Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Kopi untuk Abah

Bismillahirahmanirahim...

Kali ni, saya dah buat record baru untuk diri..3 minggu tak balik rumah. Sob..sob. Maaf mak dan abah. Nak kena selesaikan kerja dulu. Dan adalah normal bila lama tak balik, mula teringat benda-benda yang selalu buat kat rumah.

Terutamanya rutin tiap hari..buat kopi untuk abah. Kadang-kadang je abah minta buatkan teh. Selera abah...lots of coffee powder with only tiny dash of sugar. Kalau manis, dia tak nak sangat. Jadi, sampai saya yang tak minum kopi sangat ni pun, memang kena juga la rasa dulu sebelum bagi abah minum.

Jadi, kadang kat kolej ni, ter- automatik masak air, bancuh kopi...ambil bau kopi yang tengah panas tu tapi terfikir balik...siapa nak minum ni.


Minum juga la sebab dah buat kan. Just like abah like. More to pahit than sweet.

Abah...macam tu juga  la. Walaupun kadang ada strict beliau, ada la 'sweet-sweet' atau lawak yang dia buat. Selalu share apa yang dia ngajar kat masjid/ surau dengan kami kat rumah. Dah besar-besar ni pun, still dipanggil 'baby'...agaknya semua parents macam tu juga la kot. Masih anggap anak yang sudah dewasa seperti anak kecil. Manja. Diberi perhatian, nasihat.

Beberapa hari lepas abah call. Tanya pasal assignment subjek Philosphy. Saya cakap la dah nak siap sebab abah kata dia ada buku Philospophy lagi yang mungkin boleh membantu dalam tugasan kuliah saya.

Terima kasih abah. Minta maaf tak dapat balik nak buatkan kopi macam abah selalu suruh akak buat kan tu.

Monday, December 17, 2012

AL- Qur'an: Hadiah buat hati.



Bismillahirahmanirahim...

Semalam usai solat, tadarus sedikit Qur’an... saya di pertemukan dengan ayat ini (Surah Al- Khafi: 23).
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi”.

Asbabun Nuzul ayat tersebut adalah situasi di mana orang-orang Quraisy bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai Ashabul Kahfi. Ok. Nak elaborate panjang-panjang, saya bukan pakar. Anda baca la sendiri =)

Setiap hari, habit saya, baca beberapa ayat, saya berhenti sejenak dan ‘menjeling’ sedikit pada tafsir yang ada di tepi-tepi ayat-ayat tersebut. Subhanallah. Benar. Seolah-olah Al-Qur’an sedang berbicara dengan kita. Saya ajukan persoalan ini pada seorang kakak yang saya sayangi, seorang hafizah. Kata beliau “Itu lah salah satu daripada keajaiban @ ‘mukjizat’ Al-Qur’an. Respon terhadap situasi yang kita sedang alami. 

Berbalik pada ayat di atas. Dengan situasi di akhir-akhir semester ini..tugasan menimbun. Sampai tak tahu mana satu nak di dahulukan. Pegang satu, macam yang lain memanggil- manggil. Membaca ayat tersebut, seolah- olah member peringatan pada saya “Jangan bertangguh”. Alhamdulillah segalanya ‘on-track’ dan boleh disiapkan mengikut dateline yang diberi.

Peringatan untuk diri: Bacalah Al-Qur’an setiap hari. Usah dicari hanya apabila dilanda masalah dan gundah. 


Moga hati bertambah kuat dengan Al-Qur'an, Insya Allah


Allahu ‘alam.

Saturday, December 15, 2012

Hello? Wrong number la.


Bismillahirahmanirahim...


