Bismillahirahmanirahim...
Tanggal 13 Januari 2013/ Khamis...dikejutkan dengan khabar
pemergian seorang sahabat rapat yang tercinta, Kak Nurul Hafiza Said atau saya
memanggil beliau Kak Fiza. Terkebil-kebil saat ‘scroll’ wall di FB. Beberapa
teman menyatakan ucapan takziah pada pihak keluarga Kak Fizah. Agak terlewat
sedikit baru berita tersebut tiba ke pengetahuan saya. Malam. Beliau
menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 12:30 tenghari dengan asbab
penyakit S.L.E yang sudah beberapa tempoh beliau hidapi.
Satu persatu memori bersama Kak Fizah menerjah ke dalam
fikiran.
Tipu untuk saya katakana saya tidak berasa sekelumit
perasaan sedih. Seorang sahabat, seorang kakak yang sangat baik, sangat solehah
budi pekerti. Mengenali beliau tika pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi di
UIAM. Tidak begitu mengingati bagaimana persahabatan ini boleh bermula dan
seterusnya merapatkan ukhuwah kami.
2 tahun. 2 tahun yang lalu. Saat terakhir saya bertemu
dengan beliau ketika majlis konvokesyen kami pada tahun 2010. Belek-belek komputer,
terjumpa beberapa keping gambar kami di hari tersebut.
Arwah Kak Fizah yang memegang handbag putih disebelah saya.
Fikiran saya melayang lagi...membawa saya ke saat beliau dan
saya berada di kelas yang sama. LE 4000/ EOP....English For Occupational
Purposes. Kami berada dalam kumpulan tugasan yang sama. Coklat. Menjadi ‘produk’
pilihan untuk kami promosikan untuk ‘syarikat’. Masih saya ingat, kami
dijadualkan untuk membuat pembentangan pada malam Isnin dan tanpa dirancang,
esok harinya (Selasa) saya dijadualkan untuk menjalani rawatan kecederaan
tulang belakang saya. Tenghari Isnin itu, masih di hospitalsetelah keluar dari bilik konsultasi bersama doktor pakar, saya terus
memaklumkan pada kak Fiza untuk meneruskan pembentangan malam itu tanpa
kehadiran saya kerana perlu mula bermalam di wad mulai malam itu juga.
Aah..sungguh saya rasa bersalah.
Bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga,
pastinya mengimpikan kehadiran anak sebagai penyeri namun, Allah Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Anak sulung beliau ‘dipinjamkan’
untuk tempoh 36-37 minggu dalam kandungan sebelum dipanggil untuk menemui Sang
Pencipta kembali. Antara kiriman SMS arwah kepada saya saat itu, beliau tabah
menerima perkhabaran tersebut. Kesabaran..penantian Kak Fizah dihadiahkan
dengan anugerah terindah tidak beberapa kemudian. Kehadiran Muaz sudah pastinya
mewarnai kehidupan kak Fizah dan suami.
Ya. Helmet merah yang saya juga akan menjadi kenangan saya
bersama kak Fizah kerana dengan helmet itulah saya akan gunakan saat menumpang
motor beliau untuk pulang ke kolej hampir setiap hari usai tamatnya kuliah
kami.
Benar. Orang berkata “Usah dikenang yang sudah tiada” namun
sahabat sebaik Kak Fizah memang sukar dicari ganti.
Moga Allah SWT mengirimkan ketabahan dan kesabaran buat
seluruh ahli keluarga Kak Fizah.
No comments:
Post a Comment