Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, April 20, 2010

Halimaton vs. Bella: Part 2

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah adik Halimaton telah selamat pulang ke pangkuan keluarganya. Walaupun hanya mengikuti kisahnya di akhbar, aku tumpang gembira kerana beliau selamat kembali kepada mereka yang lebih menghargai erti kasih dan sayang yang sebenarnya ('',). Beliau kini berada di bawah pemerhatian dan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling dan memulihkan kembali semangat beliau yang mungkin telah pudar setelah trauma dengan apa yang telah dilalui. Teman lelaki Halimaton pula kini ditahan atas dakwaan menculik serta merogol.

Menyorot kembali kepada apa yang telah berlaku, Halimaton telah dilaporkan hilang pada akhir Mac yang lalu ke rumah teman lelakinya, Adam (19 tahun) di Langkawi dengan menaiki feri. Beliau kemudiannya 'muncul' kembali dengan suatu perkhabarn yang mengejutkan seluruh ahli keluarga beliau iaitu permintaan untuk di nikahkan dalam kadar yang segara. Ini kerana Halimaton merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR 2007 bagi peringkat negeri Kedah. Menurut salah seorang dari rakannya, sikap Halimaton berubah semenjak 4 bulan yang lalu ketika berkenalan dengan tean lelaki tersebut. Semenjak itu, Halimaton kelihatan begitu ceria dan tidak boleh berenggang dengan telefon bimbitnya dan sering berbalas SMS. Beliau kelihatan murung dan tidak ceria seminggu sebelum kejadian.

Persoalan yang pertama di sini ialah umur yang dibolehkan oleh seseorang itu bernikah di Malaysia. Bagi wanita, umur minima ialah 16 tahun dan bagi lelaki pula ialh 18 tahun. Mungkin zaman dahulu datuk dan nenek kita bernikah pada usia yamg muda. Itu kerana keadaan pada masa tersebut yang 'mengizinkan' mereka. Tahap kematangan dan pemikiran mereka juga berbeza jika hendak dibandingkan dengan masyarakat kini.

Persoalan yang kedua ialah adik Halimaton masih lagi berada di bangku sekolah dan sepatutnya menduduki peperiksaan PMR di hujung tahun ini. Mungkin teman lelakinya sudah mempunyai pekerjaan (penyelia kedai makan) dan boleh menyara kehidupan mereka kelak akan tetapi seorang wanita perlu membuat persediaan sebagai bekalan. Di masa ini, amat susah untuk pemegang izazah sarjana muda untuk mendapatkan pekerjaan...apatah lagi jika belum selesai peperiksaan PMR.

Persoalan yang ketiga ialah adat dan budaya dalam mendirikan rumahtangga. Memang benar tidak semua adat yang masyarakat lakukan dalam sebuah perkahwinan itu harus diikuti tetapi perkara yang penting seperti meminta izin dari pada keluarga tidak harus di ktepikan. Jikalau pihak lelaki benar-benar iklhas untuk menjdikan Halimaton sebagai sebahagian ahli keluarga mereka, sudah pasti mereka turun untuk bertemu keluarga pihak perempuan. Tidak dengan cara 'menculik' dan membawa Halimaton jauh ke Langkawi.

Kini, Halimaton telah membatalkan niatnya untuk bernikah serta ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kisah ini hanyalah sedikit daripada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita namun nilainya yang 'kecil' itu tidak seharusnya di perkecilkan dan dijadikan pedoman dan peringatan untuk diri kita di masa hadapan. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan sentiasa merindui akan doa dan rintihan hambaNYA.

Wallahu'alam...('',)

No comments: