Bismillahirahmanirahim...
Awal Apri 2012
Selepas lega dan bersyukur abstrak di terima, saya mula
memikirkan suatu masalah yang ‘besar’. Kalau tidak ada penyelesaian, maka, saya
tidak ada rezeki untuk membuat pembentangan tersebut. Duit. Ya. Untuk
registration sahaja sudah makan kira-kira EURO 430/ RM 1700. Macam mana ni?
Tarikh akhir ‘standard registration’ pada 30 April. Kalau tidak, akan dikira
sebagai ‘late registration’ sebanyak EURO 480..kalau ditukar kepada ‘Malaysian
Currency’ pasti lebih...mahal. Allah...tunjukkan hambaMU ini jalan
penyelesaian.
Hampir sebulan otak ini ligat berfikir..di mana kan ku cari
duit. Kalau mahu di minta dari pihak universiti, bayaran hanya di beri setelah
selesai konferens.
Hujung April 2012
Balik rumah di suatu hujung minggu, ‘slow talk’ dengan ma.
Alhamdulillah atas rezekiNYA saat mama menyatakan persetujuan untuk ‘sponsor’
bayaran pendaftaran. Thanks ma! Thanks for the endless support.
Mula sahaja minggu baru, terus aku ke Bank Muamalat dalam
kampus untuk membayar melalui Western Union. Ambil boring, isi boring, tunggu
giliran...selamat waktu itu tidak seramai pelanggan seperti ‘musim bayar yuran’.
Di kaunter, setelah selesai ku lihat kakak kaunter key- in
macam-macam:
Aku: Kak, berapa semua sekali? (tanya macam membeli belah
kat kedai runcit).
Kakak Bank: RM 1950 (RM 1790 + RM 160 kos pentadbiran/charge
apa ntah aku tak ingat).
Aku: Hah?!!
Dalam hati..Allah! Aku Cuma ada cukup-cukup RM 1790 +
beberapa ringgit lagi di dalam wallet ni. Mana nak cekau RM 100 lagi. Kalau
tangguh, pasti kena bayar ikut kadar ‘late registration’. Tidak mahu
menyusahkan mama ku lagi.
Kembali ke alam realiti...
Aku: Kak, saya tak cukup duit la sekarang. Saya datang
sebentar lagi..boleh tak?
Kakak Bank: Ok. Boleh. Tapi kena sebelum pukul 12 tengahari
la sebab urusan Western Union sampai pukul 12 sahaja.
Tengok jam waktu itu...sudah 10:55am! Sejam sahaja lagi
(ala-ala cerita misi apa aja kan kena ikut masa).
Aku berlalu longlai...buntu. Serba tidak kena. Hanya seorang
insan yang aku terfikir waktu itu...Ya. Adik! Sambil rasa kelam kabut, jampi-
jampi, doa semua keluar...hampir menangis. Cuba hubungi adik. Cubaan
pertama..tidak di angkat. Yang kedua..pun tidak di angkat. Aduh..berapa kali
agaknya aku pun tidak pasti. Duduk sebentar di kafe Education. Buka laptop.
Serba tak kena gerak- geri aku waktu itu. Pasti adik sedang dalam kelas
sekarang. Tak kira! Nak call juga..
Beberapa waktu kemudian..hampir jam 11:30am. Telefonku bordering.
Lihat skrin..Adik! Alhamdulillah.
Aku menyatakan pada beliau tentang masalah yang sedang aku
hadapi dan beliau bersetuju untuk membantu.
Alhamdulillah selesai membuat pembayaran dan pendaftaran
konferens. Terima kasih adik. Duit beliau itu telah saya saya ganti... =).
Tidak!
Ianya tidak berakhir di situ sahaja...bagaimana pula dengan
kos penerbangan dan penginapan?
Hujung minggu itu membawa kan aku khabar gembira lagi. Nenek
telah menyatakan hasrat beliau untuk menaja perbelanjaan sebanyak RM 5000.
Ah...ada- ada sahaja kan cucu sulung nenek ni kan. Terima kasih nek!
Entri berikutnya: Proses cari flight, tempah flight. Cari
hotel, tempah hotel.
No comments:
Post a Comment