Bismillahirahmanirrahim…
Semalam Kak Yah (bukan nama sebenar rasanya) stress. Sehingga menitis air mata. Keliru apa yang sedang berlaku pada dirinya. Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Kau ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini… Sehingga ditutup semua lampu didalam biliknya. Dan berbaring diatas katil tanpa bergerak. Nasibnya agak baik kerana kedua-dua rakan sebiliknya keluar. Kalau tak, tak dapat nak bergelap semua. Rasa sedikit tenang. Namun dirinya terus menangis. Jam menunjukkan waktu sekitar 8pm.
Lalu dicapainya telefon bimbit dan mengantar mesej kepada seorang kaunselor. Lalu Kak Yah pun mengajukan soalan “Normal tak kalau menagis sebab penat?’’. Lalu beliau menjawab “Org penat fizikal tak nanges. Kalau penat mental normal kalau nanges. Consider stress tu…”. Lalu watak utama cerita ini pun bertanya lagi “Even kita tak realize?”. Kaunselor membalas “ Yup. Kalau tak realize lagi senang menangis. Kalau kita realize lagi bagus sebab kita akan do something untuk release…”. Alhamdulillah. Dapat satu pandangan profesional. Allah masih sayang dan memberi peluang padaku untuk meminta ‘bantuan’ disaat-saat genting tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
Sangat sukar rasanya bagi seseorang yang jarang menangis untuk menangis. Sakit dada dan bertambah penat menahan sedu.
Kemudian Kak Yah menghantar mesej kepada seorang rakan karibnya. Jauh di sudut hati, masih memerlukan bantuan dari rakan sebaya. Walau hanya untuk bercakap. Lantas beliau berkata “Ok. Lepas Isya’ aku datang Asiah. Kita minum-minum ok?”. (‘’,). Terharu dan sangat berterima kasih kerana beliau sanggup berjalan dari Asma’. Maaf kerana merumitkan diri kamu…Hampir jam 4 pagi baru dapat melelapkan mata.
Suatu hari yang panjang bagi watak ini. Suatu saat genting yang mungkin dihadapi oleh oleh semua orang. Stress atau tekanan. Kerana hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti cerita yang ditonton di bilik TV semasa aku dan kawan karibku berbual “ Shortcut to Happiness’’. Walau ditanya “ Cuba bagi tahu kenapa menagis?”. “Aku tak tahu”. Mungkin faktor hormon. Atau tidak sedar sebenarnya sedang berusaha yang terbaik untuk peperiksaan akhir di akhir usia di bumi bertuah ini. Serta lebih banyak tugasan yang beratur menanti.
Namun, perkara utama yang perlu dilakukan ketika menghadapi tekanan ialah memohon ampun dan bantuan dari Allah (s.w.t). Tiada diuji tahap keimanan seorang hamba melainkan dengan dugaan. Seseorang yang tidak kuat mungkin akan melakukan perkara diluar jangkauan akal dan kewarasan. Semoga diriku dijauhkan daripada melakukan perkara yang dimurkai olehNYA…
Perkara yang seterusnya ialah meminta bantuan atau pendapat dari yang pakar dan berpengalaman. Kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menghadapi karenah serta rencah kehidupan, sebagai seorang kaunselor dan lebih lama mengutip mutiara , membezakan kaca di muka bumi ini.
Seorang sahabat yang boleh membantu juga sangat penting. Ini kerana, mereka adalah sebaya (atau lebih kurang umurnya) dan berada di fasa kehidupan yang serupa dengan kita. Mereka memahami apa yang kita sedang hadapi. Namun disini kita perlu bijak untuk memilih rakan. Biarlah rakan yang mampu membawa kita ke jalan yang benar. Tidak ada ada salahnya untuk berkawan dengan rakan dari pelbagai latar belakang. Kerana kita juga mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama membimbing mereka serta saling ingat-mengingatkan. Kerana mereka juga mempunyai ilmu yang mungkin kita tidak ketahui dan juga pengalaman yang beguna untuk masa hidup.
P/S: Banyak tugasan yang menanti (‘’,).
No comments:
Post a Comment