Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, April 29, 2010

Genius: Bermulanya Sebuah Kajian.

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah kerana dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan untuk membeli beberapa buah buku sebagai langkah awal untuk memulakan research berkenaan kanak-kanak atau golongan genius. Antara buku-buku tersebut ialah:







Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bikhair. Ya Allah permudahkanlah urusan dan perjalananku. Dan berkatilah urusanku agar menjadi manfaat kepada umat seluruhnya. Ameen..

p/s: Sukanya saya dapat buku baru (^_^)

Wednesday, April 28, 2010

Makanan ringan? Wah...sedapnya.

Bismillahirahmanirahim...

Malam Selasa yang lalu (27/April/2010), teman mama pi ceramah HPA mengenai perubatan JAWI (herbs) di Residence Hotel Uniten. Di antara kisah yang aku tertarik ialah kisah mengenai seorang kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun tetapi sudah menghafal Al-Qur'an. Masya Allah. Apabila ditanya mengenai amalan/ perkara yang memudahkannya untuk menghafal Al-Qur'an di usia yang mentah, beliau menjawab " Ibu bapa saya tidak pernah memberi saya makan makanan ringan. Saya juga tidak kenal apa itu jajan, chikedees, dan sebagainya"



Hebat kan? Kanak- kanak di zaman ini, seusia beberapa bulan pun sudah diperkenalkan dengan makanan ringan. Baik untuk memujuk ketika 'tantrum' ataupun sebagai snek di waktu lapang. Tanya lah kepada mereka apa yang mahu dibeli ketika/ waktu hendak ke pasaraya/ kedai. Pastinya antara jawapan yang diterima ialah "keropok/ twisties dsb''. Seperti yang ditunjukkan di dalam iklan di kaca televisyen. Apabila anak-anaknya menyatakan mahu sesuatu yang menyeronokkan, ibunya lantas membeli coklat Kinder Joy yang didalamnya mengandungi coklat dan permainan kecil. Amat menakjubkan jikalau anak-anak berpesan kepada ibunya kala mahu melangkah ke kedai dengan "ibu, belikan saya buah epal".

Cuba anda perhatikan barangan apakah yang di pamerkan di kaunter bayaran di pasaraya. Sayur-sayuran? Bukan. Muesli? Bukan. Buku? Lagi la bukan. Coklat dan gula? Betul. Kenapa? Seperti yang aku pelajari di dalam kelas Perdagangan di Tingkatan 5 dahulu, itu ialah antara strategi perniagaan dan promosi yang digunakan untuk menarik perhatian anak-anak. Aku selalu memerhatikan, anak-anak di saat ibubapa sedang mencari barang dapur, mereka sudah membelek-belek untuk membuka bungkusan air Vitagen atau keropok yang sudah diambil terlebih dahulu. Si ibu sentiasa memesan kepada si anak supaya menunggu hingga barangan tersebut dibayar baru boleh di jamah. Jikalau barangan tersebut disusun atur berhampiran dengan pintu keluar/ kaunter bayaran, pastinya si anak tidak perlu menunggu untuk tempoh yang lama untuk makan produk tersebut.

Aku sendiri bersyukur kerana tidak pernah 'dilatih' sedari kecil oleh kedua ibubapa ku untuk menjadikan makanan ringan sebahagian daripada hidangan harianku. Kecuali coklat. Opps...tetapi aku bersyukur dengan hadirnya 'migraine' sekali- sekala mencegah ku untuk menggantikan coklat dengan nasi (maksudnya makan dalam kuantiti yang banyak). Terus- terang aku nyatakan baru kini aku mengenali dan merasa sedikit sebanyak coklat, gula-gula dan chikedees yang 'sedap'. Termasuk juga asam. Kalau terlebih 'dos' (kuantiti), tekak aku akan automatik berasa tidak sedap.

Apakah sebenarnya kesan buruk yang di akaibatkan oleh makanan ringan ini ya? Kesan buruk yang pertama ialah kekurangan tenaga. Ia. Memang benar orang akan mengatakan bahawa makanan yang manis itu akan memberikan mereka tenaga untuk melaksanakan tugas tetapi oleh kerana makanan ringan tidak mengandungi zat dan nutrien, badan anda akan menjadi lemah. Pengambilan makanan ringan yang 'kaya' dengan kandungan garam juga akan menyebabkan tekak kita merasa haus kerana dehidrasi air dari tubuh.

