Dah hampir 4 hari UIA dilanda kemarau...ayaq tak da..disebabkan oleh kemalangan antara lori bawak minyak sawit & lori barangan dobi di Karak Highway pada Selasa (13/1/09) yang lalu.Agaknya minyak tumpah masuk sungai kot (x so sure why). Jadi, hari Jumaat dapat cuti/pospontment of classes. Lepas depa wat pengumuman, trus aku tepon mama nak balik. After Maghrib, bermulalah perjalanan pulang...ngeh ngeh. Cepat aja bab2 balik rumah ni.. Program terakhir Guidance Group terakhir yang sepatutnya dijadualkan esok pun ditunda pada 1/Feb akan datang Insya Allah..
Bila terfikir hal ni, betapa mewahnya kita dikurniakan rezeki dan nikmat oleh Allah SWT dan bila diuji sebentar, hati resah wal gelisah. Aku sendiri hampir menangis bila hari tu nak amik wudhu to solat zohor, masjid dah kering tanki. Hua...Alhamdulillah ada air mineral 1 botol. Darurat...Ya Allah. Terimalah ibadah hambaMU ini. Kuatkanlah hati ku dalam menerima dugaan ini...
No comments:
Post a Comment