Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, April 23, 2010

Namun ku punya buku...

Bismillahirahmanirahim...

Fuh. Dahsyat. Tajuk macam drama pula. Namun Ku Punya Hati (eh, ada ke cerita tu?). Alhamdulillah aku telah selamat graduasi dari pengajian Ijazah Sarjana Muda ku di UIAM dan sudah 2 minggu berehat di rumah sementara menunggu seruan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Dan, orang-orang disekeliling ku acap kali bertanya "Nab, ko tak bosan ke kat rumah tak da tv?". Aku hanya tersenyum lalu menjawab "Tak da la. Mana ada bosan. Buku kan ada (eceh.ayat...)". Ya. Memang benar. Seingat aku, sudah hampir berbelas-belas tahun rumah kami tiada set televisyen walau kalau hendak diikutkan, kami mampu untuk memiliki LED/LCD screen set. Ini kerana, kami (aku dan adik) telah dididik untuk 'berkawan' dengan buku. Macam ayah. Siap yang mengenali ayah aku, sudah pasti mengetahui bahawa ayah akan membawa buku bersama-sama denganya. Walaupun sekadar meneman mama untuk membuat urusan di bank atau membeli barang keperluan harian di pasaraya.

TV. Aku pun tidak pasti mengapa ayah dan mama tidak mahu menjadikannya sebahagian daripada 'ahli keluarga' kami. Dan aku sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Tika di Pusat Matrikulasi dahulu, ku kira, hanya 2-3 kali sahaja aku betul-betul duduk di depan TV di Student Lounge. Kebanyakkan masa daripada keseluruhan 2 semester di situ, aku hanya sekadar lalu-untuk pergi dan pulang dari kuliah.


(gambar ketika berada di wad 21/10 lalu-beberapa jam selepas keluar OT)

Oktober 2009, tika aku dirawat di hospital, 3 hari yang berlalu terasa sedikit bosan sehinggakan majalah yang dibeli di kiosk habis ku belek dari kulit ke kulit beberapa kali. TV memang ada tergantung. Siap untuk ditonton apa-apa siaran pada bila-bila masa tanpa perlu dikongsi oleh sesiapa. Cerita Titanic (masa aku darjah 4 dulu tak silap keluar) pun baru aku tengok dalam wad di Star Movie.Ketingglan kan aku ni? Dah 13 tahun baru hendak ditonton.


(sebahagian buku yang digunakan dalam kajian untuk subjek LE 4000. Ingin ku kembangkan menjadi thesis/ kajian di masa depan)

Tadi, setelah membeli sedikit barang keperluan dapur dengan adik di Carrefour, singgah sebentar di gerai yang menjual majalah dan surat khabar. Sukanya dapat beli majalah banyak-banyak. Rindu pula saat-saat tiap pagi 'berebut' surat khabar dan majalah yang baru tiba dengan crew-crew Counselling Department.

Oh ya. Kebetulan majalah Solusi keluaran 18 bercakap mengenai Iqra'/ budaya membaca. Suka ('',). Di antaranya mengenai kurangnya budaya membaca di kalangan masyarakat kita. Ia. Kerna suatu ketika dahulu (oh...berapa minggu je pun tinggal dah rasa lama), ketika selalu menaiki LRT dan komuter untuk pulang ke Bangi, daku memerhatikan mereka lebih gemar untuk tidur (penat, tidak mengapa), termenung, dan borak-borak bersama pasangan mereka (aduh...macam sudah lama tak berjumpa pula dah).

Budaya Iqra' juga tidak seharusnya dibiarkan kerana ia merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di dalam Surah Al- Alaq yang bermaksud:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui(Surah Al-Alaq 96:1-5)

Dan Al- Qur'an, berapa ramai di anatara kita yang benar-benar menjadikan sebahagian daripada santapan rohani setiap hari? Adakah Al- Qur'an hanya di cari pabila tibanya kematian seseorang? Ketika itulah baru terkial-kial mahu mencari naskhah surah Yasin . Ataupun ketika diri menemui kesukaran, seperti kesakitan dan menemui para 'alim untuk dibacakan ayat-ayat Al- Qur'an sebagai usaha penawar? Di saat tibanya musim peperiksaan, bukankah lebih berkat dan manis jika para ibubapa sendiri yang membacakan Al-Qur'an dan melakukan solat hajat buat hadiah untuk si anak ('',)?

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Raghib al- Sirjani pada tahun 2006 mengenai budaya membaca, beliau mendapati bahawa secara purata, masyarakat Jepun membaca sejumlah 40 buah buku setahun, masyarakat Eropah sebanyak 10 buah buku, masyarakat Arab sebanyak 20 helaian buku setahun dan masyarakat Malaysia sebanyak 2 buah buku setahun. Dan daripada segi jenis bahan yang dibaca, 77.4% memilih untuk membaca surat khabar, 3% untuk buku dan majalah dan baki 1.6% pula memilih komik. Nah. Disini timbul dua isu. Iaitu jumlah buku yang dibaca serta jenis bahan bacaan yang dipilih.

Tidak lama lagi, Insya Allah akan melangkah ke alam pekerjaan. Dan sebahagian kecil pendapatan ingin ku 'ketepikan' sebagai belanja untuk membeli buku dan seterusnya, bila sudah berekeluarga nanti, mahu mewujudkan perpustakaan kecil di suatu sudut di rumah.

p/s: Peringatan buat diri yang selalu lupa.

No comments: