Bismillahirahmanirahim...
Hari ini tergerak hati untuk bertanya khabar seorang teman. Teman rapat tika di UIA dahulu (ei...macam lama sangat dah tinggal kan). Kerana mengikut perkiraan, bulan Jun ini beliau dijangka akan melahirkan bayi sulungnya.
Namun. Smsnya yang pertama berbalas tenang. Selamat dibedah Isnin lalu. Namun, Allah SWT lebih menyayangi putera kecil itu. Si kecil itu pergi ketika berusia sudah 9 bulan di dalam kandungan. Ahh...bagai hendak menitis airmata ku menerima berita tersebut namun ku tahu sahabat ku itu dan suaminya pasti lebih sedih.
Beliau berkata hanya aku sahaja yang tahu tentang berita ini. Dan, aku juga antara orang yang terawal menerima khabar gembira tika awal kehamilanya.
Dia pergi jua...
Ku pasti Allah SWT ada perancangan yang lebih baik dan indah
Bersabarlah wahai sahabatku
Kerana ujian ini
Menguji keimananmu
Supaya menjadi insan yang lebih kuat.
No comments:
Post a Comment