Bismillahirahmanirahim...
Kali ni, saya dah buat record baru untuk diri..3 minggu tak balik rumah. Sob..sob. Maaf mak dan abah. Nak kena selesaikan kerja dulu. Dan adalah normal bila lama tak balik, mula teringat benda-benda yang selalu buat kat rumah.
Terutamanya rutin tiap hari..buat kopi untuk abah. Kadang-kadang je abah minta buatkan teh. Selera abah...lots of coffee powder with only tiny dash of sugar. Kalau manis, dia tak nak sangat. Jadi, sampai saya yang tak minum kopi sangat ni pun, memang kena juga la rasa dulu sebelum bagi abah minum.
Jadi, kadang kat kolej ni, ter- automatik masak air, bancuh kopi...ambil bau kopi yang tengah panas tu tapi terfikir balik...siapa nak minum ni.
Minum juga la sebab dah buat kan. Just like abah like. More to pahit than sweet.
Abah...macam tu juga la. Walaupun kadang ada strict beliau, ada la 'sweet-sweet' atau lawak yang dia buat. Selalu share apa yang dia ngajar kat masjid/ surau dengan kami kat rumah. Dah besar-besar ni pun, still dipanggil 'baby'...agaknya semua parents macam tu juga la kot. Masih anggap anak yang sudah dewasa seperti anak kecil. Manja. Diberi perhatian, nasihat.
Beberapa hari lepas abah call. Tanya pasal assignment subjek Philosphy. Saya cakap la dah nak siap sebab abah kata dia ada buku Philospophy lagi yang mungkin boleh membantu dalam tugasan kuliah saya.
Terima kasih abah. Minta maaf tak dapat balik nak buatkan kopi macam abah selalu suruh akak buat kan tu.
Thursday, December 27, 2012
Monday, December 17, 2012
AL- Qur'an: Hadiah buat hati.
Bismillahirahmanirahim...
Semalam usai solat, tadarus sedikit Qur’an... saya di
pertemukan dengan ayat ini (Surah Al- Khafi: 23).
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu “Sesungguhnya
aku akan mengerjakan itu besok pagi”.
Asbabun Nuzul ayat tersebut adalah situasi di mana
orang-orang Quraisy bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai Ashabul Kahfi.
Ok. Nak elaborate panjang-panjang, saya bukan pakar. Anda baca la sendiri =)
Setiap hari, habit saya, baca beberapa ayat, saya berhenti
sejenak dan ‘menjeling’ sedikit pada tafsir yang ada di tepi-tepi ayat-ayat
tersebut. Subhanallah. Benar. Seolah-olah Al-Qur’an sedang berbicara dengan
kita. Saya ajukan persoalan ini pada seorang kakak yang saya sayangi, seorang
hafizah. Kata beliau “Itu lah salah satu daripada keajaiban @ ‘mukjizat’ Al-Qur’an.
Respon terhadap situasi yang kita sedang alami.
Berbalik pada ayat di atas. Dengan situasi di akhir-akhir
semester ini..tugasan menimbun. Sampai tak tahu mana satu nak di dahulukan. Pegang
satu, macam yang lain memanggil- manggil. Membaca ayat tersebut, seolah- olah member
peringatan pada saya “Jangan bertangguh”. Alhamdulillah segalanya ‘on-track’
dan boleh disiapkan mengikut dateline yang diberi.
Peringatan untuk diri: Bacalah Al-Qur’an setiap hari. Usah
dicari hanya apabila dilanda masalah dan gundah.
Moga hati bertambah kuat dengan Al-Qur'an, Insya Allah
Allahu ‘alam.
Saturday, December 15, 2012
Hello? Wrong number la.
Bismillahirahmanirahim...
Alkisahnya, dalam suatu petang yang hening minggu lepas,
dalam pukul 5 gitu, telefon berbunyi (buat macam WonderPETS). Disebabkan ianya
terselit-selit mana dalam bag, tengah cari-cari phone, tak bunyi dah lah dia.
Tengok, number land line. Opis mana pula telefon ni? Ye la. Zaman la ni, jarang
ada orang nak call guna phone rumah kan. Maka, saya pun fikir “Kalau
penting, orang ni sat lagi dia telefon balik la kot”.
Maka, saya singgah la di kafe untuk tea break. Dah nak
keluar tengah basuh-basuh tangan, telefon berbunyi lagi. Cepat-cepat capai. Maka
terjadilah perbualan di bawah:
Me: Assalamualaikum..siapa ni ya?
Orang tu: Hello. Ishak ada? (Tak pe la. Mungkin dia nak
cepat, tak berjawab salam I ya?)
Me: Siapa ni?
Orang tu: Ishak ada?
Me: Ha? (Mula dah saya punya mode blur macam biasa kan).
Orang tu: Ni nombor 012-6245XXX (betul dah nombor saya tu).
Me: Ya.
Orang tu: Boleh saya tau saya cakap dengan siapa ni? (Eh.
dia pula tanya kita siapa).
Lepas tu, saya pun letak. Teringat mama cakap, kalau dapat
panggilan macam tu, jangan bagi tahu kita punya nama. Ye la. Zaman la ni macam-
macam. Terima kasih mama sebab pernah pesan.
Teringat juga masa zaman degree dapat miss call juga. Tapi
itu tahap sampai saya rush in pi jumpa kaunselor (oit. mentang-mentang boleh
masuk opis kaunseling tu suka hati kan borak dengan kaunselor mana sempat) and
rasa nak nangis. Serious takut. Sebab...
