Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 9, 2010

Ghazwul Fikri mereka yang telah berjaya

Bismillahirahmanirahim...

Baru-baru ini, dunia telah dikejutkan dengan berita serangan/ kepungan terhadap kapal misi bantuan ke Palestin. Alhamdulillah delegasi Malaysia telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing...termasuk bapa mertua kepada sahabatku. Menurut salah seorang wartawan yang mengikut misi tersebut, walaupun ekpedisi mereka itu kelihatan tidak berjaya, namun masyarakat dunia mengetahui akan kekejaman pihak regim Israel.

Sering dihebahkan kepada kita agar memboikot apa sahaja produk hasil ciptaan dan inovasi mereka. Boleh. Sebanyak yang mungkin. Tetapi tidak salah kan kita menggunakan produk mereka untuk kegunaan kita & penyebaran dakwah Islam? Jangan la pula barang-barang tersebut digunakan untuk melekakan diri kita supaya lalai untuk menunaikan ibadah kepadanya (komputer, telefon etc).

Ayah baru-baru ini berkata, orang Jepun sebelum mereka berjaya mencipta pelbagai jenis gajet dan barangan, mereka bermula dengan menguahsuai barang ciptaan orang lain terlebih dahulu (inovasi & kreativiti). Nah, lihat sahaja sekarang, siapa tidak kenal akan Honda dan Sony? Ku pasti sekurang-kurangnya ada salah satu jenama tersebut di kediaman anda...telefon bimbit atau kereta.

Mungkin kita sebagai umat Islam boleh bermula sedemikian. Alhamdulillah sudah ada produk makanan keluaran ushawan Muslim. Disini, suatu aspek barangan sudah boleh kita boikot. Makanan, ku percaya merupakan faktor utama pembentukan sahsiah dan personaliti diri manusia kerana apa yang kita makan dan minum menjadi sebahagian daripada diri kita. Salah satu tips yang selalu dipesan kepada para ibu dalam penyediaan makanan ialah bacaan selawat dan keikhlasan. Cuba difkirkan. Jikalau tujuan asal pembuatan makan tersebut ialah untuk menghancurkan minda dan pemikiran (termasuk banyaknya penambah perasa, gula, garam), bagaimana pula dengan si konsumer yang hanya mahu mengisi perut yang sedang berkeroncong?

Aspek kedua atau perkara penting yang sentiasa kita perlu ingat untuk 'tinggalkan' (boikot) ialah tingkahlaku kita yang mungkin bertentangan dengan Islam. Pihak di sana mungkin tidak dapat menyerang umat Islam keseluruhannya secara peperangan tetapi mereka telah 'berjaya' menyerang kita secara 'halus' (gazwul fikri-perang minda). Dengan misi "3 S" (SPORT, SEX, SING) mereka, kita dapat melihat pertambahan program dan aktiviti sedemikian di sekeliling kita.

1- Sport:

Contoh terdekat ialah Piala Dunia yang bakal menjengah kurang dari seminggu. Siaranya hingga jam 1 am. Dan tika itu, mata kita sudah mengantuk dan terlupa akan saranan yang selama ini lebih berguna iaitu tahajud/ qiam di sepertiga malam.

Pada waktu luar musim Piala Dunia, perlawanan yang kadangkala melewati waktu Maghrib dan Isyak melalaikan manusia untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Soal pemakaian pemain? Tidak salahkan jika bergiat dalam sukan dengan memakai seluar panjang (bagi lelaki) dan pemakaian yang sempurna (bertudung & tidak menampakkan susuk tubuh) bagi wanita?

"WHAT IS HAPPENING WHEN 22 MEN IS CHASING AFTER 1 BALL"-kata kakak saudara aku

2- Sex:

Iklan produk dan perkhidmatan banyak memaparkan model yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kadangkala jika diperhatikan, tidak ada kaitannya pun model- model tersebut dengan apa yang cuba dijual.

Pergaulan bebas antara dua jantina dan seterusnya menyumbangkan terhadap pertambahan bilangan pembuangan bayi dan pendaftaran anak-anak tidak berbapa di Jabatan Pendaftaran (purata 17,000 setiap bulan).