Kesan yang kedua ialah kekurangan daya tumpuan. Ini ialah kesan daripada lebihnya kandungan minyak dalam makanan tersebut yang akan menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk lalu gagal untuk menumpukan perhatian. Kesan jangka panjang pula ialah peredaran darah dalam sistem tubuh manusia akan menjadi perlahan kesan daripada pengumpulan lemak dalam tubuh. Kekurangan oksigen dan nutrien penting juga akan menyebabkan sel otak 'mati' buat seketika.

Kesan yang ketiga ialah sakit jantung. Myocardial infraction, sejenis kegagalan jantung yang disebabkan oleh mendapan di dalam arteri lalu memaksa si jantung untuk berusaha lebih kuat untuk proses mengepam darah. Akibatnya, darah yang dipam kembali ke jantung berkurangan lalu menyebabkan kekurangan kandungan oksigen di dalam jantung dan lemah jantung akibat usaha yang lebih itu.

Selain menyebabkan pengumpulan mendapan di dalam arteri dan melemahkan fungsi bahagian jantung tersebut, kolestrol juga memberi kesan kepada hati dimana kalori diproses. Kandungan kolestrol yang tinggi akan menyebabkan kerosakkan pada hati untuk jangka masa yang panjang.

Wallahu'alam

Friday, April 23, 2010

What Will the Future Be?

Will the future be...
Like what we are having today?
Will the future be...
Like what we always think about?

Will there be tomorrow for us?
Will there be sun?

Are we prepared to see the morning shine?
Or...
Have we prepared to meet The Creator?

Namun ku punya buku...

Bismillahirahmanirahim...

Fuh. Dahsyat. Tajuk macam drama pula. Namun Ku Punya Hati (eh, ada ke cerita tu?). Alhamdulillah aku telah selamat graduasi dari pengajian Ijazah Sarjana Muda ku di UIAM dan sudah 2 minggu berehat di rumah sementara menunggu seruan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Dan, orang-orang disekeliling ku acap kali bertanya "Nab, ko tak bosan ke kat rumah tak da tv?". Aku hanya tersenyum lalu menjawab "Tak da la. Mana ada bosan. Buku kan ada (eceh.ayat...)". Ya. Memang benar. Seingat aku, sudah hampir berbelas-belas tahun rumah kami tiada set televisyen walau kalau hendak diikutkan, kami mampu untuk memiliki LED/LCD screen set. Ini kerana, kami (aku dan adik) telah dididik untuk 'berkawan' dengan buku. Macam ayah. Siap yang mengenali ayah aku, sudah pasti mengetahui bahawa ayah akan membawa buku bersama-sama denganya. Walaupun sekadar meneman mama untuk membuat urusan di bank atau membeli barang keperluan harian di pasaraya.

TV. Aku pun tidak pasti mengapa ayah dan mama tidak mahu menjadikannya sebahagian daripada 'ahli keluarga' kami. Dan aku sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. Tika di Pusat Matrikulasi dahulu, ku kira, hanya 2-3 kali sahaja aku betul-betul duduk di depan TV di Student Lounge. Kebanyakkan masa daripada keseluruhan 2 semester di situ, aku hanya sekadar lalu-untuk pergi dan pulang dari kuliah.


(gambar ketika berada di wad 21/10 lalu-beberapa jam selepas keluar OT)

Oktober 2009, tika aku dirawat di hospital, 3 hari yang berlalu terasa sedikit bosan sehinggakan majalah yang dibeli di kiosk habis ku belek dari kulit ke kulit beberapa kali. TV memang ada tergantung. Siap untuk ditonton apa-apa siaran pada bila-bila masa tanpa perlu dikongsi oleh sesiapa. Cerita Titanic (masa aku darjah 4 dulu tak silap keluar) pun baru aku tengok dalam wad di Star Movie.Ketingglan kan aku ni? Dah 13 tahun baru hendak ditonton.