Alkisahnya, dalam suatu petang yang hening minggu lepas, dalam pukul 5 gitu, telefon berbunyi (buat macam WonderPETS). Disebabkan ianya terselit-selit mana dalam bag, tengah cari-cari phone, tak bunyi dah  lah dia. Tengok, number land line. Opis mana pula telefon ni? Ye la. Zaman la ni, jarang ada orang nak call guna phone rumah kan. Maka, saya pun fikir “Kalau penting, orang ni sat lagi dia telefon balik la kot”.
Maka, saya singgah la di kafe untuk tea break. Dah nak keluar tengah basuh-basuh tangan, telefon berbunyi lagi. Cepat-cepat capai. Maka terjadilah perbualan di bawah:

Me: Assalamualaikum..siapa ni ya?
Orang tu: Hello. Ishak ada? (Tak pe la. Mungkin dia nak cepat, tak berjawab salam I ya?)
Me: Siapa ni?
Orang tu: Ishak ada?
Me: Ha? (Mula dah saya punya mode blur macam biasa kan).
Orang tu: Ni nombor 012-6245XXX (betul dah nombor saya tu).
Me: Ya.
Orang tu: Boleh saya tau saya cakap dengan siapa ni? (Eh. dia pula tanya kita siapa).

Lepas tu, saya pun letak. Teringat mama cakap, kalau dapat panggilan macam tu, jangan bagi tahu kita punya nama. Ye la. Zaman la ni macam- macam. Terima kasih mama sebab pernah pesan.
 
Teringat juga masa zaman degree dapat miss call juga. Tapi itu tahap sampai saya rush in pi jumpa kaunselor (oit. mentang-mentang boleh masuk opis kaunseling tu suka hati kan borak dengan kaunselor mana sempat) and rasa nak nangis. Serious takut. Sebab...

Bisalah dia kata nak cari orang. Tak silap mamat tu konon nak cari a girl. Saya pun cakap la dengan sopan nya bahawa beliau telah tersilap nombor. Ok. Ingat dah tamat kisah. Lepas tu, dia pi hantar few voice sms (can’t remember much the contents), sms tengah malam yang harus la kan tak nak layan. Balas sekali warning, dia balas balik “Eh. Awak. Kenapa tak tidur lagi ni?”. E’ah. Dalam hati: Mak aku pun tak mesej malam-malam, ni pula ntah encik mana kan?.

Nak menangis. Takut juga la masa tu. Ye la. Mana nak mikior lagi pasal lelaki ke apa. Tup-tup sekali kena kacau gitu.  (chet).

Apa yang penting... be aware of the environment. Berita kena scam, penipuan duit. Macam- macam lagi la.

Take care of your self.

Thursday, December 13, 2012

Moga ketemu lagi 2012



Bismillahirahmanirahim...

2012 dah nak hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah. Banyak peristiwa yang boleh dikatakan..err... senang cerita, kenangan mengusik jiwa. Tapi tidak la banyak sampai boleh masuk muzium kan?

Bentang kertas kerja di Istanbul, publication akademik pertama di journal, jadi cekgu ganti kat sekolah kenangan selama 2 bulan lebih. Opss. Tulis semua tak suprise la kan. (Perasan)

Apa-apa yang berlaku, saya bersyukur kerana mak abah sentiasa ada di belakang, di depan, kiri dan kanan saya untuk bagi sokongan moral, material dan seumpamanya. Tak lupa juga pada sahabat handai tercinta.

Eh. Tak perlu la nak buat ucapan macam dapat award pula.

Yang lebih awla lagi, ibadah dan doa pada Maha Pencipta kerana telah memberi peluang untuk merasakan nikmat iman dan islam. Nikmat ketenangan saat membaca kalamNYA, saat mengadu dalam sujud dan doa.

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai perit getir menyiapkan tugasan kuliah.

Alhamdulillah.
Yeni Mosque, Spice Bazaar, Istanbul.

Moga 2013 dan saat mendatang membawa berita lebih gembira, Insya Allah.

Tuesday, December 4, 2012

Travelog Turkey: Getting Around

Bismillahirahmanirahim...

Antara perkara yang saya rindui usai pulang dari Istanbul ialah public transport mereka. Oleh kerana di sini kawan- kawan kata saya ni spesis lupa nak peta nak balik kolej, hampir setiap minggu saya akan pulang ke rumah di Bangi nun. Naik LRT di Terminal Putra Gombak, boleh tahan lagi. Nak tunggu komuter di KL Sentral tu la yang banyak ajar saya erti kesabaran. Siapa pernah naik, mungkin dia tahu.

