Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 28, 2010

Makanan ringan? Wah...sedapnya.

Bismillahirahmanirahim...

Malam Selasa yang lalu (27/April/2010), teman mama pi ceramah HPA mengenai perubatan JAWI (herbs) di Residence Hotel Uniten. Di antara kisah yang aku tertarik ialah kisah mengenai seorang kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun tetapi sudah menghafal Al-Qur'an. Masya Allah. Apabila ditanya mengenai amalan/ perkara yang memudahkannya untuk menghafal Al-Qur'an di usia yang mentah, beliau menjawab " Ibu bapa saya tidak pernah memberi saya makan makanan ringan. Saya juga tidak kenal apa itu jajan, chikedees, dan sebagainya"



Hebat kan? Kanak- kanak di zaman ini, seusia beberapa bulan pun sudah diperkenalkan dengan makanan ringan. Baik untuk memujuk ketika 'tantrum' ataupun sebagai snek di waktu lapang. Tanya lah kepada mereka apa yang mahu dibeli ketika/ waktu hendak ke pasaraya/ kedai. Pastinya antara jawapan yang diterima ialah "keropok/ twisties dsb''. Seperti yang ditunjukkan di dalam iklan di kaca televisyen. Apabila anak-anaknya menyatakan mahu sesuatu yang menyeronokkan, ibunya lantas membeli coklat Kinder Joy yang didalamnya mengandungi coklat dan permainan kecil. Amat menakjubkan jikalau anak-anak berpesan kepada ibunya kala mahu melangkah ke kedai dengan "ibu, belikan saya buah epal".

Cuba anda perhatikan barangan apakah yang di pamerkan di kaunter bayaran di pasaraya. Sayur-sayuran? Bukan. Muesli? Bukan. Buku? Lagi la bukan. Coklat dan gula? Betul. Kenapa? Seperti yang aku pelajari di dalam kelas Perdagangan di Tingkatan 5 dahulu, itu ialah antara strategi perniagaan dan promosi yang digunakan untuk menarik perhatian anak-anak. Aku selalu memerhatikan, anak-anak di saat ibubapa sedang mencari barang dapur, mereka sudah membelek-belek untuk membuka bungkusan air Vitagen atau keropok yang sudah diambil terlebih dahulu. Si ibu sentiasa memesan kepada si anak supaya menunggu hingga barangan tersebut dibayar baru boleh di jamah. Jikalau barangan tersebut disusun atur berhampiran dengan pintu keluar/ kaunter bayaran, pastinya si anak tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama untuk makan produk tersebut.

Aku sendiri bersyukur kerana tidak pernah 'dilatih' sedari kecil oleh kedua ibubapa ku untuk menjadikan makanan ringan sebahagian daripada hidangan harianku. Kecuali coklat. Opps...tetapi aku bersyukur dengan hadirnya 'migraine' sekali- sekala mencegah ku untuk menggantikan coklat dengan nasi (maksudnya makan dalam kuantiti yang banyak). Terus- terang aku nyatakan baru kini aku mengenali dan merasa sedikit sebanyak coklat, gula-gula dan chikedees yang 'sedap'. Termasuk juga asam. Kalau terlebih 'dos' (kuantiti), tekak aku akan automatik berasa tidak sedap.

Apakah sebenarnya kesan buruk yang di akaibatkan oleh makanan ringan ini ya? Kesan buruk yang pertama ialah kekurangan tenaga. Ia. Memang benar orang akan mengatakan bahawa makanan yang manis itu akan memberikan mereka tenaga untuk melaksanakan tugas tetapi oleh kerana makanan ringan tidak mengandungi zat dan nutrien, badan anda akan menjadi lemah. Pengambilan makanan ringan yang 'kaya' dengan kandungan garam juga akan menyebabkan tekak kita merasa haus kerana dehidrasi air dari tubuh.

Kesan yang kedua ialah kekurangan daya tumpuan. Ini ialah kesan daripada lebihnya kandungan minyak dalam makanan tersebut yang akan menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk lalu gagal untuk menumpukan perhatian. Kesan jangka panjang pula ialah peredaran darah dalam sistem tubuh manusia akan menjadi perlahan kesan daripada pengumpulan lemak dalam tubuh. Kekurangan oksigen dan nutrien penting juga akan menyebabkan sel otak 'mati' buat seketika.

Kesan yang ketiga ialah sakit jantung. Myocardial infraction, sejenis kegagalan jantung yang disebabkan oleh mendapan di dalam arteri lalu memaksa si jantung untuk berusaha lebih kuat untuk proses mengepam darah. Akibatnya, darah yang dipam kembali ke jantung berkurangan lalu menyebabkan kekurangan kandungan oksigen di dalam jantung dan lemah jantung akibat usaha yang lebih itu.

Selain menyebabkan pengumpulan mendapan di dalam arteri dan melemahkan fungsi bahagian jantung tersebut, kolestrol juga memberi kesan kepada hati dimana kalori diproses. Kandungan kolestrol yang tinggi akan menyebabkan kerosakkan pada hati untuk jangka masa yang panjang.

Wallahu'alam

No comments: