Bismillahirahmanirahim
Beberapa orang sahabat dan adik-adik junior beberapa kali
menyatakan hasarat mereka untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan
sebagainya. Saya bukan lah seorang the ‘cream of the pie’ tapi sekadar
berkongsi beberapa tips dan perkara penting mengikut pengalaman peribadi terutama sepanjang pengajian Masters saya di UIAM.
(Disclaimer: Tidak mewakili pandangan/ kenyataan rasmi mana-mana pihak atau
institusi)
Bersedia untuk Satu Lagi Perjalanan dan Pengalaman Bersama Buku- Buku Tebal?
Perlukah Saya Menyambung Pengajian Saya?
Masters? Postgraduate Diploma? PhD? Macam seronok je kan
tengok sahabat-sahabat kita naik semula ke pentas konvo dengan jubah konvo
belang dua (Masters) dan belang 3 (PhD). Tambah koleksi frame. Dapat bunga dan
coklat lagi. Tapi, adakah hasrat menyambung pengajian semata-mata untuk
menambah koleksi gambar konvo di dinding rumah atau...?
Mungkin, jika anda seorang tutor atau pensyarah di kolej
atau IPT, anda berkemungkinan akan diminta oleh pihak tempat anda mengajar
untuk menyambung pengajian. Lain intitusi mungkin mempunyai polisi yang
berbeza- bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan Masters dan PHD
untuk berkhidmat di tempat mereka (atau tempat anda bekhidmat sekarang).
Terpulang. Bagi saya, seronok dapat peluang belajar perkara
baru. Yang penting, niat kita kerana Allah SWT.
Bila Masa Yang Sesuai?
Ada yang memilih untuk meneruskan pengajian sejurus
menamatkan pengajian Degree, ada yang mungkin akan berkata “Kerja dahulu la”
baru mengambil keputusan untuk menyambung kembali pengajian.
Pada pandangan peribadi saya, bagi yang berminat untuk
menyambung pengajian dalam bidang pendidikan (bidang lain pun saya rasa ada
keperluan juga), semoleknya, anda mempunyai sedikit pengalaman bekerja atau
terlibat dalam bidang tersebut. Jadi cikgu ganti sekejap pun ada manfaat.
Alasan saya...apa yang anda pelajari
(teori) adalah mungkin berbeza
dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar.
Nak sambung terus tanpa pengalaman kerja pun boleh juga tapi
harus pro aktif membaca dan mencari maklumat semasa sepanjang tempoh pengajian.
Institusi Mana? Dekat Mana Nak Sambung?
UIA? UKM? USM? UUM? UITM? Luar Negara? Anda mungkin boleh
terlebih dahulu merujuk laman web rasmi IPT dan kolej (atau pergi sendiri /
email untuk minta prospektus) untuk melihat program apa yang ditawarkan,
struktur program, yuran, dan sebagainya. Sebagai tambahan, boleh mencari
senior, ahli keluarga dan kenalan yang lain untuk bertanya kan pada mereka
tentang pengalaman belajar/ menyambung pengajian di insitusi mereka.
Bidang?
Ada yang akan memilih untuk menyambung pengajian dalam
bidang yang sama dengan Ijazah Sarjana Muda (Degree) mereka. Saya pasti juga
ada yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza. Di
kuliah saya ada seorang sahabat yang semasa degree beliau mengambil
Kejuruteraan tetapi memilih untuk mengambil bidang Pendidikan pada peringkat
pengajian MA beliau.
Di INSTED (Kuliyyah Pendidikan) UIAM contohnya, jika
pengajian anda sebelum ini bukan dalam bidang pendidikan, anda akan diminta
untuk mengambil beberapa subjek (Pre Requirement Courses). Tidak rugi pun
walaupun mungkin ada yang melihat sebagai mengambil masa/ perancangan
pengajian.
Yuran? Perbelanjaan?
Ada teman yang mendapat tajaan dari tempat mereka
berkhidmat, JPA, MARA, PTPTN. Oh ya. Kementerian Pengajian Tinggi juga ada
menyediakan dana yang dipanggil MyBRAIN. Sekurang-kurangnya untuk pembayaran
yuran.
Full time? Part Time?
Perkara ini bergantung pada situasi anda. Ada syarikat/
majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk mengambil cuti beberapa tahun/
tempoh untuk menyambung pengajian. Nah. Di sini anda boleh menggunakan peluang
untuk menumpukan perhatian pada pengajian tanpa perlu memikirkan tentang kerja
untuk beberapa tempoh. Jika majikan anda tidak membenarkan anda untuk mengambil
cuti, boleh memilih ‘part-time mode’ tetapi anda perlu kuat, bijak untuk
membahagikan masa. Kalau yang sudah berkeluarga, apatah lagi.
Pelajar full time di benarkan untuk mengambil sehingga 15
credit hours setiap semester manakala pelajar yang mengikuti pengajian secarat
separuh masa (part-time) dibenarkan untuk mengambil sehingga 9 credit hours
setiap semester.
Thesis? Coursework?
Mode pengajian Masters saya tika ini ialah Full Time (Course
Work + Thesis). Eh? Apa beza kalau ambil coursework sahaja? Atau ambil Thesis
sahaja?
Coursework merujuk pada pengajian di dalam kelas bersama
pensyarah atau tutor. Kalau anda memilih Coursework- only mode, anda hanya
perlu mengikuti kelas dan membuat mini paper/ directed research (DR) dan menambah
1 lagi subjek elektif+ menduduki Comprehensive Examination.
Jika ada yang berminat untul memilih mode pengajian seperti
saya (Coursework+ Thesis), anda dikehandaki untuk mengikuti kelas pengajian
seperti biasa tetapi perlu untuk membuat thesis/ dissertation (keperluan patah perkataan,
muka surah etc). Tidak perlu ambil subjek elektif tambahan atau menduduki Comprehensive Examination (Yipeeee). Tetapi...anda harus kuat semangat untuk
mengahadap computer, buku, pelbagai artikel, journal untuk menyiapkan
dissertation anda (akan di terangkan dalam enrti akan datang, Insya Allah).
5 comments:
Oh how I wish this was in English :3 choosing the univ, the coursework/thesis and furthering your studies and making the right choices, I should start learning Malay quickly :D
MasyaAllah..interesting sis! I am thinking of working then only further study. Can`t wait for next entry :)
Luna Tsuki: You should learn BM soon :)
Anon: Insya ALLAH will update new entry soon as I can
salam sy nak tnye..kalo bukan ex student UIA nk apply master mesti seat for test B. Arab ke?sbb dlm application form mcm ade yuran utk english & arabic placement test..
salam..nak tnya..kalau nak apply master di uia, wajib amik dan lulus ielts/toefl dulu sebelum apply ke? tq..:)
Post a Comment