Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 21, 2013

Nikmat Ujian Itu.



Bismillahirahmanirahim..

Baam! Bagaikan bom berbutir-butir jatuh saat telefon merah nipis berbunyi jam 6:40 pm Jumaat lalu. Dalam hati: “Siapa pula telefon maghrib-maghrib gini?”. Tidak perasan nombor yang keluar di skrin terus sahaja saya tekan ruangan ‘answer’. Berkaitan hal kertas kajian yang sudah masuk fasa-fasa akhir pembetulan. Kebetulan waktu itu dalam perjalanan ke stesen komuter untuk pulang ke teratak di Bangi. 3 orang yang terdekat menelefon untuk pujuk, bagi kata-kata semangat. Bila dirujuk semula kepada supervisor dan pihak UIA, boleh selesai pun rupanya. Ok. Saya yang emosi lebih. Apakah ini semua? Perubahan hormon mungkin saat usia nak meningkat...agaknya.

Bila difikirkan semula...kalau kurang sifat sabar dalam diri saya waktu itu, macam-macam yang kurang masuk akal saya buat. Mungkin mulut saya akan terus-terusan mengomel. Mungkin akan masuk balik dalam pejabat,duduk diam-diam, biarkan teksi yang sudah ditempah balik dan cari penumpang lain. Astaghfirullahal Azim. Dah senja. Memang makhluk-makhluk bertanduk rupa macam mana tu sedang bersuka ria. Kalau tidak istighfar banyak-banyak. Eh. Rugi juga kalau macam tu. Tak dapatlah balik cepat nak jumpa mak abah kat rumah. 

Sampai di stesen komuter Seksyen 19 dalam jam 7:10pm. Kebetulan sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Shah Alam dan sekitarnya (iklan sebentar) dan masih ada wudhu, saya mencari surau dan menunaikan tanggungjawab pada Maha Esa. Benar seperti yang dikata oleh pensyarah Islamic Ethics semasa degree dahulu. Solat, memang harus dilakukan dengan sepenuh hati, khusyuk.   Tetapi, walau apa jua keadaan: sedih, kelam kabut, marah; jika didirikan solat itu, akan dirasakan sedikit ketenangan walau peratus khusyuk itu berkurangan. 

Perancangan Allah SWT begitu cantik. Saat sampai di platform seberang, tidak perlu menunggu begitu lama, kelihatan koc komuter tiba. Tidak begitu penuh, tidak memerlukan skill berdiri menahan kaki seperti selalu dan dapat tempat duduk. Alhamdulillah.

Saya tersenyum kembali saat menjejakkan kaki di stesen Bangi. Saat terlihat kelibat kereta mama sedang menunggu anaknda beliau ini, hati melonjak riang. Alaa..macam budak nak balik dari sekolah la “Yeay..yeay..mama datang. Yeay..yeay mama datang”. 

Istighfar. Diam. Berfikir.

Beberapa perkara yang mungkin boleh di ‘highlight’ kan di sini. Kaunselor pun manusia biasa. Emosi datang juga pergi.

       Peringkat 1: Diam. Berfikir. Istighfar.

Cuba hadam apa yang disampaikan.Mungkin kesilapan itu beberapa peratus dari diri kita sendiri tanpa kita sedar. Recollect your thoughts, omputeh kata la. Kalau di ngomel, bebel, sumpah pun tak selesai masalah. Kalau rasa nak menangis, menagislah sebab ia akan melegakan sedikit hati yang sedang berbolak balik. Tapi jangan lah sampai meratap. Malu di lihat oang.

        Peringkat 2: “Ingatlah dengan mengingati Allah hati-hati kan menjadi tenang”.

Marah itu api. Syaitan diciptakan daripada bahan panas itu. Padamkan ia dengan wudhu, solatlah. Insya Allah ketenangan akan datang. Doa, zikir, selawat. Walau tengah berjalan.

      Peringkat 3: “A friend in need, a friend in deed”.

Cari sahabat baik yang boleh membantu. Telefon. Atau mesej. Nak jumpa la tu juga, payah. Sekurang-kurangknya yang boleh memberi kata-kata semangat untuk bangkit kembali, meneruskan perjalanan hingga mencapai apa yang diimpi.

Yang tidak dapat dihubungi, saya cuba membayangkan apa perbualan/ kata-kata yang pernah diborak hingga membuatkan saya tersenyum.

        Peringkat 4: Pandanglah wajah ibubapa, sesungguhnya ada ketenangan di situ.

Memandang wajah kedua-dua ibubapa banyak pahalanya. Benar. Bila bersama dengan mereka, walau tidak terungkap satu patah kata, hati rasa sejuk. Seperti yang dikatakan di atas, nampak kereta milik mama pun sudah rasa cukup gembira. Yang sudah besar panjang macam ini tetap dilayan seperti anak kecil. Memujuk bertanya “Nak makan apa?” “Sihat ke tidak tu.”