*****

 Contoh tiket/ kupon naik train/ tramp depa.

Pertama sekali ialah sistem tiket depa. 3 Turkish Lira bayaran standard nak pi mana- mana destinasi. Tak payah nak fikir-fikr atau agak- agak berapa ringgit nak bayar kalau nak ke sesuatu tempat. Sediakan sahaja 3TL. Jimat masa. Bayaran yang sama kalau nak naik ferry di Goldern Horn.


Tanda arah stesen/ lokasi. Clear dan agak besar. Cuma saya sahaja tak faham & susah nak nyebutnya.


Tempat Lost & Found. Translation dalam bahasa dia punya la panjang.


Mesin token. Ala. Macam rupa cip naik LRT kat Malaysia la. Tapi yang bezanya tak ada risiko tercicir sebab sekali kita masuk gate, masuk- masuk sekali cip tu. Tak perlu di bawa sampai ke destinasi.


Pengumuman destinasi seterusnya. Ada juga drebar tu umum tapi in case tak dengar, kita boleh double- check. Yang menariknya lagi, selain meletakkan peta perjalanan di atas pintu masuk/ keluar seperti di Malaysia, mereka meletakkan tempat-tempat menarik untuk di lawati. Berguna untuk pelancong dan orang yang baru hendak mengenali Istanbul.Ok. Kat Malaysia pun kadang saya tak tahu tempat- tempat menarik nak dilawati mana lokasinya kan...kalau orang tanya >.<


Tanda "Utamakan Tempat Duduk Anda". Karikatur yang aga menarik... (macam rupa bandit pakai eye mask kadang saya tengok)

Their tramp. Sangat mudah bila hanya atas jalan. Tak perlu naik tangga. Ok. Naik platform sikit sahaja lah. mudah untuk orang yang kurang upaya, ibu mengandung, orang kurang sihat, orang berusia dan yang sewaktu dengan nya.
.
Ferry ride di Goldern Horn ke tanah seberang sana. Europe side to Asia Side. Ghalit tengok laut yang cantik. Subhanallah.

Benda yang paling best ialah tak perlu tunggu untuk naik bas, naik tramp, naik ferri sampai berpeluh-peluh sebab insya Allah kalau terlepas atau penuh, akan ada yang seterusnya datang tak sampai 1 minit. Ya. 1 minit. Seiingat saya, sekali saya naik masa peak hour (kira- kira jam 5pm waktu orang pulang dari pejabat), bas tak putus- putus.

Mungkin Malaysia boleh belajar sesuatu di sini.


Saturday, November 24, 2012

Travelog Turkey: Makan- makan.

Bismillahirahmanirahim.
(Dah sebulan lebih balik baru nak update)
Antara soalan- soalan wajib yang saya terima usai balik dari Istanbul tempohari ialah “Makanan kat sana macam mana?”. Alhamdulillah. Di sana, tidak susah untuk mencari makanan halal. Itu satu kelebihan pabila berjalan di bumi majority Muslim. Cuma terpulang pada individu. Samada boleh menerima makanan tersebut atau tidak. Ia tidak sama dengan makanan di Malaysia.
Makanan mereka, agak tawar. Bland. Kalau kita disini, kaya dengan rencah tumisan pelbagai. Bahan perisa, kicap..maaf. Tak aka nada. Atas meja ada olive oil, lemon sauce, dan tomato sauce. Kalau hendak sedikit pedas pun, mungkin boleh tabur sedikit dengan chilli powder.
*****


Sarapan di pagi pertama di sana. Di sebuah coffee shop di seberang jalan tempat kami menginap. Keju yang diapit dengan kepingan roti bakar. Beserta air kotak jus ceri. Dan Alhamdulillah. Rezeki kami hari itu, pakcik kedai memberikan makanan dan minuman kami free- of- charge. Terima kasih pakcik. Moga Allah menambahkan lagi rezeki.