'Perkahwinan sama jantina'-same sex marriage. Oh. Adakah ini layak dipanggil sebagai perkahwinan? Ianya hanya melawan fitrah suci manusia yang telah dianugerahkan. Pernah diri ini terbaca mengenai kes hubungan sejenis wanita di negara ini dimana mereka ada membela anak angkat. Apa yang bertambah lucu ialah apabila pihak yang menganggap dirinya 'ibu' tidak lupa untuk membacakan kepada si anak itu Al- Qur'an agar dirinya tidak menjadi seperti 'ibu dan ayah'.

3- Sing:


Lihat sahaja pertambahan program berbentuk hiburan yang melalaikan di media. Pergaulan bebas antara dua jantina, melunakkan suara oleh pihak wanita, menangis menagih simpati tanpa sebab yang munasabah dan pembaziran wang untuk penonton mengundi.

Menefastasi mereka juga melalui ilmu yang 'disampaikan' kepada kita. Sebagai seorang bekas pelajar dalam bidang Psikologi, terlalu banyak sumber yang dinyatakan yang diambil dari mereka. Antaranya ialah Sigmund Freud melalui teori ID, EGO, SUPEREGONYA. Dan kebanyakkan tokoh lain yang berasaskan hawa nafsu semata-mata tanpa mengambil kira dan mengambaikan aspek ruh dan spiritual manusia.

Moga drii ini, keluarga, umat Islam terus kuat dan dihindarkan dari segala perkara yang keji dan mungkar.

Rabbana la tuzi' qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah...innaka anta wahab..

Ya Allah, jaganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engakau memberikan petunjuk...

Peringtan buat diriku yang sering lupa..

Monday, June 7, 2010

Ayriss & me

Bismillahirahmanirahim...

Si kecil ini, Ayriss Rihanna, penyeri dan penghibur kala penat membuat persediaan masa kenduri hari tu. Beliau merupakan anak kepada abang saudaraku. Kira anak sedara la ni. Orang nak buat bunga rampai, sibuk dia nak buat sama. Habis semua daun limau dia koyak-koyakkan. Kemudian, dengan geram, aku selit beberapa kuntum bunga kat rambut dia...maafkan acik Mairah ya Ayriss. Tetapi kamu sungguh comel dan menghiburkan. Moga membesar menjadi anak yang solehah!


La Familia...

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah selamat tiba di teratak di Bangi jam 10pm dari Batu Pahat. Dua minggu. Suatu tempoh yang agak lama untuk berjauhan dengan mama & ayah tersayang. Oh… tidak juga dilupakan Mr Oyen yang sudah siap sedia menyambut ketibaan kami dengan ‘miaw-miaw’ nya seperti biasa. Rindu sangat pada si tembam itu.

Sebelum di lupakan. Selamat Pengantin Baru diucapkan buat kedua-dua sepupuku yang telah selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hati masing-masing. Tahniah buat Faizah Azra & Mohd Asrul Ezani (29 Mei) dan juga Nurulain & Mohd Fauwaz Najmi (6 Jun). Barakallahulakuma wa barakah wa jam’ana bainakuma fi khair…

2 minggu. Sengaja aku memilih kampung halaman untuk bersama-sama nenda tercinta, Puan Hjh Salmah dan dua keluarga sepupuku untuk menguruskan hari bahagia mereka. Dari meneman mereka untuk ‘fitting’ baju di butik andaman, mengisi cenderahati ke dalam bekas, hingga berada di sisi mereka hingga saat mereka diijabkabulkan.

Aku teragak-agak ketika mahu menginaikan Faizah & Ain. Tanpa aku sedari, butir-butir mutiara hampir gugur dari kedua kelopak mataku saat tok kadi meminta tanda tangan sepupuku dalam perakuan/ persetujuan nikah. Haih…macam dialah pula nak sedih-sedih ni kan. Masih segar di ingatan tatkala kami membesar dan bermain bersama-sama. Mandi dalam parit depan rumah atok, kacau lembu dan pelbagai perkara lagi di zaman ‘nakal’ dahulu. Alih-alih, sudah memikul satu tanggungjawab yang baru.