Ujian dan dugaan bukanlah penghalang. Bukanlah penghabisan pada sebuah episode kehidupan. Ujian diberikan untuk mengukur sejauh mana kita boleh bertahan. Ujian untuk menguji tahap keimanan. Apa yang akan dilakukan seadandainya berada dalam keadaan genting. Merapatkan diri kepada Yang Maha Kuasa atau ujian itu membuatkan kita semakin jauh. Putus asa. Usah. Perjalanan masih jauh.

Mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.

Sunday, August 4, 2013

Resipi: Homemade Ice Cream

Bismillahirahmanirahim,

Perisa Mint Chocolate Chips & Vanilla Coconut

Dalam beberapa bulan lepas , saya ada cuba untuk membuat sendiri aiskrim. Orang mesti cakap "Kat kedai kan ada banyak jual". " Tak larat nak menapak pergi kedai runcit, tunggu je la pakcik jual asikrim lalu". Oh...siapa boleh lupa lagu Paddle Pop ataupun Mat Kool petang-petang kan. Teringat masa Darjah 1 dulu kat Al-Amin Keramat. Habis sekolah, keluar ke lorong belakang dengan kawan-kawan cari aiskrim "20sen". Rambang mata dan tekak juga la bila tengok perisa yang ada. Sekarang tak pasti pula berapa harga yang dijual. Masa di Istanbul tahun lepas, seminggu duduk sana, hampir hari-hari juga la cari 'Turkish Ice Cream". Err.. tak sedar cuaca sejuk telan juga.

Bila buat sendiri, jimat pun jimat. Boleh buat banyak mana ikut sukatan yang kita nak tanpa perlu keluarkan banyak belanja. Mungkin bahan-bahan dah pun ada di rak kat dapur tu. Lagipun, Insya Allah terjamin kebersihan dan bahan yang digunakan bila dibuat sendiri.

Tanya resipi kat Encik Google,  cari resipi yang paling mudah dan tak guna terlalu banyak bahan. Maka, dengan ini saudara saudari yang budiman, kat sini, saya kongsikan resipi yang saya gunakan (lupa dah sumber asal tapi saya adjust sedikit).

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 tin kecil (dalam 1 cawan setengah) susu pekat. (Kalau tak nak manis sangat, boleh dikurangkan)
1 liter heavy cream
3/4 cawan gula pasir
Perisa yang digemari (Vanilla essence, peppermint flavour etc. Tapi jangan taruk banyak sangat. Takut pahit)
Boleh juga kalau hendak tambah kacang, buah-buahan yang digemari. Lagi sedap.

Cara-cara pembuatan:

1) Pukul heavy cream + gula pasir hingga kembang.
2) Masukkan perisa yang digemari dan kacau rata. Boleh dibahagi-bahagikan ke dalam bekas berasingan kalau nak buat banyak perisa.
3) Tutup rapat-rapat bekas tersebut dan simpan dalam peti ais semalaman. Omputeh kata 'overnight'. Ikut peti ais juga. Ada yang boleh beku cepat, ada yang lambat.
4) Dah siap, boleh ambil mangkuk dan sudu, ceduk pastu makan. Jangan lupa baca Bismillah dulu.

Oh. Lupa nak bagi tahu. Resipi ni boleh hasilkan lebih kurang 1 tub bekas aiskirim yang bersaiz standard. 1-1.5 liter macam tu la.

Selamat mencuba. Selamat berimaginasi cari perisa. Manalah tahu nanti boleh buat bisnes aiskrim sendiri.




Tuesday, March 5, 2013

Umrah 2013: "Suami ada?"



Bismillahirahmanirahim...

Terpinga-pinga saya bila diajukan soalan tersebut oleh pak Arab kedai. “Suami ada?” saat saya sedang memilih jubah untuk dibeli. Huh? Apa kes pak Arab ni.  Ok. Cepat-cepat saya menangkap maksud beliau...macam kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap “Ulat bulu dah nak daun”. Scary juga la terutama bila berada di bumi asing.
Jawab saya: “Mana ntah dia pergi jalan”. Lantas saya terus keluar dari kedai selepas membuat pembayaran.

Di ajukan juga soalan hampir serupa di beberapa kedai. Apa hal la pak-pak Arab ni. Ada yang saya jawab”Ooo..ada. Dia kat Malaysia”. Pastikan anda menjawab dengan muka konfiden ya kalau terkena. 

Tak pa pak syeikh. Nanti Insya Allah bila saya dah ada suami dan keluarga sendiri nanti saya datang lagi Makkah bawa suami dan anak-anak saya. Kalau tanya, saya tunjuk.