(sebahagian buku yang digunakan dalam kajian untuk subjek LE 4000. Ingin ku kembangkan menjadi thesis/ kajian di masa depan)

Tadi, setelah membeli sedikit barang keperluan dapur dengan adik di Carrefour, singgah sebentar di gerai yang menjual majalah dan surat khabar. Sukanya dapat beli majalah banyak-banyak. Rindu pula saat-saat tiap pagi 'berebut' surat khabar dan majalah yang baru tiba dengan crew-crew Counselling Department.

Oh ya. Kebetulan majalah Solusi keluaran 18 bercakap mengenai Iqra'/ budaya membaca. Suka ('',). Di antaranya mengenai kurangnya budaya membaca di kalangan masyarakat kita. Ia. Kerna suatu ketika dahulu (oh...berapa minggu je pun tinggal dah rasa lama), ketika selalu menaiki LRT dan komuter untuk pulang ke Bangi, daku memerhatikan mereka lebih gemar untuk tidur (penat, tidak mengapa), termenung, dan borak-borak bersama pasangan mereka (aduh...macam sudah lama tak berjumpa pula dah).

Budaya Iqra' juga tidak seharusnya dibiarkan kerana ia merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W di dalam Surah Al- Alaq yang bermaksud:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui(Surah Al-Alaq 96:1-5)

Dan Al- Qur'an, berapa ramai di anatara kita yang benar-benar menjadikan sebahagian daripada santapan rohani setiap hari? Adakah Al- Qur'an hanya di cari pabila tibanya kematian seseorang? Ketika itulah baru terkial-kial mahu mencari naskhah surah Yasin . Ataupun ketika diri menemui kesukaran, seperti kesakitan dan menemui para 'alim untuk dibacakan ayat-ayat Al- Qur'an sebagai usaha penawar? Di saat tibanya musim peperiksaan, bukankah lebih berkat dan manis jika para ibubapa sendiri yang membacakan Al-Qur'an dan melakukan solat hajat buat hadiah untuk si anak ('',)?

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Raghib al- Sirjani pada tahun 2006 mengenai budaya membaca, beliau mendapati bahawa secara purata, masyarakat Jepun membaca sejumlah 40 buah buku setahun, masyarakat Eropah sebanyak 10 buah buku, masyarakat Arab sebanyak 20 helaian buku setahun dan masyarakat Malaysia sebanyak 2 buah buku setahun. Dan daripada segi jenis bahan yang dibaca, 77.4% memilih untuk membaca surat khabar, 3% untuk buku dan majalah dan baki 1.6% pula memilih komik. Nah. Disini timbul dua isu. Iaitu jumlah buku yang dibaca serta jenis bahan bacaan yang dipilih.

Tidak lama lagi, Insya Allah akan melangkah ke alam pekerjaan. Dan sebahagian kecil pendapatan ingin ku 'ketepikan' sebagai belanja untuk membeli buku dan seterusnya, bila sudah berekeluarga nanti, mahu mewujudkan perpustakaan kecil di suatu sudut di rumah.

p/s: Peringatan buat diri yang selalu lupa.

Wednesday, April 21, 2010

Resipi: Ayam Chestnut

300 gm (dipotong kecil & dibersihkan)
1 tangkai daun bawang
1 genggam cili padi
1 genggam gajus
1 biji lobak merah (dipotong nipis)
200 gm cendawam hitam
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ cawan air masak
Gula & garam secukup rasa

1. Panaskan minyak bijan & tumis bawang besar, sos tiram, sos cili & sos tomato.
2. Biarkan sampai mendidih selama lebih kurang sepuluh minit.
3. Selepas itu, masukkan ayam & kacau hingga masak.
4. Kemudian, campurkan daun bawang, cili padi, gajus, lobak merah, & cendawan hitam.
5. Biarkan selama 5 minit sebelum diangkat.

Resipi: Fussili Lazat Berkrim (Pasta)

FUSSILI LAZAT BERKRIM

150 gm fussili (direbus)
3 ekor udang segar
3 hiris sotong bunga
3 hirisan isi ayam
10 gm keju parmesan
Sedikit lobak merah, bawang merah (potong dadu kecil)
Seulas bawang putih
Sedikit minyak zaitun
1 liter krim putar
1 liter susu segar
Sedikit garam & lada sulah
Sedikit parsli cincang

1- Tumiskan bawang putih, bawang merah, lobak merah hingga garing & masukkan sotong & isi ayam.
2- Masukkan susu segar & biarkan seketika. Pekatkan menggunakan krim putar & biarkan ia seketika.
3- Masukkan garam & lada sulah.
4- Gaulkan sebati bersama fussili dan taburkan keju& parsli yang telah dicincang tadi.