Menu makanan di sana. Siapa mahu?




Kat sana, jarang la nak jumpa nasi. Kebiasaanya, makanan, tak kira la sarapan ke, makan petang ke, makan malam ke, harus ada sepinggan atau sebakul roti. Pastu, ada la salad sikit, keju skit.



Makan tengahari di hari pertama. Salad ayam. Sayur- sayuran lebih banyak dari ayam. Pertama kali makan mustard 'hidup'. Ok. Mustard yang belum kena proses jadi sos. Aduh. Pedas dia. Telan je la. Bukan nya selalu kan.

*****

Makan segera atau fast food. Kalau di Malaysia, kita akan nampak encik McD dan KFC bersepah- sepah sana sini. Jarang lagi nampak Burger King. Tapi di Istanbul, Burger King menjuarai carta. Dan juga encik McD. KFC kurang. Yang saya nampak 1- 2. Itu pun seingat saya signboard di bangunan shopping mall mereka.

Bila bertanya pada mak, mak berkata, mungkin mereka di sana 'staple food' adalah daging maka banyak la Burger King berbanding dengan KFC yang semestinya berasakan ayam.


*****

Cart ataupun peniaga menjual buah berangan bakar dan jagung akan anda temui juga banyak di sana. Siapa rindu nak makan goreng pisang atau keropok lekor petang- petang tu, lupakanlah sebentar.


*****
Kebab tak da ke? Eh. Mesti ada orang tanya sebab sinonim dengan 'orang- orang Arab'. Ada. Jangan risau.


Tengok tu. Double size dari ada kat sini. Siap ada dua pilihan.

*****

Makan malam pula macam mana? Di sebabkan saya ni agak 'hantu ikan', ikan juga la yang saya cari. Nasi, tak ada. Tapi alhamdulillah kenyang.



*****
Makan yg disediakan oleh pihak konferens... sat. Makan tengahari saya ambil ini dari meja buffet. Makaroni dan sup ayam.

Gala dinner atas boat malam terakhir di Bosphorus River Cruise. Akhirnya. Jumpa la juga nasi. Tapi nasi depa tak sama dengan kita. Macam nasi Jepun kot. Beras pendek dan tekstur agak lekit.


*****

Ada juga orang pesan, kat Istanbul cari ais krim ketuk. Eh. Pelik kan bunyi. Rupanya bila kat sana, baru tahu kenapa depa panggil ais krim ketuk. Dia ceduk, pastu ketuk penyeduk dalam bekas. Tak tahu la pa fungsi.


Ais krim lain yang saya jumpa, Magnum spesial punya. Perisa raspberry double chocholate. Yummy. Ada gak jumpa versi white chocolate. Oh ya. Disebabkan cuaca sana agak dingin dan kering, maka, ais krim lambat sedikit cair. Jalan- jalan tak payah risau ais krim melekit meleleh.


*****
Manisan- manisan kat sana. Waduh. Tak tahan dek tekak. Tapi bila dah manis sangat tu, tak da la nak menelan banyak-banyak.



Rindu pula nak pergi sana balik.


Friday, October 12, 2012

Travelog Turki: Babak Pertama

Bismillahirahmanirahim...

 5/10/2012 (Jumaat)

Alhamdulillah. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan tiba. Pagi Jumaat, menutup pintu bilik kolej. Bakal ku tinggalkan untuk tempoh seminggu lebih. Aku, dan mama ronda-ronda di kotaraya Kuala Lumpur untuk mencari barang yang perlu dibawa. Barang dalam senarai yang mungkin tiada lagi dalam bekalan.

