• 10 Februari 2010: Mayat seorang bayi perempuan dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka.
• 8 Februari 2010: Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
• 8 Januari 2010: Seorang bayi lelaki seberat 3kg dijumpai di dalam sebuah kotak sayur di kebun sayur, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.
Tiga berita di atas hanya beberapa cebisan daripada kes pembuangan bayi yang makin kritikal ketika ini. Akhbar Kosmo 27 Mac pula memaparkan kisah penemuan mayat seorang bayi yang di gongong anjing. Aku pasti, lebih banyak kes yang ditidak laporkan. Dan, ada juga mayat yang ditidak akan ditemukan hingga bila-bila. Bila di fikir, apa salah bayi-bayi tersebut di perlakukan sedemikian rupa? Apa yang menyebabkan runcingnya akhlak belia dan masyarakat kini?
Aku ada menegenali beberapa individu yang menanti kehadiran seorang zuriat setelah bertahun mendirikan rumahtangga. Aku tahu mereka menangis. Ada yang saban hari mengadu padaku akan kerinduan pada tangisan seorang anak. Ada yang kuat. Menahan sabar tetapi aku pasti, jiwa mereka resah dan sedih. Tahniah kepada Kak Liya dan Abg Ahmad atas kehadiran Nur Zatinnuha. Aku juga pasti rakan sekelasku, Kak Pija dan suaminya sedang mengitung hari menantikan kehadiran zuriat sulung pada Jun nanti, Insya Allah.
Walaupun aku belum berumah tangga dan menyandang gelaran seorang ibu, naluri ku sebagi seorang anak, wanita, dan manusia meruntun pabila membaca ‘headline’ seperti di atas di akhbar. Sebagai seorang anak yang sangat manja dengan ayah dan mama, setiap hari aku menanti hari untuk pulang kerumah dan jika mampu, sudahku berulang-alik dari teratak kami di Bangi untuk ke UIAM semata-mata untuk bersama mereka (bagi aku, berkepit ). Aku bahagia kini kerana tidak lama lagi, sireh akan pulang ke gagang kembali. Pengajian aku selama 4 tahun (+1 tahun di bumi matrkulasi) tamat dan akan menumpukan khidmat untuk mereka, Insya Allah. Aku pasti, anak-anak tersebut merindui belaian kasih dan sayang dari kedua ibubapa mereka. Bagi yang dapat diselamatkan dan dihantar ke pusat kebajaikan atau diserahkan kepada keluarga angkat, layanan dan perhatian- dari segi mental, fizikal, psikologi tidak akan sama seperti yang diterima oleh keluarga sendiri.
Tanggungjawab yang ku galas sebagai guru di dua buah institusi pendikan rendah membolehkan aku memerhatikan gelagat anak- anak yang baru hendak mengenal dunia. Walaupun kadangkala terpaksa jadi garang sebentar, kebanyakkan masa aku tertawa dan tersenyum sendirian memerhatikan kelatah mereka. Tidak kah manusia yang membuang anak- anak mereka mahu melihat anak- anak yang comel membesar di depan mata dan menjadi pengubat dan penghibur jiwa setelah seharian penat bekerja?
Seorang pensyarah IRK ku pernah berkata, didikan anak-anak bermula dari kali pertama kita melihat pasangan. Apatah lagi pabila benih sudah membesar di dalam rahim. Adab seorang ibu dan bapa juga perlu dijaga kerana akan memberi kesan kepada sahsiah anak itu nanti. Bagaimana jika seorang wanita yang telah disahkan hamil terus melakukan maksiat? Terus mengunjungi pusat- pusat hiburan dan meneruskan ‘kerjaya’ di tempat tersebut? Ku pasti kebanyakkan diantara mereka juga tidak memberikan perhatian dari aspek kesihatan terhadap bayi yang di kandung. Ada yang tanpa jemu terus berusaha untuk menggugurkan kandung dan mengulangi kesilapan silam.
Antara punca yang menyumbang terhadap gejala ini ialah pegangan terhadap nilai dan maruah diri. Walau setinggi mana didikan agama yang diterima, jika pegangan tidak kuat, akan rebah jika ditiup angin dunia. Padaku, seorang lelaki yang baik juga tidak akan menyentuh dan mengajak seorang wanita yang dikasihi yang belum dinikahi untuk melakukan dosa kerana tidak mahu wanita tersebut menjadi hamba yang tidak diredhai-NYA.
Media dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Alangkah baiknya jika anak-anak kecil di anjurkan untuk mereka pertandingan berbahasa, dan mengaji. Pada ibubapa yang ada mengesan bakat kinestetik dalam diri anak-anak mereka, boleh galakkan mereka untuk menyertai pertandingan reka cipta. Bagaimana untuk mengharapkan anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna jika sedari kecil lagi sudah berbangga jika anak-anak menjadi juara pertandingan nyayian yang bergaul bebas dengan jantina berlawanan serta pemakaian yang tidak lengkap syarat?
Tidakkah manusia dikurniakan akal yang hebat untuk berfikir? YA Allah...kuatkanlah imn\an, teguhkan lah diri dalam mengharungi dunia.
No comments:
Post a Comment