Hoki: Suatu Pengalaman Sebagai Pemerhati




Salah satu pengalaman berharga yang aku dapat semasa 'hayatku' di UIA ialah untuk turun ke padang hoki memeerhati sahabat karibku, Zulaiha Rahim berlatih dan bermain. Kalau bukan kerana itu, aku mungkin tidak akan pernah merasai pengalaman untuk memegang kayu hoki dan melihat rupa sebenar bola hoki (ok. selama ini aku ingat bola dia leper je, mcm ice hoki punya ya).

Yang kedua, aku dapat melihat padang hoki dari dekat. Tahu rupa-rupanya sebelum 'game' sprinkler air akan dipasang untuk beberapa ketika supaya padang tidak terlalu kering. Punya ghalit tengok sprinkler tu dipasang sehingga tidak sedar bahawa diriku telah 'di shower' sekali masa perlawanan dengan pasukan wanita TUDM.

Sesungguhnya sekecil-kecil ilmu itu begitu berharga. Tidak nanti kalau anak-anak aku tanya "ibu, rupa bola hoki macam mana?'' "Owh. rupanaya leper nak." Kesian dia ('',)

Rindu mereka: Counselling Services Centre (CSC)





buku-buku dan journal

pintu masuk ke Resource Room-owh.rindunya

jambangan bunga yang menyambut tetamu di kaunter pertanyaan

Tuesday, April 20, 2010

Halimaton vs. Bella: Part 2

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah adik Halimaton telah selamat pulang ke pangkuan keluarganya. Walaupun hanya mengikuti kisahnya di akhbar, aku tumpang gembira kerana beliau selamat kembali kepada mereka yang lebih menghargai erti kasih dan sayang yang sebenarnya ('',). Beliau kini berada di bawah pemerhatian dan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sesi kaunseling dan memulihkan kembali semangat beliau yang mungkin telah pudar setelah trauma dengan apa yang telah dilalui. Teman lelaki Halimaton pula kini ditahan atas dakwaan menculik serta merogol.

Menyorot kembali kepada apa yang telah berlaku, Halimaton telah dilaporkan hilang pada akhir Mac yang lalu ke rumah teman lelakinya, Adam (19 tahun) di Langkawi dengan menaiki feri. Beliau kemudiannya 'muncul' kembali dengan suatu perkhabarn yang mengejutkan seluruh ahli keluarga beliau iaitu permintaan untuk di nikahkan dalam kadar yang segara. Ini kerana Halimaton merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR 2007 bagi peringkat negeri Kedah. Menurut salah seorang dari rakannya, sikap Halimaton berubah semenjak 4 bulan yang lalu ketika berkenalan dengan tean lelaki tersebut. Semenjak itu, Halimaton kelihatan begitu ceria dan tidak boleh berenggang dengan telefon bimbitnya dan sering berbalas SMS. Beliau kelihatan murung dan tidak ceria seminggu sebelum kejadian.

Persoalan yang pertama di sini ialah umur yang dibolehkan oleh seseorang itu bernikah di Malaysia. Bagi wanita, umur minima ialah 16 tahun dan bagi lelaki pula ialh 18 tahun. Mungkin zaman dahulu datuk dan nenek kita bernikah pada usia yamg muda. Itu kerana keadaan pada masa tersebut yang 'mengizinkan' mereka. Tahap kematangan dan pemikiran mereka juga berbeza jika hendak dibandingkan dengan masyarakat kini.

Persoalan yang kedua ialah adik Halimaton masih lagi berada di bangku sekolah dan sepatutnya menduduki peperiksaan PMR di hujung tahun ini. Mungkin teman lelakinya sudah mempunyai pekerjaan (penyelia kedai makan) dan boleh menyara kehidupan mereka kelak akan tetapi seorang wanita perlu membuat persediaan sebagai bekalan. Di masa ini, amat susah untuk pemegang izazah sarjana muda untuk mendapatkan pekerjaan...apatah lagi jika belum selesai peperiksaan PMR.