Melihat pelbagai persediaan yang dilakukan dan semestinya memerlukan pengeluaran belanja yang bukan sedikit, membuatkan aku terfikir apa yang bakal aku siapkan untuk hari bahagia ku suatu hari nanti. Yang penting, apa yang mama selalu pesan, perbelanjaan untuk kehidupan setelah bergelar suami-isteri itu adalah lebih penting. Dan yang ayah selalu pesan, akan pentingnya ilmu buat bekalan untuk mengemudi bahtera rumahtangga.

Masa-masa yang dihabiskan sepanjang berada di Batu Pahat juga cukup indah kerana aku berpeluang untuk ‘membongkar’ koleksi buku-buku dan majalah masakan milik ibu saudaraku. Dan mana resipi yang berkenan di hati ku salinkan dalam laptop yang sedia menemani ini. Insya Allah masa lapang yang diberikan akan ku isikan untuk mencuba masakan-masakkan tersebut. Hikmah yang diperolehi daripada kesempatan ‘cuti’ yang panjang. Aku berazam dan berdoa agar dikuatkan semangat untuk memberikan suami dan anak-anak makan dari hasil air tangan ku sendiri…amin (‘’,). Pengalaman memasak untuk program adik-adik sekolah pun sudah seronok (juga ketika memerhati mereka menjamahnya) apatah lagi untuk keluarga sendiri kan?

Pagi Selasa yang lalu (1 Jun) ku terima panggilan telefon dari alma mater ku SMIP untuk hadir ke temuduga pada 5 Jun- Sabtu. Namun, setelah berfikir dan bertanya pendapat dari insan di sekeliling, aku terpaksa menolak pelawaan tersebut. Walau jauh di sudut hati aku sangat menginginkan kerja tersebut kerja antara kerjaya yang mungkin membolehkan ku untuk memberikan lebih perhatian kepada keluarga ku kelak.

Hari itu (1 Jun) juga menyaksikan kelahiran seorang lagi mujahid ke dunia ini. Tahniah diucapkan kepada akh Ibrahim Hasan dan kak Husna Zamani atas kehadiran putera sulung seberat 2.9kg tepat jam 4.30pm di Pusat Rawatan Az-Zahrah, Bangi.

Namun, sinar mentari yang terang tidak kan selamanya kekal kerna hujan hujun di penghujung senja. Sekitar jam 12:30 malam 2 Jun, mama menghantar pesanan SMS pada ku bahawa tok ngah Maimunah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam lena di Shah Alam. Innalillahi wa inna ilairajiuun.

Family. It’s all that I can say. Family…it’s all I’ve ever wanted. Family…it’s where I would protect myself from the mad world. Family…it’s who will always make me ‘alive’ whenever I am down.

Ummi Ziyad,
PETRONAS PERMATA, Bangi.
3:05am

Nurulain & Mohd Fauwaz Najmi (6 Jun 2010)



Faizah Azra & Mohd Asrul Ezani (29 Mei 2010)






Saturday, May 22, 2010

Psikologi? Apa tu?

Minggu lalu, telah diri ini ku bawa ,menuju ke Karnival Kerjaya 2010 bertempat di PWTC. Apa yang ingin ku coretkan di sini ialah pengalaman ku dalam misi mendekati dan bertanya di ratusan gerai-gerai majikan yang ada. Mengikut senarai, ada lebih kurang 500 majikan/ syarikat yang mengambil bahagian tetapi disebabkan susunan kelompok tidak membuatkan sepasang kaki bersaiz 3 ½ ini berasa terlalu penat.

Walaupun tangan ini agak penat mengisi borang sebelum menghantar resume ke syarikat-syarikat yang berkenan di hati, kepenatan itu terubat oleh layanan/ friendly customer relations yang diterima. Mama kata, itu adalah di antara cara yang digunakan oleh pelanggan/ potential employee untuk menilai. Cara apakah yang mereka akan di layan jika menjadi sebahagian daripada tenaga kerja syarikat tersebut.