Bisalah dia kata nak cari orang. Tak silap mamat tu konon
nak cari a girl. Saya pun cakap la dengan sopan nya bahawa beliau telah
tersilap nombor. Ok. Ingat dah tamat kisah. Lepas tu, dia pi hantar few voice
sms (can’t remember much the contents), sms tengah malam yang harus la kan tak
nak layan. Balas sekali warning, dia balas balik “Eh. Awak. Kenapa tak tidur
lagi ni?”. E’ah. Dalam hati: Mak aku pun tak mesej malam-malam, ni pula ntah
encik mana kan?.
Nak menangis. Takut juga la masa tu. Ye la. Mana nak mikior
lagi pasal lelaki ke apa. Tup-tup sekali kena kacau gitu. (chet).
Apa yang penting... be aware of the environment. Berita kena
scam, penipuan duit. Macam- macam lagi la.
Take care of your self.
Thursday, December 13, 2012
Moga ketemu lagi 2012
Bismillahirahmanirahim...
2012 dah nak hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah. Banyak
peristiwa yang boleh dikatakan..err... senang cerita, kenangan mengusik jiwa.
Tapi tidak la banyak sampai boleh masuk muzium kan?
Bentang kertas kerja di Istanbul, publication akademik
pertama di journal, jadi cekgu ganti kat sekolah kenangan selama 2 bulan lebih.
Opss. Tulis semua tak suprise la kan. (Perasan)
Apa-apa yang berlaku, saya bersyukur kerana mak abah
sentiasa ada di belakang, di depan, kiri dan kanan saya untuk bagi sokongan
moral, material dan seumpamanya. Tak lupa juga pada sahabat handai tercinta.
Eh. Tak perlu la nak buat ucapan macam dapat award pula.
Yang lebih awla lagi, ibadah dan doa pada Maha Pencipta
kerana telah memberi peluang untuk merasakan nikmat iman dan islam. Nikmat
ketenangan saat membaca kalamNYA, saat mengadu dalam sujud dan doa.
Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai perit
getir menyiapkan tugasan kuliah.
Alhamdulillah.
Yeni Mosque, Spice Bazaar, Istanbul.
Moga 2013 dan saat mendatang membawa berita lebih gembira,
Insya Allah.
Tuesday, December 4, 2012
Travelog Turkey: Getting Around
Bismillahirahmanirahim...
Antara perkara yang saya rindui usai pulang dari Istanbul ialah public transport mereka. Oleh kerana di sini kawan- kawan kata saya ni spesis lupa nak peta nak balik kolej, hampir setiap minggu saya akan pulang ke rumah di Bangi nun. Naik LRT di Terminal Putra Gombak, boleh tahan lagi. Nak tunggu komuter di KL Sentral tu la yang banyak ajar saya erti kesabaran. Siapa pernah naik, mungkin dia tahu.
Antara perkara yang saya rindui usai pulang dari Istanbul ialah public transport mereka. Oleh kerana di sini kawan- kawan kata saya ni spesis lupa nak peta nak balik kolej, hampir setiap minggu saya akan pulang ke rumah di Bangi nun. Naik LRT di Terminal Putra Gombak, boleh tahan lagi. Nak tunggu komuter di KL Sentral tu la yang banyak ajar saya erti kesabaran. Siapa pernah naik, mungkin dia tahu.
*****
Contoh tiket/ kupon naik train/ tramp depa.
Pertama sekali ialah sistem tiket depa. 3 Turkish Lira bayaran standard nak pi mana- mana destinasi. Tak payah nak fikir-fikr atau agak- agak berapa ringgit nak bayar kalau nak ke sesuatu tempat. Sediakan sahaja 3TL. Jimat masa. Bayaran yang sama kalau nak naik ferry di Goldern Horn.
Tanda arah stesen/ lokasi. Clear dan agak besar. Cuma saya sahaja tak faham & susah nak nyebutnya.
Tempat Lost & Found. Translation dalam bahasa dia punya la panjang.
Mesin token. Ala. Macam rupa cip naik LRT kat Malaysia la. Tapi yang bezanya tak ada risiko tercicir sebab sekali kita masuk gate, masuk- masuk sekali cip tu. Tak perlu di bawa sampai ke destinasi.
Pengumuman destinasi seterusnya. Ada juga drebar tu umum tapi in case tak dengar, kita boleh double- check. Yang menariknya lagi, selain meletakkan peta perjalanan di atas pintu masuk/ keluar seperti di Malaysia, mereka meletakkan tempat-tempat menarik untuk di lawati. Berguna untuk pelancong dan orang yang baru hendak mengenali Istanbul.Ok. Kat Malaysia pun kadang saya tak tahu tempat- tempat menarik nak dilawati mana lokasinya kan...kalau orang tanya >.<
Tanda "Utamakan Tempat Duduk Anda". Karikatur yang aga menarik... (macam rupa bandit pakai eye mask kadang saya tengok)
Their tramp. Sangat mudah bila hanya atas jalan. Tak perlu naik tangga. Ok. Naik platform sikit sahaja lah. mudah untuk orang yang kurang upaya, ibu mengandung, orang kurang sihat, orang berusia dan yang sewaktu dengan nya.
.
Ferry ride di Goldern Horn ke tanah seberang sana. Europe side to Asia Side. Ghalit tengok laut yang cantik. Subhanallah.
Benda yang paling best ialah tak perlu tunggu untuk naik bas, naik tramp, naik ferri sampai berpeluh-peluh sebab insya Allah kalau terlepas atau penuh, akan ada yang seterusnya datang tak sampai 1 minit. Ya. 1 minit. Seiingat saya, sekali saya naik masa peak hour (kira- kira jam 5pm waktu orang pulang dari pejabat), bas tak putus- putus.
Mungkin Malaysia boleh belajar sesuatu di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)