Persoalan yang ketiga ialah adat dan budaya dalam mendirikan rumahtangga. Memang benar tidak semua adat yang masyarakat lakukan dalam sebuah perkahwinan itu harus diikuti tetapi perkara yang penting seperti meminta izin dari pada keluarga tidak harus di ktepikan. Jikalau pihak lelaki benar-benar iklhas untuk menjdikan Halimaton sebagai sebahagian ahli keluarga mereka, sudah pasti mereka turun untuk bertemu keluarga pihak perempuan. Tidak dengan cara 'menculik' dan membawa Halimaton jauh ke Langkawi.

Kini, Halimaton telah membatalkan niatnya untuk bernikah serta ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kisah ini hanyalah sedikit daripada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita namun nilainya yang 'kecil' itu tidak seharusnya di perkecilkan dan dijadikan pedoman dan peringatan untuk diri kita di masa hadapan. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan sentiasa merindui akan doa dan rintihan hambaNYA.

Wallahu'alam...('',)

Sunday, April 18, 2010

Halimaton vs. Bella: Bella Part 1

Bismillahirahmanirahim...

Anda kenal kedua nama yang saya sebutkan dalam tajuk diatas? Saya pun tidak mengenali mereka secara dekat kerana mereka bukan lah saudara mahupun jiran tetangga saya. Saya pasti anda ada terbaca mengenai kisah mereka di dada akhabar. Di dahulukan dengan kisah adik Salsabila@ Bella dan kemudian lebih kurang sebulan yang lalu, kisah adik Halimaton. Kedua-duanya berumur 15 tahun dan sepatunya berada di bangku sekolah menelaah untuk peperiksaan PMR yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Adik Bella. Telah lari ke lombok di sekitar pertengahan tahun lalu mengikuti teman lelakinya dan seterusnya menikah di sana. Beliau kini sedang menghitung hari menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Hafiz. Dari segi penerimaan keluarga, bapa beliau berasa sangat sedih dan Bella, tidak pun berasa terdetik untuk pulang kepangkuan kelaurga meskipun mengetahui keadaan bapanya yang sedang sakit. Sehingga beliau sudah selamat pulang ke Malaysia pun, beliau masih mahu pulang ke Lombok untuk bersama keluarga 'suaminya'.

Aku bukanlah seseorang yang mahir dan pakar untuk menghakimi adakah pernikahan Bella dan Hafiz sah di sisi syariat, namun, ku kira, lebih-lebih lagi sebagai anak perempuan, jika hendak menikah, wajib meminta keizinan dari walinya. Kecuali dalam keadaan tertentu, jika si bapa tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menghalangi pernikahan tersebut, maka, khidmat wali hakim dengan beberapa urusan mahkamah digunakan.

Tidakkah adik Bella terfikir akan perasaan hampa dan pilu bapanya yang saban waktu menanti kepulangan anak yang tercinta? Tidakkah beliau terfikir akan kepentingan untuk meminta izin dan restu kerana bagi seorang anak gadis, walaupun sudah menginjak usia baligh dan dipertanggungjawabkan atas dosa yang dilakukan, seorang bapa masih mempunyai tanggungjawab ke atas dirinya sehingga beliau mendirikan rumah tangga?

Teringat akan apa yang di pelajari semasa di kuliah Career Counselling mengenai Counselling Needs for Employee with Special Needs. Bukan sahaja adik Bella yang perlu diberikan kaunseling, peringatan, dan semangat. Malah, anatara pihak yang turut memainkan peranan dalam situasi ini ialah bapa Bella, suami Bella dan keluarga mentuanya...

