoh, en route kami ke utara. Tidak dapat ku gambarkan kegembiraan yang terpancar pada dua hati sahabat yang bertaut semula.
MAJLIS SAMBUT MENANTU DI TITI BAKONG, YAN.
Selamat Pengantin Baru buat sepupuku Nurulain. Welcome to the family buat Mohd Fauwaz Najmi. Terimah kasih atas layanan (warm welcome) yang kami terima sepanjang majlis. Seronok dapat tengok Gunung Jerai. Masya Allah. Sungguh indah ciptaanNYA.
MAKAN2 DI RADIX ORIENTAL CUISINE & RADIX FRIED CHICKEN
Alhamdulillah rasa kepuasan dan berkat apabila menjamah makan yang diusahakan oleh Muslim dan dijamin halal. Cuma diharap agar suatu hari nanti agar HPA dapat mengembangkan rangkaian restorannya ke seluruh tanah air agar dapat dinikmati oleh semua.
‘BACK TO SCHOOL’- AYAH KEMBALI KE MCKK
Ayah ku kelihatan begitu gembira dapat kembali ke sekolah lamanya iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar @ MCKK. Puas di ‘tour’ keseluruhan kompleks sekolah. Dari asrama ke kelas, ke makmal biologi, fizik dan dewan.
JALAN- JALAN DI SEKITAR PEKAN KUALA KANGSAR & KAWASAN ISTANA BUKIT CHANDAN
Kami berhenti untuk solat Jama’ Qasar Zuhur-Asar di Masjid Ubudiah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pusing-pusing sekejap di kawasan Bukit Chandan. Bye2 Utara.
Ya Allah. Berkatillah perjalanan kami dan pelihara kami dalam iman dan takwa padaMU…
No comments:
Post a Comment