Bismillahirahmanirahim...
Anda kenal kedua nama yang saya sebutkan dalam tajuk diatas? Saya pun tidak mengenali mereka secara dekat kerana mereka bukan lah saudara mahupun jiran tetangga saya. Saya pasti anda ada terbaca mengenai kisah mereka di dada akhabar. Di dahulukan dengan kisah adik Salsabila@ Bella dan kemudian lebih kurang sebulan yang lalu, kisah adik Halimaton. Kedua-duanya berumur 15 tahun dan sepatunya berada di bangku sekolah menelaah untuk peperiksaan PMR yang bakal diduduki tidak lama lagi.
Adik Bella. Telah lari ke lombok di sekitar pertengahan tahun lalu mengikuti teman lelakinya dan seterusnya menikah di sana. Beliau kini sedang menghitung hari menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Hafiz. Dari segi penerimaan keluarga, bapa beliau berasa sangat sedih dan Bella, tidak pun berasa terdetik untuk pulang kepangkuan kelaurga meskipun mengetahui keadaan bapanya yang sedang sakit. Sehingga beliau sudah selamat pulang ke Malaysia pun, beliau masih mahu pulang ke Lombok untuk bersama keluarga 'suaminya'.
Aku bukanlah seseorang yang mahir dan pakar untuk menghakimi adakah pernikahan Bella dan Hafiz sah di sisi syariat, namun, ku kira, lebih-lebih lagi sebagai anak perempuan, jika hendak menikah, wajib meminta keizinan dari walinya. Kecuali dalam keadaan tertentu, jika si bapa tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menghalangi pernikahan tersebut, maka, khidmat wali hakim dengan beberapa urusan mahkamah digunakan.
Tidakkah adik Bella terfikir akan perasaan hampa dan pilu bapanya yang saban waktu menanti kepulangan anak yang tercinta? Tidakkah beliau terfikir akan kepentingan untuk meminta izin dan restu kerana bagi seorang anak gadis, walaupun sudah menginjak usia baligh dan dipertanggungjawabkan atas dosa yang dilakukan, seorang bapa masih mempunyai tanggungjawab ke atas dirinya sehingga beliau mendirikan rumah tangga?
Teringat akan apa yang di pelajari semasa di kuliah Career Counselling mengenai Counselling Needs for Employee with Special Needs. Bukan sahaja adik Bella yang perlu diberikan kaunseling, peringatan, dan semangat. Malah, anatara pihak yang turut memainkan peranan dalam situasi ini ialah bapa Bella, suami Bella dan keluarga mentuanya...
Mungkin adik Bella sudah melakukan suatu kesilapan. Terlalu mengikutkan keinginan darah mudanya, meninggalkan keluarga dan pelajaran demi cinta seorang jejaka. Tidak dinafikan setiap manusia akan melalui fasa tersebut. Fasa di mana kita merasakan bahawa kita telah menemukan insan yang paling sempurna di dalam hidup. Itulah remaja. Masih mencari identiti diri. Masih mencari jawapan kepada persoalan SIAPAKAH AKU? Di sini lah pelbagai pihak memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja kepada watak yang bernama Salsabila Yunan. Tetapi kepada semua pelajar yang jiwanya masih di ambbang yang masih tiada kepastian atas sebuah keputusan. Ibu, bapa, keluarga, rakan sebaya, media, guru, guru kaunseling dan masyarakat.
Allah Maha Pengasih, Maha Pengayang. Dan Dia sentiasa merindui rintihan hambaNYA. Jika jiwa berasa keliru, jika jiwa berasa tidak tenang, kembalilah kepada jalanNYA. Cinta manusia mungkin boleh dicari, namun cinta Illahi, kasihNYA mencari insan-insan yang sentiasa mendambakan redhaNYA...
To be continued...
Kisah dua insan yang mempunyai identiti yang serupa, melalui jalan kisah yang sama tetapi atas alasan yang berbeza.
Wallau'alam
No comments:
Post a Comment