Mungkin adik Bella sudah melakukan suatu kesilapan. Terlalu mengikutkan keinginan darah mudanya, meninggalkan keluarga dan pelajaran demi cinta seorang jejaka. Tidak dinafikan setiap manusia akan melalui fasa tersebut. Fasa di mana kita merasakan bahawa kita telah menemukan insan yang paling sempurna di dalam hidup. Itulah remaja. Masih mencari identiti diri. Masih mencari jawapan kepada persoalan SIAPAKAH AKU? Di sini lah pelbagai pihak memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja kepada watak yang bernama Salsabila Yunan. Tetapi kepada semua pelajar yang jiwanya masih di ambbang yang masih tiada kepastian atas sebuah keputusan. Ibu, bapa, keluarga, rakan sebaya, media, guru, guru kaunseling dan masyarakat.

Allah Maha Pengasih, Maha Pengayang. Dan Dia sentiasa merindui rintihan hambaNYA. Jika jiwa berasa keliru, jika jiwa berasa tidak tenang, kembalilah kepada jalanNYA. Cinta manusia mungkin boleh dicari, namun cinta Illahi, kasihNYA mencari insan-insan yang sentiasa mendambakan redhaNYA...

To be continued...

Kisah dua insan yang mempunyai identiti yang serupa, melalui jalan kisah yang sama tetapi atas alasan yang berbeza.

Wallau'alam

Saturday, April 17, 2010

Cari...carilah...kerja yang diredhaiNYA...

Bismillahirahmanirrahim...

Insya Allah pagi nanti (16/April/2010), aku dan mama akan mengunjungi Career Fair anjuran Jobstreet bertempat di Midvalley Exhibition Centre (MVEC). Diharapkan semauanya selamat sebab maklumlah...hujung minggu. Jumlah pengunjung pastinya ramai. Dan aku jenis yang tidah boleh melihat begitu ramai/ lautan manusia. Sakit kepala (mengada-ngada betul ).

Beginilah lumrah seorang pelajar yang baru sahaja tamat pengajian. Berebut-rebut mencari kareer idaman hati. Ditambah dengan ribuan graduan yang lulus pengajian tiap tahun. Jikalau beberapa tahun yang lalu, pelajar yang beroleh keputusan cemerlang susah untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi. Kini, golongan yang 'bertuah' tersebut (Alhamdulillah) terpaksa pula bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Teringat segala macam benda yang diperolehi dalam kelas Career Counselling bersama Assoc Prof Dr Shukran Abdul Rahman.

Usaha juga telah dilakukan dengan memohon di laman web beberapa buah syarikat. Yang peningnya, ada yang 'mewajibkan' supaya 'field' atau ruang telefon rumah untuk diisi (depa kata 'mandatory' ok). Kerana sudah hampir beberapa tahun kami sekeluarga bergantung kepada telefon bimbit dek kesibukkan urusan seharian. Dan kini menetap di kuarters kakitangan PETRONAS. Lagi lah tiada talian tetap. Ada yang minta nombor faks tau. Ok. Tunggu suatu hari nanti aku tubuhkan syarikat sendiri baru ada nomobor faks (eh. dah ada syarikat sendiri buat apa nak cari kerja lain kan-huh.cita-cita).

Sekarang, kalau orang bertanya, buat apa (kerja apa), aku nak jwab 'tukang masak'. Praktis. Kerja juga tu kan. Yang penting, apa yang dilakukan diradhaiNYA. Memberi ketenangan pada jiwa, menjaga nama baik keluarga.

p/s: Oyen gaduh kat luar. Suatu kerja juga untuk leraikan dan bagi dia makan hari-hari.

Friday, April 9, 2010

P.A.N, DE PALMA-Little Note

Bismillahirahmanirahim...

Kejadian: Psychology Appreciation Night@ P.A.N.
Tempat: Hotel De Palma, Ampang.
Tarikh: 5 April 2010/ Isnin.

Alhamdulillah majlis pada malam itu berjalan dengan lancar. Penulis selaku jurugambar rasmi, mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memberikan ruang untuk menimba pengalaman dalam bidang ini. Minta maaf andainya ada silap dan salah. Seorang insan yang baru belajar untuk beratitih ('',).

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada para pensyarah yang tanpa jemu mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih juga diucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu, seiring dan sejalan.

p/s: more pics to come. Facebook lambat sikit & picture quality (maybe because of the size @ pixel).

PYCHOLOGY APPRECIATION NITE, DE PALMA @ PART 2









PYCHOLOGY APPRECIATION NITE, DE PALMA @PART 1