Bismillahirahmanirahim...
Alkisahnya, dalam suatu petang yang hening minggu lepas,
dalam pukul 5 gitu, telefon berbunyi (buat macam WonderPETS). Disebabkan ianya
terselit-selit mana dalam bag, tengah cari-cari phone, tak bunyi dah lah dia.
Tengok, number land line. Opis mana pula telefon ni? Ye la. Zaman la ni, jarang
ada orang nak call guna phone rumah kan. Maka, saya pun fikir “Kalau
penting, orang ni sat lagi dia telefon balik la kot”.
Maka, saya singgah la di kafe untuk tea break. Dah nak
keluar tengah basuh-basuh tangan, telefon berbunyi lagi. Cepat-cepat capai. Maka
terjadilah perbualan di bawah:
Me: Assalamualaikum..siapa ni ya?
Orang tu: Hello. Ishak ada? (Tak pe la. Mungkin dia nak
cepat, tak berjawab salam I ya?)
Me: Siapa ni?
Orang tu: Ishak ada?
Me: Ha? (Mula dah saya punya mode blur macam biasa kan).
Orang tu: Ni nombor 012-6245XXX (betul dah nombor saya tu).
Me: Ya.
Orang tu: Boleh saya tau saya cakap dengan siapa ni? (Eh.
dia pula tanya kita siapa).
Lepas tu, saya pun letak. Teringat mama cakap, kalau dapat
panggilan macam tu, jangan bagi tahu kita punya nama. Ye la. Zaman la ni macam-
macam. Terima kasih mama sebab pernah pesan.
Teringat juga masa zaman degree dapat miss call juga. Tapi
itu tahap sampai saya rush in pi jumpa kaunselor (oit. mentang-mentang boleh
masuk opis kaunseling tu suka hati kan borak dengan kaunselor mana sempat) and
rasa nak nangis. Serious takut. Sebab...
Bisalah dia kata nak cari orang. Tak silap mamat tu konon
nak cari a girl. Saya pun cakap la dengan sopan nya bahawa beliau telah
tersilap nombor. Ok. Ingat dah tamat kisah. Lepas tu, dia pi hantar few voice
sms (can’t remember much the contents), sms tengah malam yang harus la kan tak
nak layan. Balas sekali warning, dia balas balik “Eh. Awak. Kenapa tak tidur
lagi ni?”. E’ah. Dalam hati: Mak aku pun tak mesej malam-malam, ni pula ntah
encik mana kan?.
Nak menangis. Takut juga la masa tu. Ye la. Mana nak mikior
lagi pasal lelaki ke apa. Tup-tup sekali kena kacau gitu. (chet).
Apa yang penting... be aware of the environment. Berita kena
scam, penipuan duit. Macam- macam lagi la.
Take care of your self.
No comments:
Post a Comment