7/10/2012 (Ahad)

Singgah di teratak cik Huda di Sungai Ramal Dalam untuk mengambil bebepa buah buku untuk dikirimkan di Turki. Oh ya. Perkenalan yang singkat melalu sahabat FB saya, akh Saed Imaduddin yang rupa- rupanya rakan sekolahku sewaktu darjah 1 di Al- Amin KL. (Ok. Masa tu kecil lagi. Mana nak kisah ingat nama kawan. Tahu peningkan kepala cikgu ada la kan? Lagi pun setahun tu je kat situ). Akh Saed boleh saya katakan 'travel planner/ agent' tak rasmi untuk perjalanan saya ke bumi Istanbul. Tempat saya menanyakan soalan- soalan berkaitan semasa merancang trip.

Tentang pemilihan penerbangan. Saya telah membulatkn hati memilih untuk terbang bersama Qatar Airways setelah membuat tinjauan (survey) di kalangan beberapa flight provider yang lain (MAS, Emirates, Etihad, KLM), saya dapati ianya menawarkan harga yang agak berpatutan untuk tambang pergi- balik. Tambahan pula stesen transit di Doha International Airport...walaupun mungkin tidak dapat keluar dari lapangan terbang, banyak perkara yang boleh saya pelajari, perhati di sekeliling kawasan lapangan terbang itu sendiri.

8/10/2012 (Isnin)

12:00am

Setelah mengisi segala bekal, bagasi di dalam kereta, kami bertolak ke KLIA. Agak ganjal mulanya apabila memakai pakaian siang hari (pakaian pergi ke kuliah/ kerja) di tengah- tengah malam. Mungkin ada yang akan berkata "Mengapa tidak menyarung/ mengenakan t-shirt panjang sahaja". Ya. Boleh sahaja tetapi memikirkan akan berada lama di dalam penerbangan dan sewaktu transit di Doha, saya mahukan pakaian yang agak tebal tetapi selesa untuk melindungi diri saya daripada kesejukkan pendingin hawa.

12:45am

Tiba di KLIA. Bertemu dengan nenek, mak ngah, cik, serta beberapa orang sepupuku yang telah menanti di sana. Untuk 'menghantar' aku, mama, dan abah. Terima kasih ku ucapkan.

1:00am- 1:45am

Beratur di kaunter daftar masuk 'check-in'. Oh..sungguh panjang barisan orang yang akan menaiki penerbangan yang sama. Timbang bagasi lalu kami meneruskan langkah ke kaunter imigresen di tingkat bawah.

 
 Di kawasan stesen imigresen KLIA
 


2:00am- 2:50am

Dengan menaiki Aerotrain untuk ke terminal pelepasan. Singgah makan. Sekadar mengalas perut yang berkeroncong di kafetaria sebelum ke tempat terakhir- boarding area. Dengan lafaz bismillah, ku menghayun langkah memasuki perut kapal terbang.

3:30 am- 10:50am (Waktu Malaysia): Kuala Lumpur (KUL)- Doha (DOH).

Penerbangan selama 7 jam ini agak meletihkan. Masakkan tidak. Kebanyakkan masa hanya tertumpu di tempat duduk. Mahu bergerak selalu, tempat terhad. Penggunaan tandas juga di ruang yang terhad. Mengisi masa dengan penggunaan skrin yang disediakan- filem, games...cuba juga untuk menidurkan diri tetapi misi gagal. Hanya mampu terlelap seketika. Mungkin keadaan kurang selesa.

On Air GPS/ Map. Waktu ini sudah berada di kawasan Tanah Arab.


 
Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan ialah apabila berpeluang untuk menunaikan solat Subuh di udara. Allahu Rabbi! Sungguh ku rasa terharu. Rezeki jumpa sedikit ruang di hadapan tempat duduk sepasang suami isteri mat salleh. Terima kasih kerana membenarkan menggunakan ruang itu sebentar untuk menunaikan ibadah.
 
Makanan pertama yang diedarkan- chicken pie. Bebrapa jam kemudian, saya memilih menu nasi goreng cina berserta lauk cendwan untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Alhamdulillah.
 
10:50 am (Waktu Malaysia)/ 5:50am (Waktu Doha).
 
Alhamdulillah. Selamat mendarat di Doha International Airport untuk transit.
 
*****
 
Akan bersambung di babak seterusnya, Insya Allah.