Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 30, 2013

Nak Sambung Ke Tidak? Nak Sambung Ke Tidak: Part 1.



Bismillahirahmanirahim

Beberapa orang sahabat dan adik-adik junior beberapa kali menyatakan hasarat mereka untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan sebagainya. Saya bukan lah seorang the ‘cream of the pie’ tapi sekadar berkongsi beberapa tips dan perkara penting mengikut pengalaman peribadi terutama sepanjang pengajian Masters saya di UIAM. (Disclaimer: Tidak mewakili pandangan/ kenyataan rasmi mana-mana pihak atau institusi)




Bersedia untuk Satu Lagi Perjalanan dan Pengalaman Bersama Buku- Buku Tebal?
Perlukah Saya Menyambung Pengajian Saya?

Masters? Postgraduate Diploma? PhD? Macam seronok je kan tengok sahabat-sahabat kita naik semula ke pentas konvo dengan jubah konvo belang dua (Masters) dan belang 3 (PhD). Tambah koleksi frame. Dapat bunga dan coklat lagi. Tapi, adakah hasrat menyambung pengajian semata-mata untuk menambah koleksi gambar konvo di dinding rumah atau...? 

Mungkin, jika anda seorang tutor atau pensyarah di kolej atau IPT, anda berkemungkinan akan diminta oleh pihak tempat anda mengajar untuk menyambung pengajian. Lain intitusi mungkin mempunyai polisi yang berbeza- bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan Masters dan PHD untuk berkhidmat di tempat mereka (atau tempat anda bekhidmat sekarang).

Terpulang. Bagi saya, seronok dapat peluang belajar perkara baru. Yang penting, niat kita kerana Allah SWT. 

Bila Masa Yang Sesuai?

Ada yang memilih untuk meneruskan pengajian sejurus menamatkan pengajian Degree, ada yang mungkin akan berkata “Kerja dahulu la” baru mengambil keputusan untuk menyambung kembali pengajian.

Pada pandangan peribadi saya, bagi yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan (bidang lain pun saya rasa ada keperluan juga), semoleknya, anda mempunyai sedikit pengalaman bekerja atau terlibat dalam bidang tersebut. Jadi cikgu ganti sekejap pun ada manfaat. Alasan saya...apa yang anda pelajari   (teori) adalah mungkin  berbeza dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. 

Nak sambung terus tanpa pengalaman kerja pun boleh juga tapi harus pro aktif membaca dan mencari maklumat semasa sepanjang tempoh pengajian.

Institusi Mana? Dekat Mana Nak Sambung?

UIA? UKM? USM? UUM? UITM? Luar Negara? Anda mungkin boleh terlebih dahulu merujuk laman web rasmi IPT dan kolej (atau pergi sendiri / email untuk minta prospektus) untuk melihat program apa yang ditawarkan, struktur program, yuran, dan sebagainya. Sebagai tambahan, boleh mencari senior, ahli keluarga dan kenalan yang lain untuk bertanya kan pada mereka tentang pengalaman belajar/ menyambung pengajian di insitusi mereka.

Bidang?

Ada yang akan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama dengan Ijazah Sarjana Muda (Degree) mereka. Saya pasti juga ada yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza. Di kuliah saya ada seorang sahabat yang semasa degree beliau mengambil Kejuruteraan tetapi memilih untuk mengambil bidang Pendidikan pada peringkat pengajian MA beliau.

Di INSTED (Kuliyyah Pendidikan) UIAM contohnya, jika pengajian anda sebelum ini bukan dalam bidang pendidikan, anda akan diminta untuk mengambil beberapa subjek (Pre Requirement Courses). Tidak rugi pun walaupun mungkin ada yang melihat sebagai mengambil masa/ perancangan pengajian.

Yuran? Perbelanjaan?

Ada teman yang mendapat tajaan dari tempat mereka berkhidmat, JPA, MARA, PTPTN. Oh ya. Kementerian Pengajian Tinggi juga ada menyediakan dana yang dipanggil MyBRAIN. Sekurang-kurangnya untuk pembayaran yuran. 

Full time? Part Time?

Perkara ini bergantung pada situasi anda. Ada syarikat/ majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk mengambil cuti beberapa tahun/ tempoh untuk menyambung pengajian. Nah. Di sini anda boleh menggunakan peluang untuk menumpukan perhatian pada pengajian tanpa perlu memikirkan tentang kerja untuk beberapa tempoh. Jika majikan anda tidak membenarkan anda untuk mengambil cuti, boleh memilih ‘part-time mode’ tetapi anda perlu kuat, bijak untuk membahagikan masa. Kalau yang sudah berkeluarga, apatah lagi. 

Pelajar full time di benarkan untuk mengambil sehingga 15 credit hours setiap semester manakala pelajar yang mengikuti pengajian secarat separuh masa (part-time) dibenarkan untuk mengambil sehingga 9 credit hours setiap semester.

Thesis? Coursework?

Mode pengajian Masters saya tika ini ialah Full Time (Course Work + Thesis). Eh? Apa beza kalau ambil coursework sahaja? Atau ambil Thesis sahaja? 
 
Coursework merujuk pada pengajian di dalam kelas bersama pensyarah atau tutor. Kalau anda memilih Coursework- only mode, anda hanya perlu mengikuti kelas dan membuat mini paper/ directed research (DR) dan menambah 1 lagi subjek elektif+ menduduki Comprehensive Examination.

Jika ada yang berminat untul memilih mode pengajian seperti saya (Coursework+ Thesis), anda dikehandaki untuk mengikuti kelas pengajian seperti biasa tetapi perlu untuk membuat thesis/ dissertation (keperluan patah perkataan, muka surah etc). Tidak perlu ambil subjek elektif tambahan atau menduduki Comprehensive Examination (Yipeeee). Tetapi...anda harus kuat semangat untuk mengahadap computer, buku, pelbagai artikel, journal untuk menyiapkan dissertation anda (akan di terangkan dalam enrti akan datang, Insya Allah).

5 comments:

a said...

Oh how I wish this was in English :3 choosing the univ, the coursework/thesis and furthering your studies and making the right choices, I should start learning Malay quickly :D

Anonymous said...

MasyaAllah..interesting sis! I am thinking of working then only further study. Can`t wait for next entry :)

Humaira Xai said...

Luna Tsuki: You should learn BM soon :)
Anon: Insya ALLAH will update new entry soon as I can

Anonymous said...

salam sy nak tnye..kalo bukan ex student UIA nk apply master mesti seat for test B. Arab ke?sbb dlm application form mcm ade yuran utk english & arabic placement test..

Anonymous said...

salam..nak tnya..kalau nak apply master di uia, wajib amik dan lulus ielts/toefl dulu sebelum apply ke? tq..:)