Atau di dalam skop Industrial Psychology di sebut sebagai Realistic Job Preview (RJP) di mana orang boleh bertanyakan dan menilai tentang sesebuah organisasi melalui Hari Terbuka (seperti karnival tersebut) atau bertanya terus kepada kawan-kawan atau saudara yang berkerja di organisasi terbabit.

Namun, hati ku ni berasa sedikit terkilan tatkala mendekati berapa syarikat/ organisasi.

Organisasi pertama. Sebuah institusi pendidikan tinggi seni. Wakil organisasi tersebut bertanya pada ku “Ok. In what field are you in?’’. Aku pun jawab “Erm…Psychology”. Kemudian beliau membalas “We don’t have any position for Psychology”. Baik lah….nada suara beliau pun seolah-olah tidak begitu mesra dan seperti aku (pelajar Psychology) ialah makhluk asing yang baru tiba dari planet Zuhrah.

Organisasi kedua. Sebuah organisasi penerbitan buku sekolah. Wakil mereka bertanya ‘’In which position are you interested in ? ‘’. Aku pun menjawab “ Customer Relation”. Kemudian makcik tu pun menjawab ‘’But this position requires proficiency in Mandarin”. Aku pun tanya lagi “How about editor?”. Dia pun kata sambil membuat-buat (really I observed her gestures) memerhatikan tanda “editor” di dinding gerai “Hmm…bla2”. Aku pun dah tak ingat apa yang dia kata tapi secara kesimpulannya ‘’Tak payah la kerja sini”.

Sedih sangat. Tetapi itu bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi tersebut.

*****
Pemilihan bidang dalam borang UPU

Alhamdulillah keputusan SPM 2004 diumumkan dan aku telah memperoleh 7A setelah pelbagai usaha dan penat lelah di lalui. Dan saat mengisi borang UPU (permohonan untuk ke IPTA) adalah saat yang paling bahagia buatku. Ayah yang dengan sukarelah membantu untuk mengisi (katanya tidak mahu ada kesilapan). Dan pilihan pertamaku ialah Y003 Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Rezeki bertandang sekali lagi pabila aku diterima untuk memasuki Pusat Matrikulasi UIAM PJ dalam bidang Sains Kemanusiaan. Di sini, aku menerima cabaran dari pihak rakan-rakan sekolah ku. Ada yang mengatakan padaku ‘’Buat apa kau nak ambil HS ?’’. Uhuk. Di Pusat Matrikulsi, ada yang berkata padaku ‘’You got 7A’s right ?Then, why didn’t you take Economics instead of Human Sciences?’’. Ku masih ingat siapa yang menuturkan kata-kata ini pada ku.

Adakah keputusan SPM yang cemerlang hanya layak untuk memohon bidang-bidang yang dianggap “tinggi’’ dalam masyarakat seperti Perubatan (ini memang lah aku tak layak. Dah subjek pun akaun masa SPM), Ekonomi/ Perakaunan, dan sebagainya? Adakah bidang Human Sciences hanya sekadar pinggiran dan hanya dipilih sebagai jalan terakhir andai tiada pilihan yang lain?

Namun aku tidak mengendahkan kata-kata tersebut kerna ku menganggap kata-kata tersebut sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan. Dalam erti kata biasa “Dah aku suka. Nak buat macam mana, kan? Minat tidak boleh di paksa-paksa”.
Aku bersyukur dalam menghadapi cabaran demi cabaran, ayah, mama, adik, dan makcik banyak memberi semangat. Sememangnya ibubapa ku menyerahkan seluruh kepercayaan mereka padaku (dan adikku) untuk meneroka bidang yang diminati.

*****
Can you read my mind?

Ini adalah antara soalan lazim yang diterima tatkala memperkenalkan diri sebagai seorang insan biasa yang megambil bidang Psikologi. Sesungguhnya kami tidak di ajar untuk membaca minda orang lain. Kami hanya mempelajari mempelajari sedikit sebanyak tentang tingkah laku manusia dan perkara yang berkaitan dengannya.
Memang benar wujudnya perkara seperti Telepathy, 6th Sense, dan kasyaf. Tetapi to my humble opinion, perkara tersebut terjadi pada mereka yang ‘diberi anugerah istimewa’ untuk mempunyai ‘bakat’ tersebut.

