Bismillahirahmanirahim..
Baam! Bagaikan bom berbutir-butir jatuh saat telefon merah
nipis berbunyi jam 6:40 pm Jumaat lalu. Dalam hati: “Siapa pula telefon
maghrib-maghrib gini?”. Tidak perasan nombor yang keluar di skrin terus sahaja
saya tekan ruangan ‘answer’. Berkaitan hal kertas kajian yang sudah masuk
fasa-fasa akhir pembetulan. Kebetulan waktu itu dalam perjalanan ke stesen
komuter untuk pulang ke teratak di Bangi. 3 orang yang terdekat menelefon untuk
pujuk, bagi kata-kata semangat. Bila dirujuk semula kepada supervisor dan pihak
UIA, boleh selesai pun rupanya. Ok. Saya yang emosi lebih. Apakah ini semua? Perubahan
hormon mungkin saat usia nak meningkat...agaknya.
Bila difikirkan semula...kalau kurang sifat sabar dalam diri
saya waktu itu, macam-macam yang kurang masuk akal saya buat. Mungkin mulut
saya akan terus-terusan mengomel. Mungkin akan masuk balik dalam pejabat,duduk
diam-diam, biarkan teksi yang sudah ditempah balik dan cari penumpang lain. Astaghfirullahal
Azim. Dah senja. Memang makhluk-makhluk bertanduk rupa macam mana tu sedang
bersuka ria. Kalau tidak istighfar banyak-banyak. Eh. Rugi juga kalau macam tu.
Tak dapatlah balik cepat nak jumpa mak abah kat rumah.
Sampai di stesen komuter Seksyen 19 dalam jam 7:10pm.
Kebetulan sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Shah Alam dan sekitarnya
(iklan sebentar) dan masih ada wudhu, saya mencari surau dan menunaikan
tanggungjawab pada Maha Esa. Benar seperti yang dikata oleh pensyarah Islamic
Ethics semasa degree dahulu. Solat, memang harus dilakukan dengan sepenuh hati,
khusyuk. Tetapi, walau apa jua keadaan:
sedih, kelam kabut, marah; jika didirikan solat itu, akan dirasakan sedikit
ketenangan walau peratus khusyuk itu berkurangan.
Perancangan Allah SWT begitu cantik. Saat sampai di platform
seberang, tidak perlu menunggu begitu lama, kelihatan koc komuter tiba. Tidak
begitu penuh, tidak memerlukan skill berdiri menahan kaki seperti selalu dan dapat
tempat duduk. Alhamdulillah.
Saya tersenyum kembali saat menjejakkan kaki di stesen Bangi.
Saat terlihat kelibat kereta mama sedang menunggu anaknda beliau ini, hati
melonjak riang. Alaa..macam budak nak balik dari sekolah la “Yeay..yeay..mama
datang. Yeay..yeay mama datang”.
Istighfar. Diam. Berfikir.
Beberapa perkara yang mungkin boleh di ‘highlight’ kan di
sini. Kaunselor pun manusia biasa. Emosi datang juga pergi.
Peringkat 1: Diam. Berfikir. Istighfar.
Cuba hadam apa yang disampaikan.Mungkin
kesilapan itu beberapa peratus dari diri kita sendiri tanpa kita sedar.
Recollect your thoughts, omputeh kata la. Kalau di ngomel, bebel, sumpah pun
tak selesai masalah. Kalau rasa nak menangis, menagislah sebab ia akan melegakan
sedikit hati yang sedang berbolak balik. Tapi jangan lah sampai meratap. Malu
di lihat oang.
Peringkat 2: “Ingatlah dengan mengingati Allah
hati-hati kan menjadi tenang”.
Marah itu api. Syaitan diciptakan daripada
bahan panas itu. Padamkan ia dengan wudhu, solatlah. Insya Allah ketenangan
akan datang. Doa, zikir, selawat. Walau tengah berjalan.
Peringkat 3: “A friend in need, a friend in deed”.
Cari sahabat baik yang boleh membantu.
Telefon. Atau mesej. Nak jumpa la tu juga, payah. Sekurang-kurangknya yang
boleh memberi kata-kata semangat untuk bangkit kembali, meneruskan perjalanan
hingga mencapai apa yang diimpi.
Yang tidak dapat dihubungi, saya cuba
membayangkan apa perbualan/ kata-kata yang pernah diborak hingga membuatkan
saya tersenyum.
Peringkat 4: Pandanglah wajah ibubapa,
sesungguhnya ada ketenangan di situ.
Memandang wajah kedua-dua ibubapa banyak
pahalanya. Benar. Bila bersama dengan mereka, walau tidak terungkap satu patah
kata, hati rasa sejuk. Seperti yang dikatakan di atas, nampak kereta milik mama pun sudah rasa cukup gembira. Yang sudah besar panjang macam ini tetap dilayan seperti
anak kecil. Memujuk bertanya “Nak makan apa?” “Sihat ke tidak tu.”
Ujian dan dugaan bukanlah penghalang. Bukanlah penghabisan
pada sebuah episode kehidupan. Ujian diberikan untuk mengukur sejauh mana kita
boleh bertahan. Ujian untuk menguji tahap keimanan. Apa yang akan dilakukan
seadandainya berada dalam keadaan genting. Merapatkan diri kepada Yang Maha
Kuasa atau ujian itu membuatkan kita semakin jauh. Putus asa. Usah. Perjalanan
masih jauh.
Mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.
1 comment:
dan sebenarnya.. Nikmat itu sendiri adalah ujian... :D
Post a Comment