Bila mahu menaiki teksi juga (terutama kaum wanita) harus lebih berhati-hati. Jika mahu masuk ke perut teksi, pastikan kaum Adam (bapak, abang, suami) yang masuk terlebih dahulu. Bila dah sampai ke destinasi pula, anda kaum Hawa yang keluar terlebih dahulu dari teksi tersebut. Kenapa? Sebab ada pernah terjadi yang dilarikan dan berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.

Sekadar peringatan dan sedikit panduan bagi kaum wanita yang akan menunaikan umrah/ haji. Berhati-hati. Perbanyakkan doa untuk keselamatan diri.

Mungkin ada logik juga syarat mahram untuk aplikasi visa umrah/ haji diperketatkan.

Thursday, February 28, 2013

Umrah 2013: "Ibu..ibu...jalan...jalan"




Bismillahirahmanirahim...

“Ibu...Ibu..jalan..jalan”. Ok. Itu bukan suara anak apda emak atau suara orang memang bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu atau Indonesia. Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Haram (Makkah dan Madinah), pasti akan terngiang-ngiang laungan ini. Pastinya yang bercakap itu adalah mak guard arab. Menyuruh muslimat supaya cepat-cepat masuk masjid, beratur elok-elok atau pergi ke tandas tingkat bawah kalau tandas dah penuh. Eh. Macam kat sekolah pulak suh kita beratur. Orang memang tengah ramai. Dengar je la cakap depa.

Hebat kan mereka pandai cakap BM?

Kadang depa jerit-jerit “Hajah..hajah...mama...mama”. 

Ok. Jadi nak pi sana, tak payah belajar Bahasa Arab, hafal buku nahu sampai pengsan. Peniaga- peniaga kat sana dah reti cakap basic Malay phrases. 

Teringat ada suatu ketika di hadapan Masjid Nabawi, saya dan ibu ingin bertanyakan tentang harga jubah yang dijual...tanya dalam Bahasa Arab “Kam?”. Tiada respon. Pusing-pusing tengok barang jualan dia, kami bertanya sekali lagi, dalam Bahasa Melayu “Berapa harga?”. Baru la pak cik Arab tu toleh dan jawab pertanyaan kami.

Oh ya. Bangga juga la sebab Bahasa Melayu juga diantara bahasa utama yang digunakan untuk beberapa perkara. Contoh:


  1. Beg plastik kasut yang disediakan di Masjidil Haram. Adalah bubuh Arabic, Turkish juga. Tapi BM dia kelakar sikit “Pastikan untuk kamu”. Should’nt it be “Pastikan milik kamu”.
  2. Banner di kawasan Raudhah di Masjid Nabawi. Juga BM tersenarai antara bahasa utama disitu.
  3. Tali divider untuk asingkan row/ saf solat. Ada juga BM.

Tetapi, penting dan berguna juga kalau kita tahu perkataan dan ‘phrases’ asas Bahasa Arab. Sebagai contoh situasi ini yang saya hadapi ketika di bazaar baju di Makkah. Masuk kedai, pekedai tu cakap “Ha...Melayu. Masuk...masuk. Saya bagi murah”. Saya pun bertanya pada beliau akan satu jubah yang saya minati. Beliau menjawab “40 Riyal”. Tak lama lepas tu, ada makcik Turki masuk tanya harga jubah yang sama. Pakcik kedai jawab dalam Arabic “Siteen riyal” ataupun dalam BM nya “Enam Puluh riyal”. Tahu la sikit-sikit apa yang diorang borak. Berapa diorang jual barang.

Basic Arabic pharase juga berguna kot-kot jumpa orang Arab yang tak tahu langsung BM.

Wednesday, January 30, 2013

Nak Sambung Ke Tidak? Nak Sambung Ke Tidak: Part 1.



Bismillahirahmanirahim

Beberapa orang sahabat dan adik-adik junior beberapa kali menyatakan hasarat mereka untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan sebagainya. Saya bukan lah seorang the ‘cream of the pie’ tapi sekadar berkongsi beberapa tips dan perkara penting mengikut pengalaman peribadi terutama sepanjang pengajian Masters saya di UIAM. (Disclaimer: Tidak mewakili pandangan/ kenyataan rasmi mana-mana pihak atau institusi)




Bersedia untuk Satu Lagi Perjalanan dan Pengalaman Bersama Buku- Buku Tebal?
Perlukah Saya Menyambung Pengajian Saya?

Masters? Postgraduate Diploma? PhD? Macam seronok je kan tengok sahabat-sahabat kita naik semula ke pentas konvo dengan jubah konvo belang dua (Masters) dan belang 3 (PhD). Tambah koleksi frame. Dapat bunga dan coklat lagi. Tapi, adakah hasrat menyambung pengajian semata-mata untuk menambah koleksi gambar konvo di dinding rumah atau...? 

