Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, Rabu lalu (kelmarin ya), telah ku bawa diri ini untuk menghadiri temuduga di City University College (dolu2, nama dia Unity College) di Petaling Jaya untuk post sebagai Assitant Registrar (Penolong Pendaftar). Registrar Office ni, kalau di UIAM, di kenali sebagi A&R. Uruskan surat tawaran, kemasukkan, peperiksaan.
Perasaan sangat gementar. Cuak. Alhamdulillah ayah sudi nak tolong hantar (terima kasih pa). Baju, tudung-beres. Handbag (ni yang dari 1st year mama kasi)-beres. Kasut...tengok berkali-kali jugalah Hush Puppies hitam yang beli untuk dinner Seminar PRS bulan lepas. Tutup mata, sarung. Dalam hati cuma mampu berdoa "jangan la kena jumpa orthopedic lagi".
Sampai sana, telah diarahkan untuk menunggu di dalam bilik menunggu (rupa macam discussion room kecil gitu). Tengok, ada seorang calon lelaki sedang menunggu juga untuk ditemuduga. Oh...fikir sebentar. Hendak masuk atau tidak? Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menunggu di luar sambil tengok pemandangan di luar. Kerana diri ini mahu menjaga maruah diri dan hati untuk yang benar-benar berhak. Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, muncul seorang staf menghulurkan sehelai borang untuk diisi. Aku dibawa kesebuah bilik kosong untuk berbuat demikian. Just me & my self ('',)
Sesi temuduga, Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ada saatnya aku kelihatan dan berasa gugup. Insya Allah, jika ada rezeki ku di organisasi terbabit, akan dipanggil untuk menghadirkan temuduga fasa kedua dengan pihak atasan Registrar Office pula.
Allah Knows Best
No comments:
Post a Comment