Kaunselor pun perlu klient untuk memulakan bicara dalam mengetahui kisah klien. Masalah klien tidak selesai dalam sekelip mata tatkala klien memasuki bilik kaunselor.

*****
Kami bukan studi ‘orang gila’ saja.

Ada persepsi yang mengatakan bahawa Psikologi hanya mempelajari mengenai orang sakit mental. Owh. Ini tidak benar. Subjek yang berkaitan dengan ‘orang gila’ yang orang katakana hanya secebis. Mungkin yang sedikit kaitan ialah Abnormal dan Clinical. Habis tu, Industrial/ Organizational, Developmental, Personality, Career Developmement, Cognitive belajar tentang apa? Tidak kah kebanyakkan daripadanya menyentuh mengenai kehidupan kita semua? Kehidupan manusia yang ‘normal’ dan ‘sihat’?.

*****

Tidak mengapa. Kami tidak kisah pun. Walaupun kadangkala ada saatnya hati menangis tetapi harus kuat. Kuat untuk melawan arus. Cabaran tetap ada.

Tidak mengapa. Di kala saat anda menghadapi depresi dan kesedihan, kami sedia membantu. Kami tak kisah…

Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih Cikgu!!!


Muallim & Muallimah di SMI Al- Amin Bangi

Tika di Tingkatan 4 di SMI Al- Amin bersama guru kelas- Muallimah Aisyah

Ustaz & ustazah di SMI Puchong

Ustaz & Ustazah di SRI Al- Ummah

Ini mungkin ucapan yang agak lewat untuk ku dedikasikan buat semua guru yang telah mendidik ku di:

1- SRI Al-Amin, Kuala Lumpur (1994)
2- International Islamic College (Primary)-kini Adni (1995-1998)
3- SRI Al- Ummah (1999)
4- SMI Tahfiz Darul Muttaqin, Rawang (2000)
5- SMI Puchong (2001-2003)
6- SMI Al- Amin, Bangi (2003-2004)

Orang selalu tanya "Kenapa banyak sangat sekolah yang kamu pergi ni Nab?". Lalu aku pun menjawab "Saja nak cari pengalaman baru". Aku kat sekolah budak baik tau. Nakal-nakal sikit tu, adatlah. Siapa lagi hendak menceriakan kelas. Kesian cikgu bosan nanti. Kan cikgu?

6 sekolah telah ku pergi, pelbagai daerah di Selangor dan Kuala Lumpur telah ku jelajahi, pelbagai pengalaman telah ku timba. Minta maaf andai tidak ku bisa mengingati semua nama guru-guru yang telah penat lelah mendidik ku dengan penuh kesabaran. Namun, ku doa pada Allah SWT Yang Maha Pengasih Maha Penyayang agar melindungi diri kalian supaya sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan NYA.

Saidina Ali Karamallahuwajhah pernah berkata:
" Aku layak menjadi hamba kepada guruku walaupun dia mengajarkan kepada ku hanya satu ayat".

Cikgu atau guru bukan sekadar yang mengajar kita di dalam kelas atau kuliah di IPT. Jadi, disini juga aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik gerai dan bakeri- kerana kadangkala aku memerhati cara anda memasak untuk memperbaiki masakan, orang- orang yang bertukang (tak kira lah tengah buat bangunan ke, pasang signboard ke)- sebab budak kecik yang kinestetik hendah belajar lagi untuk menajamkan skills yang tidak seberapa ni (hehe), siapa lagi ya?

Oh ya! Kawan-kawan...terima kasih kerana telah menjadi guru pada diiku dalam banyak perkara. Erti persahabatan dan lain-lain. Juga pada seorang sahabat yang banyak menggalakkan ku secara langsung (dan tidak langsung) untuk memperbaki tulisan dalam laman yang tidak seberapa ini.

Terima Kasih cikgu!!!

Barakallahu Fih...