Bismillahirahmanirahim...
Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan berita serangan/ kepungan terhadap kapal misi bantuan ke Palestin. Alhamdulillah delegasi Malaysia telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing...termasuk bapa mertua kepada sahabatku. Menurut salah seorang wartawan yang mengikut misi tersebut, walaupun ekpedisi mereka itu kelihatan tidak berjaya, namun masyarakat dunia mengetahui akan kekejaman pihak regim Israel.
Sering dihebahkan kepada kita agar memboikot apa sahaja produk hasil ciptaan dan inovasi mereka. Boleh. Sebanyak yang mungkin. Tetapi tidak salah kan kita menggunakan produk mereka untuk kegunaan kita & penyebaran dakwah Islam? Jangan la pula barang-barang tersebut digunakan untuk melekakan diri kita supaya lalai untuk menunaikan ibadah kepadanya (komputer, telefon etc).
Ayah baru-baru ini berkata, orang Jepun sebelum mereka berjaya mencipta pelbagai jenis gajet dan barangan, mereka bermula dengan menguahsuai barang ciptaan orang lain terlebih dahulu (inovasi & kreativiti). Nah, lihat sahaja sekarang, siapa tidak kenal akan Honda dan Sony? Ku pasti sekurang-kurangnya ada salah satu jenama tersebut di kediaman anda...telefon bimbit atau kereta.
Mungkin kita sebagai umat Islam boleh bermula sedemikian. Alhamdulillah sudah ada produk makanan keluaran ushawan Muslim. Disini, suatu aspek barangan sudah boleh kita boikot. Makanan, ku percaya merupakan faktor utama pembentukan sahsiah dan personaliti diri manusia kerana apa yang kita makan dan minum menjadi sebahagian daripada diri kita. Salah satu tips yang selalu dipesan kepada para ibu dalam penyediaan makanan ialah bacaan selawat dan keikhlasan. Cuba difkirkan. Jikalau tujuan asal pembuatan makan tersebut ialah untuk menghancurkan minda dan pemikiran (termasuk banyaknya penambah perasa, gula, garam), bagaimana pula dengan si konsumer yang hanya mahu mengisi perut yang sedang berkeroncong?
Aspek kedua atau perkara penting yang sentiasa kita perlu ingat untuk 'tinggalkan' (boikot) ialah tingkahlaku kita yang mungkin bertentangan dengan Islam. Pihak di sana mungkin tidak dapat menyerang umat Islam keseluruhannya secara peperangan tetapi mereka telah 'berjaya' menyerang kita secara 'halus' (gazwul fikri-perang minda). Dengan misi "3 S" (SPORT, SEX, SING) mereka, kita dapat melihat pertambahan program dan aktiviti sedemikian di sekeliling kita.
1- Sport:
Contoh terdekat ialah Piala Dunia yang bakal menjengah kurang dari seminggu. Siaranya hingga jam 1 am. Dan tika itu, mata kita sudah mengantuk dan terlupa akan saranan yang selama ini lebih berguna iaitu tahajud/ qiam di sepertiga malam.
Pada waktu luar musim Piala Dunia, perlawanan yang kadangkala melewati waktu Maghrib dan Isyak melalaikan manusia untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
Soal pemakaian pemain? Tidak salahkan jika bergiat dalam sukan dengan memakai seluar panjang (bagi lelaki) dan pemakaian yang sempurna (bertudung & tidak menampakkan susuk tubuh) bagi wanita?
"WHAT IS HAPPENING WHEN 22 MEN IS CHASING AFTER 1 BALL"-kata kakak saudara aku
2- Sex:
Iklan produk dan perkhidmatan banyak memaparkan model yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kadangkala jika diperhatikan, tidak ada kaitannya pun model- model tersebut dengan apa yang cuba dijual.
Pergaulan bebas antara dua jantina dan seterusnya menyumbangkan terhadap pertambahan bilangan pembuangan bayi dan pendaftaran anak-anak tidak berbapa di Jabatan Pendaftaran (purata 17,000 setiap bulan).
'Perkahwinan sama jantina'-same sex marriage. Oh. Adakah ini layak dipanggil sebagai perkahwinan? Ianya hanya melawan fitrah suci manusia yang telah dianugerahkan. Pernah diri ini terbaca mengenai kes hubungan sejenis wanita di negara ini dimana mereka ada membela anak angkat. Apa yang bertambah lucu ialah apabila pihak yang menganggap dirinya 'ibu' tidak lupa untuk membacakan kepada si anak itu Al- Qur'an agar dirinya tidak menjadi seperti 'ibu dan ayah'.
3- Sing:
Lihat sahaja pertambahan program berbentuk hiburan yang melalaikan di media. Pergaulan bebas antara dua jantina, melunakkan suara oleh pihak wanita, menangis menagih simpati tanpa sebab yang munasabah dan pembaziran wang untuk penonton mengundi.
Menefastasi mereka juga melalui ilmu yang 'disampaikan' kepada kita. Sebagai seorang bekas pelajar dalam bidang Psikologi, terlalu banyak sumber yang dinyatakan yang diambil dari mereka. Antaranya ialah Sigmund Freud melalui teori ID, EGO, SUPEREGONYA. Dan kebanyakkan tokoh lain yang berasaskan hawa nafsu semata-mata tanpa mengambil kira dan mengambaikan aspek ruh dan spiritual manusia.
Moga drii ini, keluarga, umat Islam terus kuat dan dihindarkan dari segala perkara yang keji dan mungkar.
Rabbana la tuzi' qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah...innaka anta wahab..
Ya Allah, jaganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engakau memberikan petunjuk...
Peringtan buat diriku yang sering lupa..
No comments:
Post a Comment