Mungkin, jika anda seorang tutor atau pensyarah di kolej atau IPT, anda berkemungkinan akan diminta oleh pihak tempat anda mengajar untuk menyambung pengajian. Lain intitusi mungkin mempunyai polisi yang berbeza- bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan Masters dan PHD untuk berkhidmat di tempat mereka (atau tempat anda bekhidmat sekarang).

Terpulang. Bagi saya, seronok dapat peluang belajar perkara baru. Yang penting, niat kita kerana Allah SWT. 

Bila Masa Yang Sesuai?

Ada yang memilih untuk meneruskan pengajian sejurus menamatkan pengajian Degree, ada yang mungkin akan berkata “Kerja dahulu la” baru mengambil keputusan untuk menyambung kembali pengajian.

Pada pandangan peribadi saya, bagi yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan (bidang lain pun saya rasa ada keperluan juga), semoleknya, anda mempunyai sedikit pengalaman bekerja atau terlibat dalam bidang tersebut. Jadi cikgu ganti sekejap pun ada manfaat. Alasan saya...apa yang anda pelajari   (teori) adalah mungkin  berbeza dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. 

Nak sambung terus tanpa pengalaman kerja pun boleh juga tapi harus pro aktif membaca dan mencari maklumat semasa sepanjang tempoh pengajian.

Institusi Mana? Dekat Mana Nak Sambung?

UIA? UKM? USM? UUM? UITM? Luar Negara? Anda mungkin boleh terlebih dahulu merujuk laman web rasmi IPT dan kolej (atau pergi sendiri / email untuk minta prospektus) untuk melihat program apa yang ditawarkan, struktur program, yuran, dan sebagainya. Sebagai tambahan, boleh mencari senior, ahli keluarga dan kenalan yang lain untuk bertanya kan pada mereka tentang pengalaman belajar/ menyambung pengajian di insitusi mereka.

Bidang?

Ada yang akan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama dengan Ijazah Sarjana Muda (Degree) mereka. Saya pasti juga ada yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza. Di kuliah saya ada seorang sahabat yang semasa degree beliau mengambil Kejuruteraan tetapi memilih untuk mengambil bidang Pendidikan pada peringkat pengajian MA beliau.

Di INSTED (Kuliyyah Pendidikan) UIAM contohnya, jika pengajian anda sebelum ini bukan dalam bidang pendidikan, anda akan diminta untuk mengambil beberapa subjek (Pre Requirement Courses). Tidak rugi pun walaupun mungkin ada yang melihat sebagai mengambil masa/ perancangan pengajian.

Yuran? Perbelanjaan?

Ada teman yang mendapat tajaan dari tempat mereka berkhidmat, JPA, MARA, PTPTN. Oh ya. Kementerian Pengajian Tinggi juga ada menyediakan dana yang dipanggil MyBRAIN. Sekurang-kurangnya untuk pembayaran yuran. 

Full time? Part Time?

Perkara ini bergantung pada situasi anda. Ada syarikat/ majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk mengambil cuti beberapa tahun/ tempoh untuk menyambung pengajian. Nah. Di sini anda boleh menggunakan peluang untuk menumpukan perhatian pada pengajian tanpa perlu memikirkan tentang kerja untuk beberapa tempoh. Jika majikan anda tidak membenarkan anda untuk mengambil cuti, boleh memilih ‘part-time mode’ tetapi anda perlu kuat, bijak untuk membahagikan masa. Kalau yang sudah berkeluarga, apatah lagi. 

Pelajar full time di benarkan untuk mengambil sehingga 15 credit hours setiap semester manakala pelajar yang mengikuti pengajian secarat separuh masa (part-time) dibenarkan untuk mengambil sehingga 9 credit hours setiap semester.

Thesis? Coursework?

Mode pengajian Masters saya tika ini ialah Full Time (Course Work + Thesis). Eh? Apa beza kalau ambil coursework sahaja? Atau ambil Thesis sahaja? 
 
Coursework merujuk pada pengajian di dalam kelas bersama pensyarah atau tutor. Kalau anda memilih Coursework- only mode, anda hanya perlu mengikuti kelas dan membuat mini paper/ directed research (DR) dan menambah 1 lagi subjek elektif+ menduduki Comprehensive Examination.

Jika ada yang berminat untul memilih mode pengajian seperti saya (Coursework+ Thesis), anda dikehandaki untuk mengikuti kelas pengajian seperti biasa tetapi perlu untuk membuat thesis/ dissertation (keperluan patah perkataan, muka surah etc). Tidak perlu ambil subjek elektif tambahan atau menduduki Comprehensive Examination (Yipeeee). Tetapi...anda harus kuat semangat untuk mengahadap computer, buku, pelbagai artikel, journal untuk menyiapkan dissertation anda (akan di terangkan dalam enrti akan datang, Insya Allah).